Kreatif! DIY Centerpiece UnderBudget Guna Empat Bahan Sahaja. Salah Satunya Penyapu Terpakai!

Share

Kalau dah namanya mak-mak ni, dah jadi satu tabiat suka menyimpan barang. Setuju tak? Sampaikan nanti mula la barang dah penuh, nanti pening kepala macam mana nak mengemas!

Cer try selongkar mana tahu ada penyapu padi, bekas biskut dan cawan doorgift yang tak guna tu, kita transform jadi DIY Centerpiece UnderBudget oleh Norpadilah Binti Afandi

 ni! Mudah je. Tak payah keluarkan bajet pun. Jom cuba!

Sape free?? Jom buat ni❤️

DIY Centerpiece UnderBudget

Bahan:

1. Penyapu padi rosak
2. Cawan kaca doorgift
3. Box plastik cookies
4. Hotglue gun
5. Chicken wire/dawai mata punai
6. Bunga

HappyDIY❤️❤️

Cara-caranya: 

1) Cabut padi pada penyapu, ambil yang elok sahaja.

2) Lekatkan padi tersebut pada bekas biskut terpakai. jadikan seperti sarang.

3) Ambil dawai mata punai, potong ikut kesesuaian bekas sarang kita tadi. Letakkan di sekeliling bekas tersebut. Rapikan.

4) Ambil cawan doorgift, letakkan gluegun di sekelilingnya. Letak cawan di tengah-tengah bekas sarang tadi. Tunggu hingga gam kering, baru hias bunga di atasnya.

5) Terbalikkan semula bekas sarang, boleh mula hias bunga di atasnya. Siap untuk di deko di atas meja!