Sudah menjadi kelaziman apabila tiba bulan Ramadan, kita semua digalakkan membaca Al Quran. Buat sesiapa yang berkemampuan untuk khatam, itu adalah lebih baik. Malah di bulan yang berkat ini, adalah masa untuk mempertingkatkan ibadah dah memperbanyakan amalan
Bagi pelakon Fouziah Gous menjadikan bulan mulia ini sebagai peluang untuk mendekatkan diri dengan sang Pencipta termasuk khatam Al-Quran.
Sebelum ini beliau telah berkongsi di Instagramnya apabila berjaya khatam bacaan al-Quran pada sambutan hari Nuzul al-Quran.
Hantaran terbaru Instagramnya, Fouziah meluahkan rasa syukur apabila dapat khatam kitab suci tersebut buat kali kedua.
اَلْحَمْدُلِلّهِ اَلْحَمْدُلِلّهِ اَلْحَمْدُلِلّهِ Segala puji pujian bagi Mu Ya Allah. Hari Jumaat terakhir di bulan Ramadhan(25) dengan izin Allah SWT selesai khatam untuk kali ke 2 di bulan Ramadhan 😭. Tak pernah saya rasa perasaan syukur seperti ni اَلْحَمْدُلِلّهِ 🤲😢.
KONGSI KEGEMBIRAN UNTUK JADI KENANGAN
Menurutnya lagi, perkongsiannya di Instagram ini adalah sekadar untuk dijadikan kenangan pada masa akan datang.
Sebenarnya,saya khatam jam 3 pagi tadi ketika semua sedang tidur. Excited sangat ,terus bagi tahu suami, keluarga dan ustazah. Pada waktu yang sama serba salah nak kongsi di IG.Saya hanya ingin berkongsi kegembiraan dan kenangan di sini.
Bila ada throwback 5 -10 tahun akan datang sekurang kurangnya buleh la refer di sini untuk di lihat. Saya doakan,semoga kita semua terus istiqomah bersama Al Quran إن شاء الله
Malah rata-rata warganet teruja dengan kesungguhan beliaun dan ada yang ingin mengetahui tip kejayaan Fouziah buat kali kedua.
Kena korbankan masa hanya utk Al-Quran, tak tengok tv langsung, kurang socmed, setiap kali lepas solat baca setakat mampu tp focus sebelum dan selepas subuh lebih kurang 1-2jam.
Selepas terawikh sambung 1-2jam lagi. InsyaAllah mesti boleh. Tp sy spent kadang2 2-3jam. InsyaAllah kalau kita nak betul nak buat kena betul2 focus. Bila anak-anak tidur time tu la kejar masa. Di office pun cuba selit2. InsyaAllah
Ads
TAK SALAH KONGSI, NANTI JADI INPIRASI
Dalam pada itu, warganet melahirkan ucapan tahniah atas kejayaanya buat kali kedua dan mahu menjadikan kejayaan beliau sebagai inspirasi.
UNTUK RENUNGAN BERSAMA
Tahukah anda:
Imam Nawawi dalam kitabnya, at-Tibyaan fi Adabi Hamalati al-Quran, menerangkan generasi terdahulu mengkhatamkan kitab suci itu, ada yang lapan kali sehari semalam hingga dua bulan sekali.
Ads
Khalifah Islam ketiga dan menantu Rasulullah SAW, Sayidina Uthman Affan RA terkenal sebagai qari yang mengkhatamkan al-Quran setiap hari.
Imam mujtahid dalam mazhab kita, iaitu Imam Shafie RA juga tokoh yang sangat akrab dengan al-Quran hingga beliau mampu menghabiskannya dalam sehari.
Imam Shafie menyelesaikan bacaan al-Quran sebanyak 60 kali sepanjang Ramadan seperti yang dicatatkan Imam al-Zahabi dalam kitabnya, Siyar A’lam al-Nubala.
Dalam kitab kecil tetapi penting itu juga, Imam Nawawi turut berkongsi amalan seorang tabi’in, Mansur Zaadan yang terkenal sebagai ahli ibadat, berjaya mengkhatamkannya antara waktu Zuhur dengan Asar, sebelum berbuat demikian antara Maghrib dengan Isyak pada Ramadan.
Semoga kita muhasabah diri untuk menjadi umat Islam yang sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai makanan rohani setiap hari.
