Konsep Ringkas Dan Tiada Kabinet Dapur. Trik Rumah Senang Kemas! Wanita Ini Kongsi Idea.

Share

Setiap orang punya citarasa berbeza darisegi susunatur rumah. Ada yang suka sarat dengan hiasan dekorasi dan ada yang suka konsep minimalist iaitu konsep ringkas. Malah cara ini mudah untuk mengemas terutama ada anak yang ramai dan masih kecil.

Begitulah perkongsian ini. Ia boleh menjadi ilham untuk susun atur. Lebih menarik lagi, ruang dapur tiada kabinet. Jom lihat ideanya!

Assalammualaikum semua  harini saya nak share ruang simple rumah saya. Konsep minimalist..Rumah saya simple, tak mewah mcm orang lain, cukup sekadar ikut kemampuan saya dan suami.Tak perlu nak tiru-tiru orang dengan perabot2 mewah sampai sanggup berhutang .

Teringat masa mula2 masuk rumah baru, simple sangat-sangat, sikit-sikit saya dan suami beli barang rumah mengikut keperluan. Maklum la masuk rumah baru, banyak guna duit. Di dalam rumah ni, saya ada membela 6 ekor kucing  1 ibu, 5 ekor anak  3 ekor masih baby lagi. Walaupn ada kucing yang banyak, mereka tak duduk dalam sangar mmg bebas, Alhamdulillah semua baik2 dan tak pernah kotor kan rumah saya. Tak semestinya ada membela kucing dalam rumah kita tak boleh ada minat mendeco dan menghias rumah.

RuangTamu


Ruang tamu rumah saya tak ada tema apa pun, tapi saya dan suami suka memilih kabinet warna putih, sebab ruang tamu rumah ni tak berapa nak besar. Putih dan grey banyak dalam rumah ni, janji simple dan kemas. Ruang tamu ni, saya letak kan sama meja makan. Asalnye meja makan tu saya beli 1, ikut kemampuan masa membeli .Bila ada rezeki lebih saya tambah lagi 1 meja dan tambah lagi kerusi. Jadi tak de la terasa sangat duit habis sekali gus.

Bilikutama


Bilik utama pun putih jugak dan hitam  dalam bilik ni cuma ada drawer 4 tingkt, tp lupa nak ambik gambar. Almari baju saya di bilik tengah. Tak letak dalam bilik utama, sebab kain baju saya n suami terlalu banyak, jadi tak nak bilik ruang untuk kami berehat penuh dengan segala barang, saya letak semua di bilik pakaian. Nanti ada masa saya akan post pulak bilik pakaian saya

Dapur

Dapur saya simple. Saya memang tak nak ada kitchen kabinet, saya nak simple deko di dpur, dengan hanya menggunakan rak2 ikea utk letak barang2. Saya jenis yang tak berapa minat untuk beli periuk, kuali besar2 lagi pun saya didalam rumah bukan ramai sangat, bila hari cuti anak2 baru ada dirumah. Semua belajar. Ruang dpur simple supaya mudah saya nak mengemas, lap, ruang masak sya di belah lain.

Ni sahaja yang dapat saya share ruang dirumah saya, simple dan mudah nak kemas  Walaupun simple, perabot tak mewah tapi saya bahagia dan seronok bila tengok rumah sentiasa kemas dn bersih.

Kredit: Noor Krlc