Setiap orang punya citarasa berbeza darisegi susunatur rumah. Ada yang suka sarat dengan hiasan dekorasi dan ada yang suka konsep minimalist iaitu konsep ringkas. Malah cara ini mudah untuk mengemas terutama ada anak yang ramai dan masih kecil.
Begitulah perkongsian ini. Ia boleh menjadi ilham untuk susun atur. Lebih menarik lagi, ruang dapur tiada kabinet. Jom lihat ideanya!
Assalammualaikum semua harini saya nak share ruang simple rumah saya. Konsep minimalist..Rumah saya simple, tak mewah mcm orang lain, cukup sekadar ikut kemampuan saya dan suami.Tak perlu nak tiru-tiru orang dengan perabot2 mewah sampai sanggup berhutang .
Teringat masa mula2 masuk rumah baru, simple sangat-sangat, sikit-sikit saya dan suami beli barang rumah mengikut keperluan. Maklum la masuk rumah baru, banyak guna duit. Di dalam rumah ni, saya ada membela 6 ekor kucing 1 ibu, 5 ekor anak 3 ekor masih baby lagi. Walaupn ada kucing yang banyak, mereka tak duduk dalam sangar mmg bebas, Alhamdulillah semua baik2 dan tak pernah kotor kan rumah saya. Tak semestinya ada membela kucing dalam rumah kita tak boleh ada minat mendeco dan menghias rumah.
RuangTamu
Ruang tamu rumah saya tak ada tema apa pun, tapi saya dan suami suka memilih kabinet warna putih, sebab ruang tamu rumah ni tak berapa nak besar. Putih dan grey banyak dalam rumah ni, janji simple dan kemas. Ruang tamu ni, saya letak kan sama meja makan. Asalnye meja makan tu saya beli 1, ikut kemampuan masa membeli .Bila ada rezeki lebih saya tambah lagi 1 meja dan tambah lagi kerusi. Jadi tak de la terasa sangat duit habis sekali gus.
Bilikutama
Bilik utama pun putih jugak dan hitam dalam bilik ni cuma ada drawer 4 tingkt, tp lupa nak ambik gambar. Almari baju saya di bilik tengah. Tak letak dalam bilik utama, sebab kain baju saya n suami terlalu banyak, jadi tak nak bilik ruang untuk kami berehat penuh dengan segala barang, saya letak semua di bilik pakaian. Nanti ada masa saya akan post pulak bilik pakaian saya
Dapur
Dapur saya simple. Saya memang tak nak ada kitchen kabinet, saya nak simple deko di dpur, dengan hanya menggunakan rak2 ikea utk letak barang2. Saya jenis yang tak berapa minat untuk beli periuk, kuali besar2 lagi pun saya didalam rumah bukan ramai sangat, bila hari cuti anak2 baru ada dirumah. Semua belajar. Ruang dpur simple supaya mudah saya nak mengemas, lap, ruang masak sya di belah lain.
Ni sahaja yang dapat saya share ruang dirumah saya, simple dan mudah nak kemas Walaupun simple, perabot tak mewah tapi saya bahagia dan seronok bila tengok rumah sentiasa kemas dn bersih.
Kredit: Noor Krlc
Buat Kerja Rumah Memang Penat, Tapi Itulah Lubuk Pahala!
Yakinlah kerja rumah bagi seorang isteri memang tidak akan pernah siap. Ada sahaja yang perlu dibuat, dan semua ini sungguh memenatkan. Mengeluh panjang sekali sekala itu biasa, namun jika setiap waktu ada sahaja yang dirungut, itu bukan dapat melegakan keletihan. Malah menambahkan beban semata-mata.
Namun alangkah tenang dan lapangnya hati kita sekiranya melihat daripada sisi berbeza.
Bukankah setiap pekerjaan yang dilakukan dengan ikhlas pasti ada ganjarannya dariNya.
Sila baca juga, perkongsian daripada seorang isteri ini untuk sama-sama kita jadikan inspirasi bersama dalam menjalankan tanggunjawab sebagai isteri dan anak agar semua itu menjadi lubuk pahala.
Buat kerja rumah memang penat. Tambah kalau kau kena hadap kerja-kerja tu 24 jam. Belum masuk lagi peel anak-anak yang dambakan perhatian kau. Allah, tak boleh berenggang lansung!
Mandi pun ala kadar, makan pun tak sempat nak kunyah sempurna. Dah serupa ular sawa, asal telan saja.
Percayalah, bukan kau seorang lalui benda ni. Semua ibu pun berdepan rasa yang sama. Letih, penat, takde me-time, serabai, bahkan kau lupakan juga kesihatan diri sendiri demi suami dan anak-anak.
Kalau kau pandang ini sebagai jalan untuk kau ke syurga, kau pasti akan senyum sampai telinga. Hilang penat dan lelah sebab kau tahu penat kau selama ini berpahala.
