Kebiasaanya bila sebuah keluarga ingin berpindah ke rumah baharu, perkara pertama yang ingin dilakukan adalah melakukan transformasi ruang. Paling ketara adalah pada ruang dapur!

Menyentuh tentang dekorasi di ruang dapur, tentunya tidak akan lengkap tanpa adanya kabinet tersedia di ruang tersebut. Bertepatan fungsi kabinet itu sendiri sebagai ruang storan, maka adanya kabinet yang sempurna akan memperlihatkan ruang dapur yang lebih kemas dan menarik.

Pun begitu, tidak dinafikan kos pemasangan kabinet juga cukup mahal hingga ada yang mencecah puluhan ribu ringgit untuk ruang nan satu ini.

Namun bagi yang bijak, tentu ada cara bagaimana untuk mengurangkan kos untuk memiliki kabinet yang diimpikan selama ini. Jadi ikuti perkongsian daripada seorang isteri bagaimana dia boleh berjimat dan dalam masa yang sama ruang dapur terlihat sempurna dan menarik.

“Okay, since ramai yang pm tanya pasal kabinet dapur, saya dengan rendah diri ingin kongsikan step-step dan beberapa tip untuk kabinet dapur, specifically IKEA.”-Herdiana Hamid

Langkah 1

Okay, 1st sekali. Kena ukur dapur. Yang ni, kalau tanya kat IKEA, memang dia akan cakap kalau salah ukur, kami balik camtu je. So ukur kena ukur bebetul dalam cm (sentimeter). Berapa lebar, berapa tinggi, pastu ukuran tingkap, tingkap tu terletak kat mana dan sebagainya, paip sinki pun kena note kat mana. Kalau rasa tak konfiden, boleh panggil staff dorang datang rumah, tapi ada caj dia la. Kalau ke Seremban, RM250. Oleh kerana nak jimat, saya dan suami ukur berulang-ulang kali untuk pastikan betul-betul tepat.

Langkah 2

Kena draw kat apps dia. Boleh tengok dalam website IKEA, kat kitchen planner. Kita lukis la nak macamana rupa dapur kita. Tapi, kalau tak konfiden atau nak pandangan yang lebih arif, minta staff IKEA yang buatkan. 5 minit je dia buat. Masa kitorang hari tu, sambil dia lukis sambil saya dan suami suggest/discuss macamni okay tak, nak ubah ke camne. Kalau nak lukis sendiri pun okay, terpulang. Free je ni takde caj.

Ads

Langkah 3

Ok bila dah konfem dah design kita nak, staff dia akan proceed dengan invoice. Pastu bawak je invoice tu kat cashier, bayar.

Langkah 4

Bila dah bayar, pergi kat kaunter penghantaran ke rumah. Kalau rasa boleh bawak sendiri dengan kenderaan kita, bawak je. Tapi kalau rasa nak orang IKEA hantar, ada caj. Ikut tempat. Kalau ke Seremban, RM450. Kalau sekitar Lembah Klang RM80 je. Dia ikut tempat. Tapi memang dia boleh hantar je. Kitorang sebab kereta pun kecik, tak muat laa nak bawak, so minta dorang hantar. Dorang akan hantar dalam masa 7 hari. Masa kitorang dulu, dua hari je dorang hantar. Nanti dorang akan call.

Langkah 5

Okay lepas dah bayar kat kaunter penghantaran, pergi pulak kat office pemasangan. Kat sebelah kaunter tu je cuma dia office. Dia akan bagitahu tarikh bila dorang akan pasang, ikut waiting list. Macam kitorang tu, selang seminggu je. Masa dalam office ni, dia akan kira kos pemasangan sekali. Kalau kabinet dia kira RM90/meter. Kabinet dinding lain, kabinet bawah lain. Kalau nak dia pasang sinki sekali, RM85. Kos pasangkan hob (tebuk worktop)/hood pun RM85 kalau tak silap. Pasangkan built in oven pun RM85. Ke RM150 mcmtu. Dia akan bagitahu masa dalam office pemasangan tu. Sebelum dia datang pun dia akan call a day before.

Ads

“Sebelum mengomel panjang, kabinet dapur saya tu jenis METOD. Berbalik pada kos kabinet dapur tu, sebab saya ukur sendiri, dah save lah RM250 kat situ. Fuhh. Untuk kabinet pula, material dia sahaja semua semua tu, kos untuk dapur saya RM 7600++.”

 Ini cara nak jimat dan kurangkan kos. 

1. Boleh pilih table top/work top tu sebab dia memang ada banyak jenis sebenarnya. Dari harga RM170 sampai beribu riban. Yang saya guna tu nama dia BARKABODA. Kayu solid, tapi tahan la calar/air semua. Ada lagi yang kayu dan murah sikit, pun cantik. So terpulang. Sebab work top ni paling terdedah dan kita nak guna selalu kan, so beli la yang mahal sikit sebab lebih tahan.

Kos Buat Kabinet Dapur Jadi Tak Mahal Kalau Ikut Trik Wanita Ini!

2. IKEA punya kabinet ni mahal dia pada laci dia, sebab drawer dia ni macam ada jenis elastik, which is kalau kita bukak, kita tolak sikit je, dia tertutup habis sendiri. Kalau pakai laci yang jenis ni, memang mahal sikit. So, jangan amik laci jenis ni kalau nak cut cost. Amik je para biasa tu, pun dah okay. Memang boleh jimat banyak tang laci. SANGAT BOLEH JIMAT. Tu yang best pasal kabinet IKEA sebab kita boleh custom design ikut bajet kita. Ada je kabinet dapur yang bawah RM3000.

Kos Buat Kabinet Dapur Jadi Tak Mahal Kalau Ikut Trik Wanita Ini!
3. Dia punya door tu, pun ada banyak choice. Boleh pilih ikut bajet, dan yang pasti semua pun cantik-cantik dan warranty 25 tahun.

Ads

4. Beli sink/paip kat luar. Takyah beli IKEA punya sebab agak mahal IKEA punya. Boleh jimat lagi kat sini, beratus-ratus jugak jimatnya.

“Kos material tadi yang saya punya tu RM7600++. Kos penghantaran ke Seremban RM450. Kos pemasangan macam yang diceritakan sebelum ini (RM90/meter untuk kabinet) dan kos-kos lain tu, total kos pemasangan kabinet dapur saya RM1260. Jadi total keseluruhan untuk kabinet dapur saya RM9310++ sahaja.”

Kenapa saya cakap “sahaja”? Sebab saya dah survey-survey kat jiran, kat kontraktor, kos untuk kabinet dapur ikut ukuran dapur saya tu lebih kurang 12-13k

Kos Buat Kabinet Dapur Jadi Tak Mahal Kalau Ikut Trik Wanita Ini!

Tapi yelah, dapur simple macamtu je lah mampu, dan memang suka yang simple-simple. Ada yang suka jenis tiles, aluminium ke buluh ke apa ke, again, ikut bajet dan taste kita sendiri.

 

Kredit: Herdiana Hamid

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI