Walaupun raya dah berlalu tapi mencantikkan rumah tak seharusnya terhenti di situ sahaja. Proses mencantikkan rumah harus lebih gigih untuk memastikan seisi rumah lebih selesa.
Memasang lantai kayu seperti lamina dan sebagainya sememangnya menjadi trend. Pun begitu kosnya yang cukup tinggi menjadikan hanya golongan elit sahaja mampu memasangnya.
Jangan patah semangat dan biarkan angan-angan untuk memasang lantai kayu ini terkubur begitu sahaja. Pilihan memasang lantai kayu vinyl antara yang disarankan. Paling penting kosnya sangatlah murah, tak sampai RM1000 pun.
Nak pasangnya pun senang. Boleh pasang sendiri sahaja.
Perkongsian oleh saudara kita, Khairul Ezuwan di facebooknya ini pasti buat ibu-ibu lebih bersemangat. Murah dan cantik. Jom ikut caranya.
Dah siap. Dulu saya ingatkan RM3,000 @ RM4,000 untuk buat lantai vinyl ni . Rupanya kos kurang dari RM1,000 untuk keluasan 300 sqft dengan DIY.
Sebab ramai yang berminat nak tahu pasal pemasangan lantai vinyl DIY ni saya kongsikan sikit mengenai kos, alatan yang digunakan untuk pemasangan dan lokasi nak dapatkan bahan.
Saya gunakan Luxury PVC Plank dengan ketebalan 3mm, panjang setiap satu keping 3 kaki & lebar 6 inchi. Satu kotak mengandungi 16 keping. Harga setiap kotak cuma RM58.
Ads
Untuk keluasan 300 sqft ruang yang saya buat ni menggunakan 13 kotak kesemuanya. Gam pula menggunakan gam khas vinyl glue satu tong berharga RM68, satu tong DIY cukup untuk keluasan 300 sqft ni.
Saya beli 20 kotak Vinyl adhesive, lepas siap pasang masih berbaki 7 kotak yg tak guna & 2 tong vinyl glue , satu tong lagi langsung tak terusik.
Kalau ikut kos sebenar untuk pasang lantai keluasan 300 sqft ni :
Vinyl adhesive 13 kotak = (RM58 x 13 ) = RM754
Ads
Vinyl glue 1 tong = (RM68 x 1) = RM68
Jumlah kos = RM822
Alatan yg saya gunakan untuk DIY ni punya sangat simple (ini diy tau bukan kontraktor professional)
Mana lokasi nak dapatkan vinyl ni ? Carpet Prima Sdn Bhd Kat Nilai 3. Address tengok pada receipt dalam gambar.
Jangan takut-takut nak cuba buat ye, anak saya 8 tahun pun boleh tolong buat sekali. Macam main puzzle je dia kata. Nak tengok cara pasang, boleh tengok kat youtube.
Selamat mencuba. Kalau esok Carpet prima out of stock , jangan salahkan saya..hehe.
Wow hebat. Siapa yang berhajat nak memasang lantai vinyl ni bolehlah cuba pasang sendiri dengan anggaran bajet yang disarankan oleh saudara kita ni. Paling penting jangan takut-takut, sebab terlalu senang katanya. Jom cuba.
Kredit: Khairul Ezuwan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sejuk mata memandang rumah yg bersih dan kemas ini biarpun rumah kecik jika pandai kemas dan cantik hasilnya memang memukau mata.
Biarpun rumah biasa-biasa aje, ia bukan alasan untuk menjadikan rumah kelihatan kotor.
Begitulah menerusi perkongsian puan Norimah Khalid yang berkongsi sebuah rumah yang diluar kelihatan sebuah rumah yang dihuni sebuah keluarga yang menjalani kehidupan biasa. Namun didalam kediaman ini sungguh inspirasi!
Dihias cantik dan kemas biarpun barang yang digunakan biasa-biasa aje. Malah rata-rata warganet memuji sikap rajin pemilik kediaman berkenaan. Ikuti lanjut susun atur rumah ini.
______________
Bukan ukuran miskin atau kaya..kalau kita jaga kebersihan kita.rumah yang miskin pun boleh kelihatan kaya..
Rumah yang bersih adalah rumah yang bahagia .
BAHAGIAN LUAR RUMAH
Kelihatan biasa aje tanpa di cat namun tetap kemas dan bersih.
RUANG TAMU
Dekorasi sederhana namun cantik mempersona. Apa yang pasti bersih kemas dan tersusun.
KAMAR TIDUR
Ringkas tapi memikat mata memadang.
BAHAGIAN DAPUR
Bersih. Biarpun serba kekurangan, perkakasan dapur di susun dengan kemas.
Moga jadi inspirasi bahawa untuk hidup bahagia adalah pilihan kita. Hidup seadanya mampu juga bahagia!
Sumber: Norimah Khalid
Mesti baca: Ramai Anggap Biasa Je, Rupanya Ini Punca Tulang Jadi Reput. Take Note Semua!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebagai manusia biasa, marah dan tengking anak tanpa sengaja itu adalah perkara yang biasa. Ada waktunya kita penat dan ini selalunya kita hilang kawalan. Normal!