Setiap orang, jalan syurganya berbeza. Para ilmuan, jalan syurganya dengan menyebarkan ilmu. Banyak masa dihabiskan untuk berjumpa masyarakat dan sebarkan manfaat. Itu jalan dia. Kau jangan cemburu buta.
Sebab jalan syurga kau juga ada. Betul-betul di depan mata. Kalau menghadap karenah anak-anak pun kau dah merungut sebakul, cuba kau pandang semula mata anak-anak kau yang comel tu.
Mereka sihat! Cergas! Aktif! Kau nak bising apa? Kau nak tengok anak-anak kaku atas katil tak bergerak dengan wayar berselirat? Atau kau nak anak-anak cuma menelan susu tanpa dapat menjamah masakan kau yang sedap tu?
Faham yang kau penat. Penat kau itulah lubuk pahala. Dah alang-alang penat, biarlah penat yang berpahala. Hati senang, jiwa ceria, insya-Allah tersedia pula tempat untuk kau di syurga.
Sumber : SriAjilahSamsir
Mengeluh sekali-sekala tu, biasa.
‘What Is Your Name?’. Bila Anak Berkerut Dahi Nak Jawap. 5 Trik Ajar Berbahasa Inggeris.
Baru-baru ini viral mengenai seorang selebriti yang menyentuh perihal penguasaan asas Bahasa Inggeris di kalangan kanak-kanak. Ia telah mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen. Namun, apa jua komen diberikan, yang baik kita jadi teladan, yang sebaliknya dijadikan sempadan.
Bayangkan jika anak anda ditanya, soalan asas ini, ‘what is your name?…” Berkerut dahi si kecil apabila teman anda bertanya namanya dalam bahasa Inggeris. Biarpun pertanyaan ini biasa-biasa ditanya oleh kebanyakkan orang, namun jika anda tidak pernah memperaktikkan kepadanya, ia dianggap asing buat dirinya walaupun sudah berusia 7 tahun!
Bukan untuk mendewakan bahasa luar, tetapi ia adalah bahasa kedua terpenting dunia. Apa kata, ikuti cadangan beberapa tips untuk mengajak anak pandai berbahasa Inggeris.
1.Berkomunikasi
Berkomunikasi secara langsung menggunakan bahasa Inggeris. Sebagai contoh, anda boleh memberikan panduan dalam bahasa tersebut. Misalnya, meminta anak untuk duduk. Anda boleh berkata “Sit down”. Selain itu, anda boleh membacakan cerita dalam bahasa tersebut kepada anak sebelum tidur, sehingga anak semakin terbiasa mendengarkan bahasa Inggeris dan juga mempelajari struktur bahasa tersebut secara tidak langsung. Berkomunikasi dalam bahasa Inggeris kepada anak secara bertahap.Mulai dengan bahasa yang paling mudah terlebih dahulu. Misalnya mulai berkomunikasi dengan memperkenalkan satu demi satu kata dalam bahasa Inggeris. Jangan terlalu memaksa anak untuk mengerti pengucaapan panjang yang anda ucapkan dalam bahasa Inggeris tersebut.
2.Gerak tubuh
Ketika mengajarkan kata kerja bahasa Inggeris, anda akan menggunakan gerak tubuh untuk memudahkan anak memahami pengucapan anda. Sebagai contoh, ketika meminta anak untuk tidur, anda perlu berkata, “Let’s sleep.” Buatlah gerakan tubuh ketika mengucapkan kata ‘sleep’, misalnya dengan menangkupkan kedua belah tangan, lalu meletakkannya di pipi sambil melentukkan kepala dan menutup mata. Ajak anak mengikut contoh gerak tubuh anda sehingga dapat memahami dengan jelas maksud percakapan anda.
3.Program televisyen berbahasa Inggeris
Sesekali,pasangkan rancangan atau filem kegemaran anak dalam bahasa Inggeris. Lama kelamaan anak pasti terbiasa mendengarkan kalimat-kalimat yang dilontarkan dalam program atau filem tersebut. Ketika anak mendengar kosa kata baru, sudah tentu akan mempelajari kata tersebut. Anda pula gunakanlah ketika berbicara pada anak. Oleh demikian anak anda tidak mudah melupakan kosa kata yang baru saja diketahuinya. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu menemani anak semasa menonton rancangan televisyen. Anda boleh mengucapkan dan mengulangi kata-kata yang diucapkan di televisyen. Misalnya untuk bahasa Inggeris, ketika melihat haiwan kucing di televisyen, anda boleh memberitahu kepada anak bahawa kucing dalam bahasa Inggris disebut “cat”. Cara ini efektif digunakan untuk peringkat awal mengajarkan bahasa Inggeris kepada anak kerana anak mudah ingat dan memahami apa yang ditontonnya.
