Khidmat hantar makanan ala ‘drive thru’ (pandu lalu) kepada pelanggan tanpa perlu menaiki tingkat 4 memang luar kreatif caranya. Inilah yang dinamakan berfikir di luar kotak.
Kisah seorang ibu yang menggunakan cara tersebut telah tular setelah anaknya muat naik video berdurasi 28 saat di twitternya yang memaparkan ibunya sedang menurunkan makanan menggunakan tali kepada pelanggan. Pelanggan tidak perlu bersusah payah untuk naik ke tingkat 4 untuk membeli makanan yang dijualnya.
Melihat paparan video ini, seakan anda melihat salah satu babak dalam cerita Laksamana Do Re Mi yang memaparkan situasi yang hampir sama.
Sebagaimana yang dilakukan oleh ibu ini yang mempunyai enam orang anak untuk menampung perbelanjaan keluarga.
Ibunya, Mas Hayati Mohammed Ali, mula berniaga kecil-kecilan di pangsapuri empat tingkatnya di Batu Cave,Selangor sejak empat tahun lalu.
Idea untuk berbuat demikian setelah pernah jatuh ditangga semasa membuat penghantaran.
“Saya teringat kaedah digunakan untuk anak-anak yang saya jaga bila mereka tertinggal barang.
”Saya gunakan tali rafia yang panjang untuk ikat pada plastik untuk isi barang.”
Tahniah puan! Idea yang bernas. Semoga diberi murahkan rezeki.
Sumber: tweeter @nadeeeeeeya & mstar.com.my