Biasanya bila kita bercerita tentang persiapan membeli baju raya, kasut raya dan persiapan diri yang lainnya, tentu anak-anaklah paling teruja.
Perasaannya itu tidak dapat digambar dengan kata-kata. Maklumnya dapat memilih baju dan kasut yang disukai ketika membeli belah.
Namun persiapan tahun ini, kita sebagai ibu bapa perlu faham sebaik-baiknya elakkan daripada membawa anak-anak semasa membeli belah.
Saranan dan pesanan ini juga turut dikongsikan oleh Dr. Ahmad Samhan, meluahkan kerisauannya bila melihat ada sesetengah ibu bapa tanpa gusar membawa anak-anak ke shopping complex.
Diharapkan dengan shering ini, dapat sedarkan jika adanya yang terlupa akan perjuangan kita menentang Covid-19 masih belum berakhir.
Dah kenapa bawa anak keluar beli baju raya!
Kelihatan beberapa mak ayah bersama anak-anak di shopping complex tersenyum riang sambil letakkan baju di badan anak untuk mengukur saiz.
Aku pulak rasa risau dan kasihan. Mesti mak ayah rasa ralat kalau beli baju online. Maklumlah, dah terbiasa beli baju raya mesti ukur dibadan. Bimbang tak muat la,saiz dah betul tapi ketat di ketiak la.
Tapi ingat, kanak-kanak adalah golongan yang berisiko tinggi untuk dapat jangkitan kerana imuniti yang rendah.
Adakah kita lupa kita masih belum bebas. Virus yang tak nampak dimata ini masih lagi menular di kalangan kita. Kita masih dalam fasa dilanda wabak.
Setakat ini 317 kes positif COVID-19 membabitkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Daripada jumlah itu, 112 kes membabitkan kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah dan 22 kes lagi dalam kalangan bayi berusia kurang satu tahun.
Negara kita telah mencatatkan kematian seramai 113 kematian. Walaupun belum ada kes kematian dari golongan kanak-kanak, adakah itu yang kita mahukan?
“Jika hanya kanak-kanak yang dijangkiti, ibu atau bapa yang negatif COVID-19 perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) dan mengisi borang untuk menjaga anak mereka,” kata Dr Noor Hisham.
Raya memang dah dekat.Semua orang berhak untuk bergembira. Tapi berwaspadalah. Lindungi anak-anak. Elok kita boleh beraya dirumah, nanti kita terpaksa beraya di hospital.
Kita tak mahu ada kematian pertama dicatatkan dari golongan kanak-kanak. Kita mahukan anak-anak beraya dengan gembira walaupun di rumah.
Kongsikan pada mak ayah lain sebab makin ramai yang bawa anak keluar beli baju raya.
Sumber : Dr Ahmad Samhan
-berwaspada dan berpesanlah-