4.Permainan dalam bahasa Inggeris
Cubalah membeli permainan pembelajaran dengan bahasa Inggeris, seperti kad imbasan yang menunjukkan abjad, nombor, haiwan, makanan dan sebagainya. Anda boleh membuat sendiri kad imbasan dengan bantuan Internet. Ajaklah anak bermain menggunakan permainan tersebut. Dengan sendirinya anak ada akan mengetahui makna daripada gambar-gambar yang dilihatnya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan lagu-lagu berbahasa Inggeris. Kenalkanlah lagu-lagu anak yang biasa dinyanyikan. Anda boleh menyanyikannya sebelum tidur atau sambil menyuapkan makanan kepada anak.
5.Satu kata dalam satu waktu
Ketika mengajarkan bahasa Inggeris kepada anak, jangan terus memberikannya kosa kata yang harus dipelajarinya. Ajarilah satu perkataan dalam satu waktu sehingga anak anda benar-benar memahami dan boleh mengucapkan kata tersebut dengan baik. Sudah tentu anak anda masih pelat semasa menyembut beberapa perkataaan bahasa Inggeris. Anda perlu membantu anak menyebut dengan jelas dan nyata. Beritahu kepada anak untuk melihat mulut semasa anda menyebut perkataan. Kemudian anda dan anak bersama-sama menyebut perkataan tersebut secara berulang kali. Namun tidak perlu mengajar bagaimana mengeja dan menulis perkataan. Yang diperlukan pada usia ini adalah pengenalan perkataan. Cubalah untuk menunjukkan satu gambar, misalnya gambar kereta dan mengucapkannya dalam bahasa Inggeris. Minta anak untuk mengulanginya. Tunjukkan lagi gambar yang sama keesokan harinya dan lihat apakah anak anda masih mengingati bagaimana perkataan tersebut disebut dalam bahasa Inggeris.
Apa yang pasti, lakukan secara perlahan, dalam suasana yang menyenangkan dan tidak “memaksa” anak. Ini kerana, tahap usia ini adalah peringkat pengenalan terlebih dahulu supaya anak anda terbiasa mendengar kosa kata baru dalam bahasa Inggeris dan perlahan-lahan akan ‘biasa’ dengan bahasa Inggeris yang diajarkan kepadanya itu.
Selamat mencuba!
Kenapa Tak Boleh Tidur Selepas Sahur? Rupanya Ini Sebab, Dah Ada Kajian!
Rasanya ramai yang akan tidur selepas sahur. Alasannya mengantuk disebabkan bangun awal untuk bersahur.
Namun, sebenarnya tabiat ini tidak digalakkan untuk kesihatan badan. Malah dalam Islam juga mengalakkan kita untuk melakukan amalan ibadat pada bulan yang mulia ini.
Bukan itu sahaja, ada kajian mengenai hal ini yang dilakukan untuk menunjukkan kesan selepas makan terus tidur.
Menerusi perkongsian Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar yang berkongsi info kesan tidur. selepas makan sahur dan kajian mengenainya.
Jom ikuti penjelasan mengenai hal ini.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
INI SEBABNYA TAK BOLEH TIDUR LEPAS SAHUR
“Letih lah bangun sahur awal. Lepas sahur dan subuh mesti terus nak tidur. Berat betul mata” kata Tijah.
“Ada kesan tak kalau tidur lepas sahur” soal Tijah lagi bersungguh.
Mungkin ramai ada soalan seperti Tijah. Saya pun semasa zaman dahulu, suka juga tidur lepas subuh dan sahur. Tetapi setelah tahu kesan, elak diri dari tidur sudah jadi satu kemestian.
3 KESAN tidur lepas sahur:
1) Dehidrasi tubuh dan OTAK. Air tidak diserap tetapi di bawa ke pundi kencing.
2) Makanan yang dimakan tidak diproses seperti sepatutnya. Sisa menjadi toksid. Nutrisi tidak diserap. Pesta keroncong mula
Berbunyi seawal jam 10 pagi.
3) Interaksi OTAK dan usus terganggu. Seperti lebuhraya tiada kenderaan. Sunyi.
Kita beria ria sediakan makanan bernutrisi tinggi semasa sahur. Mahu tingkatkan kecergasan dan kecerdasan. Malangnya tidur selepas sahur hapuskan semuanya.
Kalau mengantuk dan perlu tidur, lakukan selepas 4 jam bersahur. Boleh boleh?
INI KAJIANNYA
Saya juga pengamal tidur selepas sahur. Alasannya mengantuk. Maklumlah berpuasa sepanjang 18 jam semasa musim panas. Seawal jam 3:40 pagi sudah subuh.
.
Tahun 2010 mengubah segalanya.
.
