YA. Bahan kimia kafein dalam kopi dan epigallocatechin gallate (EGCG) disamping kafein dalam teh hijau boleh membantu menukarkan lemak simpanan dalam badan kepada tenaga. Mereka ini adalah pembakar lemak aka fat burner semulajadi jika diambil dengan cara yang betul.

Secara perbandingan kandungan kafein dalam setiap secawan penyajian kopi adalah sekitar 100 mg dan 35-70 mg dalam teh hijau. Umumnya dos maksimum kafein yang dicadangkan oleh pakar adalah sekitar 300 – 400 mg sehari. Iaitu setara dengan 3-5 cawan kopi sehari atau 6 cawan teh hijau sehari. Pun begitu, jumlah pengambilan ini adalah subjektif kepada individu, jenis kopi dan jumlah kafein di dalamnya.

Kafein boleh membantu dalam meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada tenaga (aka metabolisma) dalam badan. Kajian menunjukkan kafein boleh meningkatkan sementara kadar metabolisma sehingga 16% dalam 1 ke 2 jam selepas pengambilan.

Kajian juga menunjukkan kafein boleh mengalakkan badan menukarkan simpanan lemak dalam badan menjadi tenaga. Namun ini kurang berkesan kepada individu yang obes. Pun begitu, pengambilan kafein yang berlebihan akan menghilangkan kesan peningkatan metabolisma disebabkan toleransi badan kepada kafein.

IKLAN

Namun teh hijau juga tidak boleh diambil secara kerap dan berlebihan kerana ianya boleh menyebabkan masalah kepada fungsi hati, buah pinggang dan mata. Bagi mengurangkan kesan sampingan ini, ianya perlu diambil bersama dengan makanan. Cuma anda juga perlu tahu yang teh boleh menghalang penyerapan nutrisi seperti kalsium daripada makanan ke dalam badan.

Selain daripada manfaat meningkatkan metabolisma badan, kafein juga boleh meningkatkan daya fokus, menenangkan minda, mengurangkan selera makan, menguatkan memori jangka pendek dan meningkatkan kadar reaksi (adrenaline).

IKLAN

Antara kesan sampingan kafein yang berlebihan dalam badan pula adalah peningkatan tekanan darah, gangguan tidur, menggigil, sakit perut, muntah, sakit dada, dan gelisah. Kafein juga boleh menyebabkan heartburn, gejala GERD kepada sesetengah individu.

Kesan baik atau buruk kafein adalah bergantung kepada jumlah (dos) yang diambil dan penerimaan badan individu. Individu yang mudah terkesan adalah jenis yang sensetif kepada kafein (walaupun sedikit) dan individu yang lambat proses penyingkiran kafein daripada badan. Kenali badan anda.

IKLAN

Bercakap mengenai fat burner, sebenarnya jika kita betul-betul faham akan keperluan dan tahap kesihatan badan, kita akan lebih mudah mengawal berat badan secara semulajadi. Ketahuilah, individu mempunyai proses badan yang berbeza disebabkan oleh pelbagai faktor termasuklah genetik, jantina, diet pemakanan dan gaya hidup. Namun asasnya, kita adalah apa yang kita makan.

Maka, belajar lah untuk memahami dan mengambil tahu keperluan badan SENDIRI. Usah dibandingkan dengan individu lain kerana setiap kita adalah unik.

Sumber: ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI