Kos Cecah Puluhan Ribu Baiki Kenderaan Akibat Banjir, Netizen Berdebat Harga Melampau!

Share

Tragedi bencana banjir yang melanda negara pada bulan lalu memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia.

Traumanya masih terasa sehingga kini. Arus deras yang datang tanpa amaran, mengakibatkan banyak harta benda musnah.

Antaranya puluhan ribu kenderaan rosak akibat banjir. Ramai yang menanggung kerugian akibat bencana itu.

Menerusi perkongsian pengguna facebook, Dr. Zaharuddin Abd Rahman memaparkan sekeping resit yang menunjukkan kos membaiki kenderaan akibat banjir. Lebih mengejutkan walaupun telah diberi diskaun, kos telah mencecah sehingga RM67,000!

Namun tidak dipastikan jenis kenderaan berkenaan. Namun ia menunjukkan sejumlah kos yang terpaksa dilalui oleh mangsa banjir.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen beranggapan kos terlampau tinggi. Begitulah cabaran buat mangsa banjir.

Seterusnya ikuti perkongsian tersebut.

Innalillahi wainna ilaihi rajioun, ada yang menghantar kepada saya kos baiki kenderaan akibat banjir. Tidak diberitahu jenis kenderaan tetapi inilah kosnya.

Itupun sudah diberi 15% diskaun. Kalau yang ada masukkan banjir sebagai salah satu insiden dalam coverage insuran/takaful, maka takaful yang akan bayar, namun bagi yang tiada masukkan banjir dalam senarai cover, semua itu kena bayar sendiri.

Yang mahal-mahal per unit itu katanya adalah harga block silinder dan cylinder head, yang paling mahal itu harga gearbox.
Sukar untuk memikirkan bantuan yang sesuai dalam kes besar sebegini, untuk mengenalpasti yang layak juga panjang jalannya. Ditambah terdapat keperluan asasi lain yang juga sangat mendesak.
Apapun diharap apa saja sumbangan dapat meringankan sedikit beban mangsa banjir. Apa yang tidak dapat dibantu semua, jangan tinggalkan semua.
Bagi yang ingin terus menderma, boleh berbuat demikian di link ini.
Untuk memastikan rekod kemas dan resit automatik akan masuk ke email para penderma.
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Dalam pada itu, ada juga pengalaman menghadapi situasi berkenaan. Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Nik Mohd Fakrul Hisyam
mengakui  masih menjalan kerja pembersihan kereta sejak 19 Disember lalu.
Wargent lain juga berkongsi pandangan yang sama mengenai kos yang tinggi akibat banjir.

 

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club