Aktor serba boleh dan juga usahawan ini sememangnya cukup dikagumi ramai baik dalam lakonan mahupun di luar bidang seni.
Terbaru, pemilik syarikat penerbitan Suhan Movies ini berkongsi sebuah video menerusi akaun YouTube. Dalam Video tersebut menunjukkan Rosyam Nor atau nama sebenar Datuk Mohamed Noor bin Shamsuddin sedang mengajar pekerjanya mengaji iqra.
Apa yang menarik perhatian kami lagi, pekerja yang Rosyam mengajar bukan saja lelaki tapi perempuan juga dan kesemua pekerjanya lebih kurang 20 orang.
Ketegasan jelas terpancar menerusi cara Rosyam Nor mengajar. nampak garang namun sesekali dia menyelitkan sedikit jenaka. Rosyam atau lebih mesra dengan panggilan Tok Syam bukan saja mengajar mengaji tapi turut memberi nasihat tentang kehidupan dan agama supaya pekerjanya tidak lupa pada Dia Yang Satu.
Sebelum ini, Rosyam pernah berkongsi kisah belajar tentang agama tatkala usianya memasuki 45 tahun. Segala-galanya bermula selepas dia kehilangan ayahnya barulah sedar dia tidak pandai mengaji.
Pelakon dan juga usahawan, Datuk Rosyam Nor memberitahu, selama berpuluh-puluh tahun dia meninggalkan Al-Quran sehinggalah pada usia 45 tahun hatinya terbuka untuk mendekati kitab suci umat Islam itu.
Ads
Pada usia berkenaan dia mengambil langkah belajar dari mula iaitu ‘iqra’ sehinggalah akhirnya dia pandai mengaji.
“Jauh di sudut hati saya ada satu perkara yang menakutkan saya kerana tak pandai baca al-quran. Arwah bapa meninggal dunia di depan mata saya, tetapi saya rasa terhina sekali kerana tak boleh mengaji.
“Ketika ini saya rasa seorang Rosyam Nor tertunduk malu dan sedih sebab tidak tahu mengaji. Saya terduduk menangis. Saya teringin nak membacakan Al-Quran buat ayah saya. Saya sangat sayangkan ayah dan mak saya. Kami orang susah dahulu tinggal bersama dekat estet ladang dan kami tidak pandai.
Tambah Datuk Rosyam lagi, apabila menjadi imam di rumah, anak-anaknya tahu surah apa dia akan baca.
Terlalu lama memasang angan-angan untuk belajar mengaji, akhirnya hidayah buatnya hadir melalui seorang ustaz.
Ads
“Semasa penggambaran itu, ada seorang insan muncul dan pada awalnya saya anggap beliau hanya seorang peminat biasa. Ketika itu, saya mengaku tidak pandai mengaji dan meminta ustaz tersebut mengajarnya.
‘Saya jemput ustaz datang ajar saya. Hari-hari saya belajar. Umur 45 tahun saya khatam Al-Quran, sewaktu itu 10 hari akhir Ramadhan. Ya Allah indahnya ustaz. Saya usaha setiap tahun untuk khatam Al-Quran. Dulu-dulu kami sekeluarga agak jauh dari agama.”
“Tapi dengan satu syarat, jangan beritahu orang lain, sebab saya malu. Ini masalah paling besar bila dah tua.Tapi jangan kita malu. Alhamdulilah, saya mula belajar mengaji mula dengan alif, ba, ta,” katanya.
Ads
Tambahnya lagi, maknya sempat pergi mengerjakan haji. Boleh mengaji dan keluarga beliau semuanya berhijrah. Paling sebak kisah isterinya mula bertudung. Anak perempuannya 5 orang semuanya dia menasihati;
“Wahai anak ayah, ayah dulu banyak buat salah. Ayah minta anak ayah tolonglah ayah. Tolonglah ayah jadi anak baik.”
Dengan kasih sayang beliau memimpin isteri dan anak-anaknya semua. Subhanallah, katanya rahsia semua ini adalah doa daripada ibu ayah;
“Saya sudah hilang satu doa. Kini tinggal satu lagi doa daripada ibu saya. Saya beri dia duit sentiasa dan minta beliau sedekah banyak-banyak. Saya usaha sedekah dan niat Allah luaskan kubur dan hadiahkan syurga Firdaus buat ayah saya.”
Datuk Rosyam Nor yang juga merupakan Ikon Rumah Ngaji mengakui hanya menghafal tiga surah iaitu al-Fatihah, an-Nas dan al-Ikhlas. Walaupun usia sudah lanjut namun Dtauk Rosyam bangga, akhirnya berjaya khatam al-Quran di hadapan Kaabah.
“Gemuk-gemuk semua sayur ni. Apalah agaknya baja tu?
Biasanya masalah utama yang dihadapi mereka yang suka berkebun adalah masalah tanaman tidak subur.
Pokok kering, tak subur dan ‘terbantut’. Akibatnya mood bercucuk tanam jadi hilang dek tanaman asyik tak menjadi!
Salah satu cara untuk tingkatkan kesuburkan pokok boleh buat baka kulit kepala udang.
Zat yang ada dalam kulit udang iaitu Chitosan menjadi baja semula jadi dalam membantu melawan jangkitan fungus. Ia boleh suburkan pokok dan tingkatkan antibodi pokok.
Tak sangka, rupanya kulit udang bermanfaat untuk tanaman kekal subur.
Nak tahu cara nak buat baja organik dengan menggunakan kulit kepala udang, ikuti perkongsian saudara Azuan Abdullah, cara yang menarik untuk dicuba. Lepas ni jika beli udang tu jangan buang kepala, buat baja untuk tanaman pula.
Ikuti perkongsiana beliau.
Bila siang udang tu, kepalanya jangan buang ya. Boleh buat baja power tau. Ada 3 cara nak buat baja kepala udang/kulit udang ni.
3 cara buat baja guna kulit /kepala udang
A. Cara rebus 1. Yang paling mudah, kita rebus kepala udang tu hingga mendidih. Lepas tu biarkan sejuk. Asingkan air dan kepala. Air tu boleh siram terus atau nak simpan pun boleh. Saya suka simpan dulu sebab ia jadi lagi power. Bau pun boleh tahan. Masa nak siram tu kena buat pencairan dulu ya.
3 Step cara buat baja rebus kepala udang.
Proses asingkan kepala.udang dengan air rebusan guna penapis.Air rebusan yang siap ditapisAir rebusan siap diisi dalam botol untuk simpanan. Nak guna terus pun boleh. Eloknya simpan dulu 3-7 hari, lagi power. Bila nak guna buat pencairan 1 bahagian air rebusan kepala udang + 5 bahagaian air. Siram di pangkal pokok.
Kepala yang direbus tadi nak letak pada pokok terus pun boleh. Syaratnya kena kambus dengan tanah ya. Kalau nak simpan, kena sangai/jemur bagi ia jadi rapuh dulu. Lepas tu tumbuk atau blender. Boleh simpan lama buat macam ni.
B. Cara sangai/ jemur
2. Cara yang kedua, kita tak rebus pun kepala udang tu. Kita sangai/jemur terus hingga ia rapuh. Lepas tu tumbuk atau blender. Yang ni lagi power dari cara no 1.
C. Cara peram
3. Nak paling power boleh peram ia dengan gula merah. Kepala udang tadi tak perlu sangai/jemur, memadai tos je hingga air kering. Lepas tu peram dengan gula merah.
Lepas sebulan, tapis ambik airnya sahaja. Air ni memang padu sangat buat sembur kat pokok. Pokok cili kalau kena air ni, dia punya antibodi tu jadi kuat tau.
Perasan tak, anak-anak ni kalau dapat sekotak tisu suka betul main tarik-tarik keluarkan sehelai demi sehelai. Boleh kata, sekotak tu sekelip mata pun habis dikerjakan.
Rasa membazir pula jika sentiasa dilakukan berulang kali, malah boleh buat kita rasa geram dengan perbuatan anak apatah bila saat kita hendak gunakan tiada lagi tisu di dalam kotak.
