Berikut adalah kronologi kejadian tanah runtuh di seluruh negara tahun ini.
1 Jan 2022 : Tujuh kejadian tanah dan cerun runtuh dilaporkan berlaku pada hari pertama 2022 melibatkan enam kawasan di Selangor dan satu di Negeri Sembilan.
2 Jan 2022 : Sebanyak 13 laluan melibatkan lima daerah di Negeri Sembilan ditutup untuk semua kenderaan susulan kejadian jalan runtuh dan dinaiki air.
14 Feb 2022 : Seramai 31 orang daripada sembilan keluarga petugas Balai Polis Tongod, Sabah dipindahkan sebagai langkah keselamatan susulan kejadian tanah runtuh berdekatan dengan balai itu.
8 Mac 2022 : Sebanyak tiga kejadian tanah runtuh berlaku susulan banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di ibu negara. Dua kawasan itu melibatkan rizab jalan di 1/27, Taman Gembira dan Jalan Hang Tuah 4, Salak Selatan, manakala di Seksyen 6, Wangsa Maju merupakan tanah persendirian.
10 Mac 2022 : Empat terkorban manakala seorang cedera dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, selain 15 rumah turut rosak serta 10 kenderaan terjejas.
10 April 2022 : Hujan lebat selama beberapa hari menyebabkan kejadian tanah runtuh dan banjir berlaku di beberapa kampung di daerah Tuaran. Sebanyak lima rumah turut dilaporkan terjejas dengan kejadian tanah runtuh di Skim Penempatan Telipok.
15 Mei 2022 : Dua wanita maut dibawa arus deras dalam kejadian tanah runtuh dan kepala air ketika mendaki Hutan Simpanan Kekal Gunung Suku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
14 Jun 2022 : Hujan lebat berterusan menyebabkan kejadian tanah runtuh di Jalan Tun Dr Ismail, Taman Bukit Sentosa serta kerosakan pada sebuah pencawang Tenaga Nasional Berhad.
24 Julai 2022 : Seorang pekerja kontraktor pembersihan pembentungan cedera selepas terperangkap kira-kira empat jam dalam tanah runtuh ketika melakukan kerja pembaikan tangki septik di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi di Johor.
28 Julai 2022 : Dua kanak-kanak maut manakala dua individu dewasa cedera selepas rumah yang didiami Taman Elok, Jalan Bukit Nenas di Kota Kinabalu, ditimbus tanah runtuh.
29 Ogos 2022 : Enam kediaman di Rumah Rakyat Batang Benar di Nilai runtuh dan mengalami keretakan akibat pemendapan tanah ekoran hujan lebat.
1 Nov 2022 : Enam lelaki terperangkap dalam insiden tanah runtuh di kawasan Empangan Hidro Tenom Pangi di Tenom, Sabah.
Ads
15 Nov 2022 : Tiga sekeluarga berdepan detik cemas apabila banglo didiami mereka di Taman Halaman di Ampang ditimpa tanah runtuh menyebabkan sebahagian dinding bahagian belakang rumah itu roboh.
17 Nov 2022 : Tanah runtuh dan pokok tumbang di Jalan Mantin Batu 8 mengakibatkan laluan Mantin-Seremban bagi kedua-dua arah terpaksa ditutup sementara bagi kerja pembersihan.
16 Nov 2022 : Beberapa rumah Orang Asli di Kampung Kerawat, Simpang Pulai di Ipoh tertimbus akibat kejadian tanah runtuh bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.
17 Nov 2022 : Seramai 25 penduduk daripada lima keluarga Kampung Orang Asli Sungai Raya di Mantin, Negeri Sembilan terputus hubungan apabila laluan yang menghubungkan kampung terbabit dengan jalan utama tidak dapat dilalui akibat tanah runtuh dan pokok tumbang.
26 Nov 2022 : Seorang lelaki maut dalam insiden tanah runtuh di Blue Valley, Kampung Raja, Cameron Highlands.
2 Dis 2022 : Bahagian hadapan sebuah rumah teres di Taman Sri Anggerik di Rantau, Negeri Sembilan roboh akibat kejadian tanah runtuh berikutan hujan berterusan.
Ads
9 Dis 2022 : Enam individu terselamat dalam insiden tanah runtuh di Taman Halaman, Ampang. Dalam kejadian itu, rumah yang didiami mereka turut mengalami kerosakan.
