Selain barang mekap dan pakaian, tudung antara koleksi yang paling banyak dikumpul oleh wanita yang bertudung. Namun, menjadi masalah kalau ruang agak terhad.
Buat ibu-ibu yang mencari tip untuk menjimatkan ruang dan dalam masa yang sama memudahkan ketika nak dipakai, apa kata cuba tip yang dikongsikan oleh Sesejuk Mata Hatiku
menerusi page Kelab kaki deco barang eco / mr .diyDIY PENYANGKUT TUDUNG
Bahan-bahannya :
Penyangkut baju besar besi
Penyepit tudung
Cable tight
1 hari lpas blk kenduri singgah la kedai berantu (eco-shop) ni… niat nk cari benda lain p beli benda lain?… sekali terpandang hanger besar ni… terus dpt idea… beli hanger, pengepit tudung n cable tight… balik umah cerita kat suami nak buat penyangkut tudung… dia pon ok ja…