Jadi apa kata anda gunakan trik yang dikongsikan oleh Yatie Eimra ini untuk ‘selamatkan’ tisu yang ada di rumah. Idea ini bukan sahaja praktikal malah cantik juga di letakkan di atas meja. Jom semak.
DIY Balang Tisu
Sekarang memang dah tak boleh beli tisu kotak sebab dak fydh ni memang suka sangat main tisu.. Sebelum ni pernah 1 set tisu kotak yang baru beli dia gi koyak & tabur² masa ummi masak. Letak atas meja pun tak selamat sebab dakni dah pandai panjat kerusi bagai..
Guna tisu toilet roll ni tak delah terasa sangat bila kena koyak. Ekeke.. Bila tak guna, sumbat je tisu kat lubang bahagian penutup tu. Dakni masih tak pandai lagi nak masukkan jari & tarik tisu dari dalam tu, so selamatlah buat sementara waktu ni.
Bahan-bahan diperlukan.
1. Balang berpenutup
2. Wallpaper
3. Pisau
4. Renda hiasan
Cara buat :
1. Lubangkan penutup balang seperti ini.
2. Tampal dengan wallpaper di bahagian atas penutup. Pada bahagian berlubang buatkan seperti di dalam gambar.
3. Hias dengan renda hiasan untukn nampak lebih menarik.
Seronok juga ye kalau kita dapat realisasikan cita-cita anak kita. Mungkin dah besar nanti ada yang nak jadi polis, askar, nurse, peguam dan macam-macam lagi lah. Semua boleh!
Untuk itu, jom sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan daftarkan diri di http://www.wasap.my/60169647520
*Cara dan syarat boleh lihat di poster
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memiliki set pinggan mangkuk dengan pelbagai pilihan jenama seperti Corelle, Vintage, Luminarc, Duralex dan pelbagai lagi jenama lainnya seakan satu kepuasan bagi kaum ibu jika memilikinya.
Bukan sahaja kerana terpesona dengan rekaan pinggan mangkuk tersebut, malah tidak dinafikan dengan penggunaan pinggan mangkuk ini akan memberi gaya dan aura istimewa ketika di meja makan.
Pun begitu, tidak kurang hebatnya pula bila menggayakan set pinggan mangkuk legend masyarakat kita iaitu pinggan seramik bercorak bunga kangkung ini. Menghargai kecantikan dan keistimewaan pinggan mangkuk jenis ini, keluarga Puan Nora Sheka menggunakan pinggan mangkuk ini sebagai pinggan harian keluarganya. Jom kita baca perkongsiannya.
“Banyak orang guna pinggan mangkuk ikea, corelle, vantage dan sebagainya. Pilihan saya tetap pinggan bunga kangkung untuk kegunaan harian. Biarlah orang kata taste nenek-nenek makcik-makcik pun. Haha biarpun umur saya 34 tahun. Pinggan ni baru lepas dicuci area sinki.”-
Mengulas lanjut posting berkenaan idea untuk menggunakan pinggan mangkuk yang penuh nostalgia ini, nyata Puan Nora Sheka, ada cerita menariknya.
Mulanya saya saja suka tengok post-post di fb dan ig ada hidang makanan pakai pinggan tu. Macam menarik nampaknya. Jadi itu yang tiba-tiba timbul idea untuk memiliki pinggan-pinggan lama ni walaupun saya sebenarnya bukanlah collector barang-barang lama pun.
Jadi saya beli daripada orang kampung, semuanya baru ada ada 21 pcs dan saya beli dengan harga RM170 macam tu la….
Apa yang ingin saya kongsikan, bila kita menggunakan pinggan-pinggan lama dengan corak bunga kangkung ni, jujur saya katakan saya dapat rasakan seakan sedang makan di kampung. Terus teringat nostalgia dulu-dulu, kiranya lagi berselera lah saya makan guna pinggan tu. Komen anak dan suami pula, mereka suka lihat bila makanan dihidang dalam pinggan bercorak klasik seperti itu, katanya pinggan-pinggan tersebut nampak cantik di meja makan.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...