10 Dis 2022 : Penghuni di tiga buah rumah di Taman Halaman, Ampang diarah mengosongkan kediaman mereka kerana pergerakan tanah berlaku susulan hujan lebat berterusan.
16 Dis 2022 : Seramai 94 individu terlibat dalam kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, awal pagi ini.
Sepanjang tahun 2022 ini, negeri Selangor paling banyak ditimpa bencana tanah runtuh. Mungkin pembalakan yang semakin berleluasa menyebabkan tragedi ini berlaku.
Pelakon yang juga seorang usahawan yang sedang meningkat naik, Wawa Zainal berkongsikan rasa gembira dan syukurnya selepas kedua ibu bapanya yang berasal daripada Sabah telah bersetuju untuk menetap di Semenanjung.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, di Instagram (IG) miliknya, dia menghadiahkan rumah yang telah diubah suai supaya kedua ibu bapanya dapat mendiaminya dengan selesa.
“Lama pujuk mak duduk Semenanjung. Akhirnya dia setuju dan Wawa buat keputusan untuk belikan rumah untuk mak dan bapak.”
Ujarnya lagi, pada awalnya, dia ingin menghadiahkan rumah dua tingkat namun mengubah keputusannya memandangkan ibu bapanya sudah berusia dan sukar untuk naik turun tangga.
Jadi dia telah membeli rumah setingkat dan telah diubah suai mengikut keselesaan ibu dan bapanya.
Pada awalnya melihat keadaan rumah tersebut yang agak lama, memang telah air liur juga namun setelah diubai suai, dekorasi rumah tersebut memang sangan mengagumkan.
Perkongsian video tersebut ternyata menjadi inspirasi buat pada pengikut Wawa dan tidak ketinggalan rakan artis seperti Zarina Zainuddin, Fasha Sandha dan juga Syida Melvin yang memberi reaksi positif.
Ramai juga yang sebak mendengar doa yang dibacakan oleh ayah Wawa yang terharu apabila dihadiahkan sebuah rumah untuk tinggal bersama di Semenanjung.
Semoga kisah Wawa Zainal ini menjadi inspirasi buat kita semua.
@wawazainal92Akhirnya mak bapak setuju duduk semenanjung . Ni la hadiah kecil dari kami buat mamak & bapak❤️
Seakan redha tak dapat pulang beraya di kampung halaman yang terletak di Sabah, dua orang pelajar memuatnaik video di aplikasi TikTok meluahkan kesedihan mereka.
Namun demi masa depan, mereka tekad untuk berkorban beraya di hostel tempat mereka belajar.
Pelajar yang bernama Fikarzy dan rakannya hanya mampu melihat rakan-rakan lain pulang ke kampung dan mereka pula hanya sekadar menyambut lebaran itu di kediaman masing-masing.
“Tipulah kalau tak sedih bila tengok member seorang-seorang balik raya. Tapi nak buat macam mana, tiket flight mahal dan bukan semua orang T20/M40,” katanya.
Untuk itu, anak muda berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu membeli beberapa barangan keperluan seperti telur, beras, mi segera dan lain-lain untuk menempuh cuti perayaan selama seminggu.
Namun, mereka tidak sedar bahawa ada insan lain yang sedang memerhati kesusahan mereka itu dan tampil membantu.
Berkongsi detik apabila mendapat mesej dari seseorang yang tidak dikenali, dia dan rakannya seakan tidak percaya apabila ada insan yang sanggup membantu mereka.
“Assalamualaikum. Dapat cuti ke untuk raya? Saya baru tengok post yang terbaru (korang) tak dapat balik beraya tu. Kalau nak balik, insyaAllah boleh diusahakan,” kata individu berhati mulia berkenaan.
Akhirnya, hasrat Fikarzy dan rakannya untuk pulang ke kampung tercapai apabila individu berkenaan menaja tiket penerbangan (MAS) untuk mereka berdua.
“Tak sangka ada hamba Allah yang sanggup taja tiket untuk kami berdua balik beraya. Jatuh air mata jantan bila sampaikan khabar gembira ni kat ibu.
“Hanya Allah je tahu bertapa gembiranya perasaan kami masa ini,” katanya.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.