Kalau dah namanya mak-mak ni, dah jadi satu tabiat suka menyimpan barang. Setuju tak? Sampaikan nanti mula la barang dah penuh, nanti pening kepala macam mana nak mengemas!
Cer try selongkar mana tahu ada penyapu padi, bekas biskut dan cawan doorgift yang tak guna tu, kita transform jadi DIY Centerpiece UnderBudget oleh Norpadilah Binti Afandi ni! Mudah je. Tak payah keluarkan bajet pun. Jom cuba!
Sape free?? Jom buat ni❤️
DIY Centerpiece UnderBudget
Bahan:
1. Penyapu padi rosak
2. Cawan kaca doorgift
3. Box plastik cookies
4. Hotglue gun
5. Chicken wire/dawai mata punai
6. Bunga
HappyDIY❤️❤️
Cara-caranya:
1) Cabut padi pada penyapu, ambil yang elok sahaja.
2) Lekatkan padi tersebut pada bekas biskut terpakai. jadikan seperti sarang.
3) Ambil dawai mata punai, potong ikut kesesuaian bekas sarang kita tadi. Letakkan di sekeliling bekas tersebut. Rapikan.
4) Ambil cawan doorgift, letakkan gluegun di sekelilingnya. Letak cawan di tengah-tengah bekas sarang tadi. Tunggu hingga gam kering, baru hias bunga di atasnya.
5) Terbalikkan semula bekas sarang, boleh mula hias bunga di atasnya. Siap untuk di deko di atas meja!
“Tony Stark Bukan Ironman… Saya.” Akui Kerja ‘Gila’, Alif Satar Puas berjaya Habiskan 15 Jam Untuk Cabaran Ironman Langkawi
Tidak sekadar berbakat dalam bidang seni, selebriti bernama Alif Satar ini nyata serba boleh. terbaru, dia menyertai saingan Ironman Langkawi 2019 dalam kategori penuh iaitu melibatkan renang sejauh 3.8km, berbasikal (180km) dan larian (42.2km) semalam.
Dalam pertandingan tersebut, Alif telah berjaya menghabiskan semua cabaran tersebut dalam masa 15 jam 5 minit dan 49 saat. Rekod tersebut telah membuatkan selebriti itu berbangga berikutan kejayaan yang bukan semua orang mampu menghabiskannya.
Di dalam perkongsiannya menerusi laman isntagram, nyata kegembiraan dan kepuasan jelas terpancar di wajah bapa kepada tiga cahaya mata ini setelah berjaya sampai ke garisan penamat.
View this post on Instagrameverything seems impossible.. until it is done- Nelson Mandela. ALHAMDULILLAH ALLAHUAKHBAR..
A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on
Dalam pada itu, hos Big Stage ini turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyokong di sepanjang laluan cabaran Ironman iaitu di Pantai Cenang kerana tidak henti-henti memberikan sorakan padu buatnya. Dia turut memohon maaf kepada penyokongnya kerana tidak sempat dibalas olehnya.
View this post on InstagramA post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on
Menurut Alif lagi, dia mengakui penyertaaanya di dalam Ironman bagi kategori penuh ini merupakan satu kerja gila yang pernah dilakukan, Begitu pun dia tidak sabar berkongsi kisah penyertaannya kepada umum tidak lama lagi.
Sumber : IG Alif Satar
Nak Sejukkan Hati Tengah Marah, Ustazah Asma Kongsikan Bacaan Paling Mudah. Amalkan Selalu!
Apabila kita dikuasai perasaan marah, agak sukar untuk mengawalnya, bukan? Pada masa itu, fikiran dan tindakan kita juga tidak rasional hingga boleh membawa kepada kesan yang buruk. Bukan sahaja pada orang yang dimarah, malah pada diri sendiri juga terkena padahnya.
Sejak semalam, kita semua dikejutkan dengan berita ada seorang kakak yang membaling pisau dan tertikam adiknya lalu meninggal dunia. Katanya kerana pergaduhan berebut tempat duduk dalam kereta, berlanjutan hingga ke rumah.
Difahamkan dia sedih dan geram kerana diejek berterusan hingga membawa kepada tindakan luar kawal dengan bertindak membunuh adiknya.
Sebagai orang luar, kita tidak tahu pucuk pangkal cerita dan tidak berada di lokasi kejadian. Latihlah diri untuk tidak terus menghukum sewenangnya dan ayuhlah kita ambil iktibar untuk mendidik diri agar tahu mengawal kemarahan dalam diri, agar setiap tindakan yang kita ambil lebih tenang dan rasional meskipun dalam keadaan marah.
Menyentuh tentang kawal rasa marah, melalui perkongsian terdahulu daripada ustazah Asma Harun ada menyentuh tentang cara mengawal marah di salah satu majlis ilmunya.
“Bila Marah Terus Istiazah”-Ustazah Asma
Menurutnya ada cara yang boleh diamalkan untuk jadikan diri kita seorang yang lebih tenang dan tidak mudah marah-marah sebagaimana panduan yang diberikan oleh Nabi Muhammad saw.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Kawal perasaan marah, memang gelora wanita ini mudah emosi, moody dan sebagainya. Banyak hadis Nabi tentang bagaimana hendak mengawal marah, jadi bila rasa marah terus istiazah nabi kata.
“Latih dan latih bila marah terus istazah lama-lama kita rasa ‘eh aku dah stadylah’, ‘tak ada rasa nak marah sangat’. Dulu pemarah sekarang penyejuk , haa sejuk sahaja.
“Sebab apa? Latihan. Para ulama kata barang siapa yang mengucapkan istiazah Allah akan hantar tenteranya untuk merejam syaiton yang ada bersama dengan kita.
