Kos sara hidup tak mahal, yang mahal kos gaya hidup, jangan malu downgrade berbelanja. Downgrade berbelanja bermaksud mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan memberi fokus kepada keperluan asas.
Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu, adalah bijak untuk mempertimbangkan semula perbelanjaan kita. Kos sara hidup sering kali menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat kita. Namun, ada satu lagi aspek yang sering diabaikan, iaitu kos gaya hidup.
Kos sara hidup merujuk kepada perbelanjaan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, dan penjagaan kesihatan. Ini adalah perbelanjaan yang tidak boleh dielakkan dan perlu ditangani terlebih dahulu
Kos gaya hidup, sebaliknya, merujuk kepada perbelanjaan yang berkaitan dengan pilihan dan kehendak peribadi. Ini termasuk aktiviti dan barangan yang bukan keperluan asas tetapi lebih kepada kemewahan atau kehendak untuk meningkatkan kualiti hidup.
Membezakan antara kedua-dua ini adalah penting dalam usaha untuk mengurus kewangan dengan bijak.
Berikut perkongsian Mohd Ezairol Rezan Zainol
Jangan malu untuk downgrade hidup jika sudah sampai masanya. Mula-mula mungkin agak kekok sikit sebab dah terbiasa dengan hidup selesa. Tapi jika kita boleh didik hati kita untuk turunkan EGO yang ada dalam diri kita, insyallah kita boleh melakukannya.
Contoh, aku dulu pakai kereta import jenama Honda harga seratus lima puluh ribu, sekarang aku lebih selesa pergi kerja guna kereta Axia saja. Biarlah apa orang nak kata, duit minyak aku ulang-alik Klia bukan depa yang nak bayarkannya.
Aku beli Crv ni dulu untuk keselesaan keluarga. Lepas 9 tahun pakai Wira secondhand keluaran tahun 2001, tahun 2013 baru la aku upgrade family car jenama H ni. Tapi lepas fikir-fikir balik, instalment sebulan saja sudah RM1500, kat situ saja sudah makan banyak portion gaji aku. Anak-anak pula makin membesar dan perlu guna banyak belanja untuk pendidikan mereka.
Jadi aku decide, lepas je habis bayar hutang Crv ni dulu, aku maintain je la dengan kereta yang dah ada supaya dapat save lagi RM1500 tu. Bukan tak teringin nak kereta baru, cuma belum masanya lagi untuk aku. Aku nak settle downkan semua hutang² aku dulu terutamanya hutang rumah.
Buat masa ni, kereta bukan prioriti bagi aku. Aku cakap kat wife, selagi Crv lama ni tak bagi masalah kat wife aku, maka pakailah dulu.
Bab baju pun sama. Kalau dulu Aku suka beli baju kat butik jenama Polo atau Levi’s harga beratus ringgit sekarang Aku beli baju harga RM30 kat Aeon je. Dengan baju murah camtu, Aku naik flight pergi simulator training kat Paris. Yang penting selesa bila dipakai.
Nanti ada pula yang cakap pakai singlet pun selesa juga, kenapa tak pakai camtu je. Suka hati kamulah… Ini cara aku.
Kos sara hidup tak mahal. Yang mahal ialah kos gaya hidup. Itu yang sebenarnya…
Nak bermewah tu tak salah kalau kita mampu. Belanjalah ikut suka kamu. Itukan duit kamu. Yang salah ialah bila kamu berhutang untuk dapat sesuatu yang kamu tak mampu.
Kesilapan paling besar ialah bermewah ketika diri sendiri sebenarnya belum cukup mampu lagi untuk hidup begitu. Duit simpanan pun masih level² “kais pagi makan pagi”, simpanan 6 bulan pendapatan pun belum ada lagi, maka tak cerdiklah kalau pilih hidup ala² orang ‘have-have’ ni.
Artikel berkaitan: Lelaki Ini Nasihat Tak Perlu Orang Lain Tahu Income Kita, Hidup Sederhana Elak Yang Suka Meminjam!
Ubah Gaya Hidup Jika Nak Elak Tekanan Darah Tinggi. Take Note Sebelum Terlambat!
Jangan lupa masa pkp time covid 2020 dulu, semuanya “back to zero” bila tiba-tiba ramai yang dibuang kerja atau hilang kemampuan untuk pergi bekerja masa itu.
Jadi tahanlah dulu gaya hidup “Orang yang have-have” tu.
Orang kampung Aku kata “Delay your grafitication”. Bersabarlah untuk seketika. Tahan gaya hidup itu bukanlah untuk selama-lamanya… Maybe 5 ke 10 tahun saja.
Bak kata pepatah, “bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”.
Hidup ini memang keras. Takda sapa peduli kalau kita ni orang susah. Lainlah kalau kita senang, semua orang akan datang dan sanjung kita macam lebah. Begitulah…
Sumber: Mohd Ezairol Rezan Zainol
Baca artikel lain juga: Berat Badan Berlebihan Buat Wanita Sukar Hamil, Ubahlah Cara Pemakanan Gaya Hidup
Nak Financial Freedom’ Kena Hidup Seadanya, Bukan Rabak Poket Bayar Hutang. Gaya Hidup Kena Ubah!
Jom bawa anak-anak pergi Zoo Melaka, boleh tengok animals dan main games! Boleh menang banyak hadiah tau.
Klik sini untuk daftar: https://kliik.je/product-details/79?title=simpan-challenge-sspn
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my