Kreatif! Rak Almari Sudah Rosak Ubahsuai Jadi Rak Serbaguna!

Share

Bila bercakap pasal rumah, sudah tentu kita inginkan rumah yang kemas dan cantik. Namun kadang kala untuk hiasa rumah perlukan modal yang banyak.
Bagaimanapun bagi yang kreatif, boleh lakukan sendiri. Hanya menggunakan bahan yang sedia ada.

Sebagaimana wanita ini. Menggunakan almari lama untuk buat rak baru serbaguna. Rak baru ini beliau jadikan rak jahitan. Menarik jom lihat caranya!

Ikuti perkongsian ini.

Assalamualaikum semua salam 1 september. Firstime share hasil tukang diy dalam group ni

Ini hasil dari almari pakaian yang sudah rosak tapi aku diy jadikan rak barang jahitan.

Lihat gambar ni untuk rujukan

Kain almari pakaian ni sudah koyak dan rosak, jadi aku buang kain tu dan ambil rangka besi ni.
Korang jangan buang tau sangat banyak kegunaannya.
Tak percaya korang tengok step seterusnya
Taraa, ni lebihan plywood buat bilik rumah hari tu.
Potong memotong plywood ni bapa aku yang buat.
Di sebabkan plywood tinggal tu ja ada, jadi belakang tu kosong la.
Kalau korang ada budget lebih boleh letak plywood belakang tu.
Ikut kreativiti masing2.
Benda ni untuk pengikat tepi bucu-bucu plywood dengan tiang besi tu.
Macam ni la rupanya bila da ikat.
Lubangkan plywood tu guna paku.
Seterusnya untuk hias aku guna wallpaper, beli kat mr.diy semalam.
Mula-mula fikir mau cat, tapi tukar plan baik guna wallpaper lagi comell bercorak.
Yeahhh ini lah hasilnya tengah malam pasang wallpaper ni.
Kena sabar ya time memasang ni nampak senang tapi okay lah di permudahkan alhamdulillah
Macam ni gambar dekat, kalau korang rajin boleh spray atau balut tiang-tiang besi tu bagi cantik lagi.
Cantikkan corak wallpaper aku pilih ni. Biasa lah pink lover
Finally… siap rak barang jahitan aku, jimat beli rak baru yang pasti harga ratus-ratus kalau beli kat luar kan.
Buat macam ni confirm super duper jimat. Nanti kita tambah lagi aksesori mana yang patut.
Semoga bermanfaat dan selamat berDIY semua, terima kasih

Jimat dan di situ beli rak baru kan.. semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kawan-kawan semua.

Kredit: Noredayati