Sarapan apa pagi ini? Itu antara soalan yang memeningkan kepala kan. Kalau asyik ulang menu sama setiap pagi, tak nasi lemak, roti bakar atau roti canai. Atau bihun goreng. Anak-anak pun bosan.
Jadi, admin nak kongsikan resipi sarapan yang simple tapi sedap perkongsian dari oleh Puan Zatil Arip.
Ibu ni mengolah tortilla wrap untuk buat breakfast dip ala nachos. Menarik kan, sihat pula tu.
Resepi Breakfast Dip Guna Tortilla Wrap
Hari tu saya beli gardenia wraps walaupun masa tu tak ada idea nak masak apa lagi.
Tapi anak-anak tak berapa minat makan wrap. Isi je dema kutip nanti.
Saya dok pikir apalah nak dibuat dengan gardenia wrap ni?
Maka tercetuslah idea resepi sarapan mudah ni pagi tadi.
Bahan-bahan
Bahan Telur Hancur (scramble eggs)
4 biji telur
Setengah cawan susu segar
Garam
Lada hitam
Tomato-dadu
Bawang-dadu
Daun ketumbar-hiris
Sehiris lemon
Cara nak buat boleh rujuk gambar di bawah:
Cara menukarkan wrap kepada tortilla chips:
1. Sapu wrap dengan minyak zaitun.
2. Potong menjadi bentuk segitiga-segitiga kecil.
3. Tabur garam dan lada hitam jika suka.
4. Bakar suhu 180°C selama 7 minit atau sehingga kerangupan yg disukai.Siap chips utk dicicah dengan telur hancur dadih
Cara buat telur hancur:
4 biji telur gaul dgn setengah cawan susu segar, garam dan lada hitam.
Cairkan mentega, masak telur api perlahan je sambil kacau2Soft & curdy scramble eggsPerah lemon sikitTaburlah apa yang kita suka nak cicah sekali. Kalau masuk timun potong dadu pun sedap ni “Umi esok buat macam ni lagi tau!” Haa..berjaya ler tu.
ARTIKEL MENARIK: Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club