Bagi ibubapa yang mahu merancang cuti balik kampung, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 memaklumkan bahawa tarikh cuti tambahan diberikan sebanyak tiga hari bersempena Hari Raya Aidilfitri bagi tahun ini.
Ia diberikan kepada guru, pelajar dan ibu bapa bagi memudahkan mereka menikmati Aidilfitri bersama keluarga tercinta, saudara mara dan sahabat handai.
Kredit Foto: Sinar Harian
Cuti tambahan yang diperuntukkan KPM ini pula berbeza untuk Kumpulan A dan Kumpulan B. Berikut merupakan cuti yang diberikan mengikut hari:
Ads
1) Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Terengganu)
30 Mac 2025 (Ahad)
2 April 2025 (Rabu)
3 April 2025 (Khamis)
Ads
Kredit Foto: Sinar Harian
2) Kumpulan B
(Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya)
Ads
2 April 2025 (Rabu)
3 April 2025 (Khamis)
4 April 2025 (Jumaat)
Untuk info, sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dijangka pada 31 Mac (Isnin) (tertakluk pada perubahan) dan 1 April (Selasa) dikira sebagai cuti perayaan dalam takwin tahunan itu.
Soket elektrik dalam bas dipasang untuk memberi kemudahan kepada penumpang, tetapi pemasangan ini harus mematuhi piawaian keselamatan tertentu. Pemasangan elektrik yang baik perlu dilakukan oleh juruteknik bertauliah untuk memastikan tiada risiko litar pintas atau masalah lain yang boleh mengancam keselamatan penumpang.
Soket yang dipasang dengan betul akan diuji bagi memastikan ia dapat menampung voltan yang diperlukan dan tidak mudah panas atau rosak.
Kejadian yang meragut nyawa remaja ketika mengecas telefon bimbit di dalam bas menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan kemudahan elektrik dalam pengangkutan awam.
Menurut Prof. Dr. Sawal Hamid dari UKM, renjatan elektrik yang berlaku dipercayai berpunca daripada soket berkuasa tinggi 220/240V dalam bas tersebut, bukan dari pengecas USB yang biasanya beroperasi pada voltan rendah.
Beberapa bas ekspres dilengkapi dengan ‘inverter’ yang menghasilkan arus 240V AC untuk menyediakan kuasa seperti di rumah. Namun, tanpa penyelenggaraan yang baik, risiko bahaya boleh wujud, terutama jika ada masalah pada pendawaian atau soket yang rosak.
Sebagai pengguna, kita perlu lebih berhati-hati:
• Elakkan menggunakan soket elektrik dalam bas jika kelihatan longgar atau rosak.
• Pastikan peranti anda dalam keadaan baik sebelum mengecas di tempat awam.
• Jika ada keraguan, lebih baik berhati-hati daripada mengambil risiko.
Mungkin sudah tiba masanya syarikat bas dan pihak berkuasa memperketatkan pemeriksaan dan penyelenggaraan terhadap kemudahan elektrik dalam bas. Keselamatan pengguna perlu menjadi keutamaan.
Sebagai langkah pencegahan, syarikat bas mungkin boleh mempertimbangkan untuk menggantikan soket 240V dengan soket arus rendah, seperti USB 5V, yang lebih selamat untuk mengecas peranti elektronik. Dengan cara ini, risiko renjatan elektrik yang boleh menyebabkan maut dapat dikurangkan.
Secara umumnya, soket elektrik dalam bas adalah selamat untuk digunakan, asalkan pengguna berhati-hati dan mengikut langkah-langkah keselamatan yang disarankan. Pemasangan yang mematuhi piawaian keselamatan serta penggunaan peranti yang betul akan mengurangkan risiko yang mungkin timbul.
Oleh itu, penumpang boleh menikmati kemudahan mengecas peranti di dalam bas, tetapi hendaklah sentiasa berhati-hati dan mengutamakan keselamatan diri serta penumpang lain.
Ibu hamil 8 bulan yang dilaporkan hilang bersama anak 4 tahun ditemui di KLIA. Seorang wanita hamil lapan bulan dan anak lelakinya yang berusia empat tahun, yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli makanan di sebuah kedai di Jalan Pintasan Kuantan, pada Rabu ditemui selamat oleh pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.
Kakaknya, Adlin Mohd Zakaria, 36, melahirkan rasa bersyukur adiknya, Nur Nadia Mohd Zakaria, 29, dan anak saudaranya, Aydan Noah Mohd Shahmi ditemukan dalam keadaan selamat.
“Alhamdulillah, adik dan anak selamat dijumpai. Terima kasih banyak kepada pihak polis dan semua yang telah membantu,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada Khamis.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kehilangan wanita terbabit bersama anaknya selepas keluar membeli makanan di sebuah kedai di Jalan Pintasan Kuantan pada Rabu.
Nur Nadia kali terakhir meninggalkan rumah dengan memandu Perodua Axia berwarna biru gelap pada jam 12 tengah hari, namun tidak pulang ke rumah di Kampung Chendering sehingga lewat petang itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, mengesahkan mengesahkan dua beranak itu telah dijumpai di KLIA oleh pihak polis pada kira-kira jam 2 petang.
“Wanita itu bersama anak lelaki dalam keadaan selamat dan sekarang mereka berada di Balai Polis KLIA,” katanya ringkas.
Misi Global Sumud Flotilla: Aktivis Britain dilapor hilang selepas ditahan di penjara. Aktivis kemanusiaan dan wartawan terkenal dari Britain, Yvonne Ridley, dilaporkan hilang selepas ditahan oleh pihak berkuasa Israel ketika menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
Menurut laporan media pada Ahad, wanita berusia 67 tahun itu sepatutnya dipindahkan dari Tel Aviv ke Istanbul, namun tidak dapat dikesan selepas proses pemindahan tersebut.
“Keberadaannya ketika ini tidak diketahui,” lapor sumber berkenaan yang memetik kenyataan pihak terlibat.
Difahamkan, Yvonne bersama beberapa aktivis antarabangsa lain telah ditempatkan di Penjara Ketziot. Sepanjang tempoh tahanan, mereka didakwa tidak diberikan akses kepada ubat-ubatan yang diperlukan.
Beliau hanya dibenarkan berhubung dengan pihak konsular pada Jumaat, dan laporan menyebut keadaan kesihatannya kini amat membimbangkan.
“Keluarganya telah dimaklumkan tentang layanan buruk diterima Ridley. Zionis merampas bekalan ubatnya dan menggantikan dengan ubat lain. Tetapi, dia enggan mengambilnya,” menurut laporan itu lagi.
Untuk rekod, Yvonne Ridley merupakan antara hampir 500 aktivis serta pempengaruh dari pelbagai negara yang menyertai misi kemanusiaan GSF. Misi tersebut bertujuan memecahkan kepungan haram Israel di Genting Gaza, namun kapal mereka dipintas sebaik sahaja memasuki zon merah perairan antarabangsa.