Walaupun raya dah berlalu tapi mencantikkan rumah tak seharusnya terhenti di situ sahaja. Proses mencantikkan rumah harus lebih gigih untuk memastikan seisi rumah lebih selesa.
Memasang lantai kayu seperti lamina dan sebagainya sememangnya menjadi trend. Pun begitu kosnya yang cukup tinggi menjadikan hanya golongan elit sahaja mampu memasangnya.
Jangan patah semangat dan biarkan angan-angan untuk memasang lantai kayu ini terkubur begitu sahaja. Pilihan memasang lantai kayu vinyl antara yang disarankan. Paling penting kosnya sangatlah murah, tak sampai RM1000 pun.
Nak pasangnya pun senang. Boleh pasang sendiri sahaja.
Perkongsian oleh saudara kita, Khairul Ezuwan di facebooknya ini pasti buat ibu-ibu lebih bersemangat. Murah dan cantik. Jom ikut caranya.
Dah siap. Dulu saya ingatkan RM3,000 @ RM4,000 untuk buat lantai vinyl ni . Rupanya kos kurang dari RM1,000 untuk keluasan 300 sqft dengan DIY.
Sebab ramai yang berminat nak tahu pasal pemasangan lantai vinyl DIY ni saya kongsikan sikit mengenai kos, alatan yang digunakan untuk pemasangan dan lokasi nak dapatkan bahan.
Saya gunakan Luxury PVC Plank dengan ketebalan 3mm, panjang setiap satu keping 3 kaki & lebar 6 inchi. Satu kotak mengandungi 16 keping. Harga setiap kotak cuma RM58.
Untuk keluasan 300 sqft ruang yang saya buat ni menggunakan 13 kotak kesemuanya. Gam pula menggunakan gam khas vinyl glue satu tong berharga RM68, satu tong DIY cukup untuk keluasan 300 sqft ni.
Saya beli 20 kotak Vinyl adhesive, lepas siap pasang masih berbaki 7 kotak yg tak guna & 2 tong vinyl glue , satu tong lagi langsung tak terusik.
Kalau ikut kos sebenar untuk pasang lantai keluasan 300 sqft ni :
Vinyl adhesive 13 kotak = (RM58 x 13 ) = RM754
Vinyl glue 1 tong = (RM68 x 1) = RM68
Jumlah kos = RM822
Alatan yg saya gunakan untuk DIY ni punya sangat simple (ini diy tau bukan kontraktor professional)
1. Pembaris L
2. Pisau
3. Pensel
4. Berus cat
5. Gunting
6. Kain buruk
Mana lokasi nak dapatkan vinyl ni ? Carpet Prima Sdn Bhd Kat Nilai 3. Address tengok pada receipt dalam gambar.
Jangan takut-takut nak cuba buat ye, anak saya 8 tahun pun boleh tolong buat sekali. Macam main puzzle je dia kata. Nak tengok cara pasang, boleh tengok kat youtube.
Selamat mencuba. Kalau esok Carpet prima out of stock , jangan salahkan saya..hehe.
Wow hebat. Siapa yang berhajat nak memasang lantai vinyl ni bolehlah cuba pasang sendiri dengan anggaran bajet yang disarankan oleh saudara kita ni. Paling penting jangan takut-takut, sebab terlalu senang katanya. Jom cuba.
Kredit: Khairul Ezuwan