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi, sebolehnya kita usahalah untuk baiki diri kita dengan anak-anak. Ini sebaiknya.
Walaupun saya banyak berkempen nak ajak orang jadi mak yang tenang-tenang, tapi percayalah. Saya sangat faham bila ada yang mengadu terjerit, termarah, terover-react kat anak.
Kita manusia kot. Tau penat. Ada turut naik emosi. Ada hormon dalam badan yang tak boleh nak dikawal pakai remote. Ada banyak fikiran yang bercampur baur.
Bila otak dah mula rasional, emosi dah mula stabil, waktu tulah baru datang semua rasa bersalah kat anak. Dan kat pasangan yang kita marah.
Kadang-kadang, marah kita tu, tak sepadan dengan situasi. Benda kecik. Tapi jeritnya macam salah tak boleh nak diampun. Silap tak boleh nak dibaiki.
Ya. Marah boleh beri kesan buruk. Kita mudah dapat sakit jantung. Orang sekeliling pun makin menjauhkan diri.
Pun begitu, marah bukan bermakna kita manusia yang teruk. Boleh jadi petanda kita ni manusia yang normal.
Bila dah terlajak beremosi, tepuk bahu, pujuk diri. “Hey, it’s ok. Kita cuba lagi.”
Langkah hari ini ialah, maafkan diri, akui silap dan kita usaha perbaiki. Perasaan bersalah itu juga petanda bahawa kita ibu yang baik. Ibu yang berusaha. Ibu yang mengakui silap. Dan bersedia untuk betulkan kesilapan.
Berita baiknya, bila kita rasa bersalah, kita masih ada peluang untuk REPAIR. Kita sentiasa layak maafkan diri dan mula semula.
Tidak mengapalah anak-anak nampak versi diri kita yang tak sempurna. Asalkan mereka nampak kita berusaha.
Mereka akan belajar dan meneladani keberanian kita memohon maaf, merendah diri dan bermuhasabah.
Hari Deepavali tidak akan lengkap tanpa adanya juadah Deepavali yang semestinya membangkitkan selera anda. Pastinya inilah masanya untuk kita saling ziarah rakan-rakan yang berbangsa India agar dapat menilmati keaslian masakannya. Inilah beruntungnya negara berbilang bangsa.
Selamat Hari Deepavali untuk semua rakyat Malaysia.
1. Ladoo
Ladoo ialah pemanis mulut yang paling penting pada hari Deepavali, dan ianya adalah makanan istimewa bersaiz bola golf yang berwarna-warni. Ada banyak jenis ladoo untuk dipilih, iaitu bebola minyak sapi, ladoo buah kering, ladoo kekacang, dan yang paling biasa dihidang ialah ladoo berperisa air gula seperti ladoo air mawar, yang pastinya akan memberi rasa semanis syurga kepada deria rasa anda.
2. Gula-gula Kelapa
Gula-gula kelapa ialah gula-gula yang padat, manis dan berasaskan susu. Pemanis mulut jenis mithai (manisan India) ini adalah pembuka selera klasik kaum India yang tiada siapa akan menolak. Gula-gula kelapa adalah diperbuat daripada kelapa, susu pekat dan gula yang kesemuanya dimasak sehingga memejal. Dari segi bentuk, gula-gula kelapa lazimnya dipotong kepada bentuk-bentuk petak, berlian atau pun bulat.
3. Jalebi
Jalebi adalah kuih kecil berwarna kuning cerah dan seakan-akan kek funnel. Ia diperbuat daripada adunan tepung kosong yang digoreng dalam bentuk pretzel atau bulat, dan kemudian direndam dalam air gula safron untuk mendapatkan warna kejingga-jinggaan. Untuk menjadikan lapisan luar kuih itu rangup, ia direndam di dalam air gula safron lalu dikeringkan. Kuih ini mempunyai tekstur yang kenyal dengan lapisan luar yang bergula. Jalebi semestinya akan melonjakkan citarasa anda!
4. Payasam
Payasam ialah puding enak berasaskan susu yang berasal dari sub-benua India dan diperbuat daripada gandum hancur atau pun vermiseli bercampurkan susu dan gula. Ia kemudian diberi perasa seperti buah pelaga, buah kismis, safron, kacang gajus, kacang pistasio dan buah badam, dan selalunya dihidangkan ketika waktu makan atau sebagai pencuci mulut. Hidangan ini memberikan sentuhan baru ke atas puding klasik biasa bagi menggamit selera anda.
5. Murukku
Murukku ialah perkataan Tamil yang bermaksud “berpintal.” Makanan tradisi yang sering dikaitkan dengan Deepavali, Murukku adalah salah satu makanan ringan istimewa yang boleh dijumpai di hampir setiap rumah penganut Hindu semasa perayaan Deepavali. Murukku adalah snek goreng penuh rasa yang diperbuat daripada campuran lentil hitam, tepung beras dan perasa seperti cili dan biji karom (ajwain) untuk memberikan rasa yang hebat. Yang luar biasanya, walaupun kerepek rangup ini digoreng, ia tidak berminyak langsung.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.