Konsisten Bangun Buat Solat Tahajud Untuk Beginner. Ni Tip Dikongsikan, Memang Praktikal!

Share

Solat Tahajud dianggap sebagai ibadah solat sunnah yang paling istimewa, sebab disebutkan dalam Al-Qur’an dapat membuat yang mengamalkannya diangkat ke tempat yang terpuji di mata Allah.

Sayangnya, ramai antara kita merasa berat untuk tunaikan solat Tahajud dek kerana perlu berjaga tengah malam.

Untuk itu, andai ada yang ingin memulakan buat untuk solat Tahajud dan ingin terus instiqomah, bolehlah dicuba tip yang dikongsikan ini. Jom semak.

Tip Bangun Solat Tahajud untuk Beginner
Hehe… Kelakar tak tajuk kat atas. Ada pulak Tahajud untuk beginner. Tip ni mungkin tak sesuai untuk otai tapi beginner suka sangat tip ni sebab mereka perlukan tip untuk istiqamah buat tahajud.

Sekali lagi ni ilham dari Allah, kemudian saya share tip ini pada kawan saya. Kemudian dia suka tip ini sebab dia kata agak praktikal. Mungkin dah ada yang amalkan tapi ramai juga belum tahu.

Dulu kalau saya bangun tahajud selalu set alarm pukul 3 atau 4 pagi. Liat jugalah nak bangun. Buat tahajud pun tak konsisten. Lepas tu siap fikir ngantuk kot esok pagi sebab waktu tidur dah short sikit sebab cilok untuk tahajud.

Dah la solat tahajud celam celum, terus buat yang extreme. Baca surah sampai 7 kali setiap rakaat. Lepas tu, sujud lama baca 40 kali doa Nabi Yunus. Lepas itu tambah lagi solat taubat dan solat witir. Saya buat tapi tak istiqamah.

Kemudian saya tukar. Saya dapat idea ni masa tu bulan puasa.

Saya bangun awal 4.30 pagi siapkan sahur dahulu. Sebelum nak makan sahur, dalam pukul 5 pagi saya cilok buat tahajud dua rakaat dengan basic solat sahaja. Kemudian saya makan sahur. Kemudian solat Subuh. Hasilnya, bulan puasa tersebut saya dapat istiqamah buat tahajud.

Wow! Masa ni seronok sangat sebab dapat buat tahajud setiap hari.

Tip untuk beginner :

1. Bangun solat tahajud dalam pukul 5 atau 5.15 pagi. Atau setengah jam sebelum masuk waktu Subuh.

2. Buat solat sunat basic dahulu. Tak perlu extreme buat solat dengan bacaan surah sampai 7 kali. Buat solat macam kita solat sunat sebelum atau selepas solat fardu. Pendek dan ringkas.

Selepas dapat istiqamah, sikit sikit kita boleh tambah :

+ panjangkan bacaan surah 3 kali ke 7 kali

+ tambah rakaat tahajud dari 2 kepada 4

+ tambah sujud lebih lama dengan bacaan Doa Nabi Yunus

+ tambah solat witir 3 rakaat

+ tambah solat sunat taubat

+ tambah solat hajat

Sementara tunggu Subuh bolehlah baca Al Mathurat (dalam lebih kurang 20 min). Baca Al Quran atau baca Yaasin.

Semoga kita istiqamah. Bukan senang kita nak bangun Solat Tahajud. Bila kita start nak berubah menjadi lebih baik, syaitan hantar General Perang dia yang asyik bisik “ko bangun tahajud, nanti esok ngantuk. Lagipun ko muda lagi, tunggulah esok dah pencen, anak anak dah beso barulah engkau buat”.

Kemudian setan setan prebet akan bergayut kat bulu mata kita suruh mata kita berat! Kemudian setan setan ini tarik selimut sambil bisik “selimut ni kalau tarik… Syok tido”.

Akhirnya kita kalah lagi.

Syaitan menang!

Kita niat lagi nak Tahajud konsisten. Dia hantar lagi Panglima Perang!

Kita dah bangun ni setan bisik apabila kita off alarm dalam smartphone kita “tengoklah facebook dulu, update status kita bangun awal. Nanti ko boleh tengok kawan kawan ko yang bangun awal, siapa update status.” Skrol punya skrol, azan Subuh pun berkumandang.

Syaitan menang lagi!

Sahabat… Begitulah kita. Bukan mudah nak didik hati sendiri melakukan perubahan. Nak lawan nafsu dan nak lawan syaitan.

Saya doakan kita istiqamah. Semuanya bermula dari langkah pertama. Mari kita rebut ganjaran Allah untuk mereka yang kuat dan istiqamah.

Syurga menanti kita di hadapan. Gambateeeee! Tahajud! Haip!

Sumber : Rafiza Idayu