Minat mendalam pada bisnes sudah bercambah lebih awal, namun dia masih tidak mendapat rentak dan petunjuk bidang mana yang menjadi pilihannya. Justeru, hasrat tersebut dipendam terlebih dahulu.
Setahun bekerja dalam sebuah syarikat pembangunan, dia mengambil keputusan untuk berhenti. Usai mendirikan rumah tangga, dia memilih untuk membantu suaminya di pejabat. Namun minat dalam bidang bisnes membuatkan empunya diri yang dikenali sebagai Zurin Zakaria nekad untuk membuka bisnes sendiri.
Sedar persaingan dalam bidang ini bukan semudah yang disangka, sementelah dia sudah punya kerjaya tetap. Namun alah bisa tegal biasa, dek kerana minat dia teruskan jua.
Jujur mengakui butik yang dibuka ini ibarat ‘anak sulungnya. Jelas Zurin, sudah lama dia mengidam untuk memiliki anak perempuan, justeru nama Carrisa menjadi pilihan untuk butiknya.
“Dah lama saya mengidam nak anak perempuan, tetapi belum ada rezeki. Justeru, saya abadikan nama tersebut pada butik. Ia juga ibarat baby saya yang ‘sulung’.
“Awalnya saya tercari-cari apa bisnes yang mahu diceburi. Sehinggalah saya pulang dari mengerjakan umrah, tergerak hati untuk memakai hijab dan suami turut memberi sokongan.
“Jadi saya terfikir ada baiknya jika saya membuka butik menjual tudung dan pakaian. Alhamdulillah suami menyokong pilihan saya ini. Dia banyak membantu terutama dalam pengurusan dan juga modal. Kebetulan saya tidak membuat sebarang pinjaman, segala modal adalah hasil simpanan saya sendiri dan bantuan suami,” jelas Zurin lagi.
Selama 6 bulan dia memulakan bisnes secara online dan dalam masa yang sama turut mencari tapak untuk membuka butik. Cita-cita itu akhirnya terlaksana apabila butik yang diimpikan selama ini berjaya dimiliki pada tahun 2015. Kini Zurin Zakaria mampu tersenyum lebar dengan kejayaan butiknya yang kini terletak di The Strand, Kota Damansara yang menyajikan pilihan buat pelanggannya.
“Walaupun sudah bertapak dalam bidang ini, namun saya mahu pastikan bisnes ini bertapak lama. Saya mahu pastikan apabila sudah naik, saya akan berada di atas. Namun dalam masa yang sama, saya tetap ‘pandang ke belakang’ untuk melihat apa yang terkurang atau perlu diperbaiki.
Perancangan saya, mahu melebarkan sayap sehingga ke luar negara. Dalam masa yang sama, saya pastikan kualiti produk terjamin supaya pelanggan berpuas hati. Harga juga mampu milik dan konsisten setara dengan kualiti yang kami tawarkan.
“Boleh dikatakan kami lengkap dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Kami ada segala-galanya di bawah satu bumbung. Selain hijab, pakaian, kami juga menawarkan kosmetik. Bahkan, staf kami boleh membantu mencadangkan apa jenis kosmetik yang sesuai dengan pilihan busana. Jadi, pelanggan tak perlu pergi ke dua tiga tempat kerana di sini sudah ada segala-galanya,” jelas Zurin yang cukup cerewet dan sentiasa memastikan bahan yang digunakan tidak mendatangkan kesan buruk pada pelanggan.
Ditanya berkenaan pengusaha produk lain yang banyak menggunakan selebriti, akui Zurin mereka juga bakal berbuat demikian. Namun masih dalam proses memilih dan setakat ini dia memilih untuk berkolaborasi dengan juru mekap profesional dalam menggunakan produk Carrisa.
Memiliki staf seramai 5 orang untuk butik, manakala untuk kosmetik pula 3 orang. Selain itu, Carrisa juga memberi fokus kepada online dan website. Terbaru, dia turut membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi ejen mahupun stokis bagi produk berkenaan. Selain memberi fokus pada ready to wear, Butik Carrisa turut menyediakan blaus, palazo, skirt dan pelbagai jenis selendang yang boleh disuai padan dengan gaya harian wanita. Biarpun setiap rekaan diberi sentuhan, moden namun tidak keterlaluan. Itu yang dititikberatkan oleh Zurin supaya sesuai dengan cita rasa pelanggan.
