Kopi Dalam Botol Jadi Keras Jangan Dibuang, Tapi Buat Begini Untuk Gunakannya!

Share

Tentu kita akan rasa kecewa bila hendak menyediakan minuman kopi  kegemaran keluarga namun bila dicedok serbuk kopi telah pun keras.

Hal ini terjadi disebabkan kemungkinan sebelum itu kita ada menggunakan sudu yang basah untuk menyudu serbuk kopi tersebut.

Ataupun, ada yang terlupa menutup kemas hingga menyebabkan serbuk kopi bertindakbalas dengan udara dan mengeras.

Jadi jika ini yang terjadi, apa perlu dibuat ye?

Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian daripada Nur Farina. Jom baca.

Bila Serbuk Nescafe Jadi Keras.

Nak buang sayang.Lagi pun benda bukan rosak tak boleh guna cuma dia keras sahaja.

Makanya saya dapatlah idea untuk masukkan air panas dalam botol Nescafe yang serbuk dah keras tu dan kacau Ssampai dia cair dan sejukkan.

Lepas dah sejuk saya bekukan dan pesan pada peminum Nescafe dalam rumah ni kalau nak buat Nescafe, amik cube pati Nescafe dari dalam tempat beku bancuh dengan air panas dan buatlah Nescafe kegemaran mereka.

Dapatlah jimat dalam 14 kali bancuhan Nescafe.

Sumber : Nur Farina Binti Abdullah

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Atau mungkin anda berminat untuk join Virtual Himpunan Cita-cita 2020.

Apa kata alang-alang anak kita tiada aktiviti sepanjang PKP ini, jom kita pakat anak beranak untuk sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020.

Manalah tahu rezeki anak anda, dapatlah seisi keluarga bercuti di lokasi yang ditawarkan.

Apa perlu buat?

Mudah je, Sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan daftarkan diri di http://www.wasap.my/60169647520