Istiazah maksud apa?
“Apa maksud dia?
“Aku mohon perlindungan daripada Allah daripada gangguan syaiton yang direjam.”
“Jadi Allah akan hantar malaikat, untuk merejam syaiton yang ada bersama kita. Marah itu bila marah rasa panas, panas itu daripada api dan api itu daripada syaiton.
“Nabi kata, maka redakanalah dengan air yakni wuduk. Kita kadang tak mampu tengah marah-marah ambil wuduk, betul tak? Jadi kita latih diri baca ayat tersebut walau ketar untuk mengucapkannya,”jelas ustazah panjang lebar.
Sumber :Nasihat Ustazah
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Nak Keluarga Lebih Baik, Biasakan Mengaji Anak Beranak. Lagi Mudah Hayati Dengan Cara Ni!
Nak Keluarga Lebih Baik, Biasakan Mengaji Anak Beranak. Lagi Mudah Hayati Dengan Cara Ni!
Dalam sehari kita pasti akan membaca Al-Quran, paling tidak kita akan membaca surah-surah pendik ketika menunaikan solat 5 waktu.
Pun begitu tidak hanya sekadar dibaca dengan melazimi surah yang sama sepanjang usia ketika menunaikan solat. Ingin juga kiranya dari masa ke semasa dapat memperbaiki diri dari segi bacaan dengan hukum tajwid yang betul dan sekali gus mampu menghafaz al Quran yang mengandungi 114 surah, Insya Allah.
Impian ini akan menjadi lebih bermakna bila ia turut dipraktikkan bukan hanya untuk diri sendiri malah beruntungnya dapat dihayati dan dilakukan bersama seisi keluarga. Ini memandangkan terdapat 1001 kelebihan membaca al Quran yang rugi kiranya dilepaskan begitu sahaja.
Kelebihan Membaca Ayat al Quran
1.al-Quran sebagai syafaat di akhirat kelak
2.Penyembuh penyakit hati
3.Dapat pahala kelebihan dan kebaikan
5.Membuat seseorang menjadi lebih baik
6.Sebagai panduan hidup
7.Diangkat martabat golongan yang membaca al-Quran oleh Allah SWT
8.Mendapat pahala bagi orang yang susah menyebut dan membaca al-Quran
Persoalannya di sini, bagaimana kita mahu membudayakan dan istiqomah membaca al-Quran bersama keluarga?
Pastinya setiap antara kita ada caranya yang tersendiri, pun begitu ada baiknya seisi keluarga turut serta mengikuti Program My #QuranTime 2.0, yang mana program My #QuranTime sebelum ini telah mencipta fenomenanya yang tersendiri.
Menurut Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, My #QuranTime 2.0 dijangka bersiaran sebanyak 1,800 episod bermula pada 1 Disember depan.
Selain itu difahamkan pihak Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) juga sedang mempersiapkan studio di Kompleks Kumpulan Karangkraf di Shah Alam untuk program edisi kedua itu.
“Program ini nanti akan membuka peluang kepada peserta untuk belajar secara langsung di lokasi penggambaran tersebut. Ini akan menjadikan program tersebut berinteraktif dalam sesi tadabbur dan belajar tajwid.
“Penubuhan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) lapan tahun lalu bertujuan untuk membantu umat Islam lebih mendalami dan menghayati isi kandungan al-Quran.
“Pendekatan menggabungkan konsep bacaan dan tadabbur al-Quran menerusi program My #QuranTime itu memudahkan orang ramai mempelajari kitab suci tersebut.
“Gerakan ini bermula kerana apa yang saya mahukan untuk diri sendiri, kerana dahulunya saya tidak pandai sangat membaca al-Quran.
“Sebelum ini saya ingat itu masalah saya sahaja, rupanya masih ramai lagi di luar sana yang tidak boleh membaca al-Quran dengan betul.
“Ramai orang macam saya yang perlu diselamatkan, sebab itu timbulnya satu gerakan untuk menyelamatkan ummah.
“Pada awalnya, kita nak buat orang cinta dan meminati untuk membaca al-Quran dan Alhamdulillah, mungkin melalui pendekatan yang disampaikan oleh qari dan pentadabbur menyebabkan orang ramai ingin tahu dengan lebih mendalam tentang kalam suci ALLAH SWT,” katanya panjang lebar.
Beliau berkata demikian dalam sidang media mengenai program My #QuranTime 2.0 di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa.
Mengulas mengenai My #QuranTime 2.0, Hussamuddin berkata, program itu akan menyediakan bentuk pengisian yang lebih terperinci dan mendalam berbanding sebelumnya.
“Dalam My #QuranTime 1.0, kita tadabbur satu halaman setiap hari, kita harap dalam musim kedua ini, kita nak ke arah lebih mendalam lagi.
“Kita akan perkenalkan elemen baharu iaitu hafalan dan amalan (untuk menghafal al-Quran) dengan cara yang terbaik melalui solat.
“Sekiranya mereka boleh hafal, sekurang-kurangnya tiga atau empat ayat tersebut boleh digunakan dalam solat sepanjang hari,” ujarnya.
Jelas beliau, pihaknya sedang dalam proses untuk membina satu studio di Kompleks Kumpulan Karangkraf yang lengkap dengan peralatan khusus untuk program My #QuranTime 2.0 kali ini.
“Kapasiti studio tersebut dijangka dapat menampung 40 hingga 50 peserta bagi setiap episod.
“Sepanjang kita buat My #QuranTime, kita terima banyak dana infaq, jadi sudah tiba masa kita gunakan wang tersebut untuk manfaat peserta,” jelas beliau di akhir sesi sidang media tersebut.
Sumber : Sinar Harian