“Sejujurnya, saya tidak mahir dalam rekaan fesyen kerana latar belakang dalam perniagaan namun minat mendalam menyebabkan saya berusaha untuk belajar. Pengalaman mengendalikan bisnes suami menjadi panduan kepada saya dalam menguruskan bisnes ini. Dalam masa yang sama, saya turut mendapatkan pendapat dan pandangan daripada kawan-kawan yang lebih awal terbabit dalam bidang ini,”ungkap Zurin sebelum mengakhiri perbualan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pemergian penyanyi Siti Sarah Raisuddin nyata memberikan impak kepada ramai orang. Ia termasuk sikapnya yang begitu menyantuni suaminya.
Tular cara arwah pernah pakaikan suami stokin dan kasut sebelum Shuib pergi kerja beberapa tahun lalu.
Cerminan yang baik itu menunjukkan arwah mendapat layanan yang baik daripada suaminyaa jua.
Namun semua itu adalah simbolik betapa arwah Siti Sarah begitu menghormati suaminya atas kebaikkan yang diberikan kepadanya.
Namun mungkin ada suami terlepas pandang, adakah mereka sendiri melayan isteri umpama bidadari.
Suami inginkan isteri menghormatinya, apakah suami menghormati perasaan isteri. Begitulah layanan dan sebagainya yang merangkumi perhubungan suami isteri. Dengan kata mudah, hubugan suami isteri ini saling melengkapi antara satu sama lain.
Sebagaimana dengan perkongsian ini yang begitu mendalam mengenai hubungan suami isteri.
Dari balik kerja sampailah masa waktu makan malam, saya dengan orang rumah asyik bersembang sembang tentang pemergian Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin yang menggemparkan seluruh negara. Sedih dan pilu mengenangkan anak anaknya yang masih kecil.
Dalam kedukaaan, hati terubat mendengar banyaknya kebaikan yang dilakukan arwah sewaktu hidupnya. Bab hijrah, perlahan lahan beliau berubah dan menjaga aurat. Kalau perasan, arwah kerap memakai tudung labuh dan bertelekung sahaja sejak akhir akhir ini.
Bab bersedekah pula, inilah yang mahsyur. Korban seekor lembu yang bernilai belasan ribu di Palestin, sedekahnya yang banyak pada orang yang memerlukan, sedekah subuh dan malah banyak lagi kebaikan arwah yang diluahkan orang yang rapat dan jauh dengan arwah. Itu yang kita tahu, yang tak tahu kami percaya banyak lagi.
Tetapi, dalam banyaknya kebaikan arwah, kami paling kagum tentang arwah yang dikatakan banyak berkhidmat kepada keluarga. Ini diakui Shuaib sendiri dalam live nya semalam.
Istiqomah Dalam Amalan
Kau bayangkan, arwah ni dikatakan istiqomah bangun awal pagi. Solat tahajud hingga dapat solat qabliah Subuh.
Selesai Solat Subuh, bingkas pula masak, siapkan kelengkapan pakaian suami hantar sampai ke pintu, siap pakaikan stokin lagi. Allahu.
Sangat tingginya khidmat beliau, berkhidmat hingga akhir hayat dan menghadiahkan Shuaib, seorang anak lagi yang diberikan nama Ayyash Affan. Dan akhirnya arwah dijemput Allah SWT tepat jam 05.13 pagi. Waktu yang sama lebih kurang beliau bangun setiap pagi untuk solat dan berkhidmat untuk keluarga.
Allahu.
Ini bukan amalan yang biasa biasa kawan. Seorang isteri itu, jika menjaga solat dan puasa yang wajib, dan berkhidmat kepada suami, itulah asbab syurga buatnya. Khidmat yang baik itulah yang akan dikenang kenang dan menjadi asbab redha seorang suami.
Benarlah. Ramai yang berkata kematian Allahyarhamah merupakan kematian yang menghidupkan ramainya jiwa.
Kau tahu kawan,
Siti Sarah telah mengajarkan kita bahawa kehidupan ini amatlah singkat, dan sebaik baik perkara isilah ia dengan amal kebaikan terhadap ahli keluarga dan ummat. Demikian contoh yang telah ditunjukkan Nabi SAW dan para Sahabat baginda. Tinggal kita ikuti sahaja jalan itu sampailah destinasi syurga kelak. Insya-Allah.
Kawan kawan, sama sama kita teruskan berdoa semoga Allahyarhamah diampunkan Allah SWT, diterima amalnya dan ditempatkan bersama mereka yang yang beriman dan beramal soleh. Semoga kita juga diberikan kesudahan yang baik semasa maut tiba kelak.
Amin ya Allah.
Di sebalik kejayaan seorang suami, di sana berdirinya seorang wanita yang setia disisinya. Di sebalik kejayaan seorang isteri masuk ke syurga, disana asbab adanya redha seorang suami.
Semenjak bulan Ramadan ini, ada sahaja isu-isu menarik yang berlaku. Tak kurangnya dengan hero Malaya yang satu ini iaitu pelakon dan selebriti terkenal, Norman Hakim.
Baru-baru ini dia dikatakan telah disangka berjalan bersama teman wanita ketika sedang menguruskan pembukaan akaun bank anaknya, Marissa Dania.
Norman yang berkongsi satu hantaran di laman Instagramnya berkata ada seorang lelaki di bank yang sama menyalah anggap anaknya sebagai teman wanita.
“Ada cerita ‘kelakar seram’. Ada orang ‘suspek’ yang saya berjalan dengan gf huhuhu.
Kisahnya bermula setelah Norman selesai menguruskan hal tersebut dan memimpin tangan anaknya keluar dari bank.
“Bila keluar dari bank, saya mesti jalan pimpin tangan dia. Masa nak sampai kat keta,ada sorang abang atau pakcik ni tegur. Dia cakap suka tengok personaliti dan story family saya,” tulisnya.
Pada mulanya dikatakan perbualan dengan lelaki yang tidak dikenali itu nampak seperti baik-baik sahaja. Namun pada pertengahan , lelaki tersebut sudah mula mengubah nada percakapannya seperti memberikan tarbiah.
“Mukaddimah abang ni agak nice,tapi bila kat tengah-tengah nada dah macam tarbiah Bla..bla..bla..and bla sambil mata dia jeling-jeling curious kat Dania. Pastu dia cakap ambil la iktibar dari kes-kes artis sekarang ni,” katanya.
Pelik dengan situasi tersebut, Norman sudah menjangka ada tanggapan yang salah dan tidak bersikap husnuzan terhadap dia dan anaknya. Tidak menunggu lama, Norman terus menerangkan perkara sebenar kepada lelaki tersebut.
“Instict saya dah tak best. Saya agak abang ni dah ‘misinterpreted’ dan tak husnuzan. In between saya terus mencelah dan tanya.
“Abang nak pergi bank jugak ke? Dalam bank agak clear tak ramai orang. Saya baru lepas settlekan urusan bukak akaun bank untuk anak saya ni,” tambahnya.
Setelah diberitahu perkara sebenar oleh Norman, barulah lelaki itu sedar bahawa yang dilihatnya adalah anak kepada pelakon itu. Lebih lucu apabila Norman turut berseloroh dengan menyoal kembali tanggapan lelaki itu kepadanya.
“Dia jawab, ‘Oooooo…anak..huh, dah besar ye anak. Saya ingat siapa tadi’.
“Saya tanya balik ‘Abang ingat girlfriend saya ke?’ Dia terus gelak besar dan tukar topik raya,” ujarnya.
Tidak mudah melenting, Norman turut berhusnuzan dan menganggap bahawa lelaki tersebut tidak mempunyai media sosial dan tidak cukup mengenali keluarganya.
“Saya dah agak dah. Ramalan ku benar belaka.Saya cuba husnuzon mungkin abang ni takde socmed dan dengar story saya dan keluarga dari wife atau anak-anak dia kot. Tapi abang ni memang nampak baik orangnya,” katanya lagi.
Sementara itu, Norman sempat mengucapkan terima kasihnya kepada para pekerja bank CIMB yang telah membantu urusan anaknya itu.
“Terima kasih staff-staff CIMB, Puan Yanie dan Puan Diyana yg assist saya dan Dania untuk urusan bukak akaun bank dan tukar duit raya,” tulisnya.
Norman yang sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi wanita, Abby Abadi pada 2002 namun berpisah pada 2009. Hasil perkahwinannya dengan Abby, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim, dan Danisha Hakim.
Sumber: Instagram Norman Hakim
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam dunia moden yang pantas, internet bukan lagi satu kemewahan ia adalah keperluan setiap keluarga moden! Dari si kecil yang sibuk menonton video YouTube,...