Usai sahaja latihan di Harvard Medical School, terus terbang ke University of Pennsylvania (UPenn). Berjumpa dengan Prof David Dinges, satu nama tersohor dalam bidang penyelidikan tidur dan otak.
.
Atas nasihat Dr Stuar Miller penyelia kedua yang juga pemilik Canberra Sleep Laboratory, saya ditumpangkan di rumah Dr Mark Schutta, Medical Director Penn Rodebaugh Diabetes Center. Kedua mereka adalah rakan belajar University of Colorado.
.
Perasan segan, malu silih berganti. Maklumlah menumpang di rumah orang tersohor di Penn Medical. Dr Schutta pula sangat teruja. Anak murid rakannya datang bertandang. Akhirnya saya tinggal sahaja di rumahnya.
.
Ketika itu UPenn baharu sahaja menerima geran penyelidikan dari Agensi angkasa lepas terkenal AS (nama tidak disebut). Agensi ini beri USD$ 3 juta untuk kajian yang objektifnya utamanya pastilah RAHSIA atau classified.
Kebetulan saya di sana pada ketika itu dan dibenarkan untuk terlibat tetapi tidak sepenuhnya. Pelbagai dokumen perlu di tandatangani. Tidak boleh keluar apa-apa kenyataan mengenai kajian ini pada lima tahun pertama.
Objektif lain ialah mahu ketahui apa yang berlaku selepas makan dan tidur. Tujuannya ialah perkasakan angkasawan nanti. Angkasan mesti dalam keadaan tip top.
Tahun 2010 negara Amerika Syarikat bertarung dengan masalah ekonomi. Ramai dibuang kerja. Untuk dapatkan peserta kajian menjadi mudah. Mereka dibayar USD$1100 untuk terlibat dalam kajian selama dua minggu. 24 jam terkurung dalam makmal tidur. Makan, minum dan aktiviti harian semuanya di dalam makmal.
Di UPenn, bangunan 8 tingkat adalah makmal kajian tentang tidur dan otak . Bayangkan berapa ramai yang direkrut untuk kajian ini. Makmalnya ada yang diubah seperti bilik studio. Sekali pandang mereka ini seolah tinggal di hotel hotel mewah.
Kajian di UPenn menggunakan teknologi terkini. Analisis statistik yang kompleks serta pakar dari pelbagai bidang. Pendekatan multidisiplin.
Peserta pula bebas lakukan aktiviti. Di kepala mereka tersarung dengan penutup kepala berelektrod.
Mereka berjalan ke sana ke mari dengan wayar berselirat di kepala.
Ada pelbagai ujian dilakukan ke atas peserta. Antara kajian yang menarik ialah peserta dibangunkan seawal jam 4 pagi. Diberi makan dan minum. Dibenarkan untuk tidur selepas makan.
Keadaan ini sama seperti kita apabila usai bersahur, solat terus tidur semula. Bangun bersiap untuk ke tempat kerja.
Semasa kajian peserta perlu ambil PillCam, kamera kecil sebesar kapsul. Tujuannya untuk melihat apa yang berlaku di dalam usus ketika mereka ini tidur. Kamera kecil akan berlabuh di usus kecil. Kaedah konvensional biasanya tidak dapat melihat apa yang berlaku di usus kecil. Cuma sekadar pada usus besar sahaja.
90% makanan diproses di usus kecil. Di sini jugalah nutrisi dan mineral diserap oleh badan.
Peserta dikejutkan seawal jam 6:30 pagi atau jam 7 pagi. Jadi mereka dapat tidur sekitar 1 jam setengah atau 2 jam atau kurang sebelum dikejutkan.
Apabila bangun urin mereka diperiksa. Sampel najis juga diambil. Microbiologist pula akan lakukan ujian makmal untuk memeriksa kandungan bakteria baik dan jahat di dalam sistem peserta.
Dianggarkan ada 1 trillion bakteria dalam usus manusia seperti yang dilaporkan pada Mei 2016 di dalam prosiding National Academy of Sciences of the U.S.A. Ratio bakteria baik dan jahat ini ialah 85% bakteria baik dan 15% bakteria jahat.
Hasil dari pemeriksaan najis ini didapati ratio bakteria baik dan jahat berubah. Berlaku peningkatan bakteria jahat. Petunjuk sesuatu yang tidak baik sedang berlaku. Petunjuk toksin sedang meningkat.
Pemeriksaan dari PillCam pula sangat menarik. Ketika itu saya sedang membaca laporan awal kajian. Tiba-tiba dipanggil bersama yang lain oleh Prof Dinges. Kami ke terminal skrin. Gambar dari PillCam terpampang. Menakjubkan melihat gambar dalam usus kecil manusia.
Satu persatu ditunjuk.
Prof Dinges beri penerangan. Usus kecil seolah-olah bekerja separuh sahaja dari sepatutnya. Ada ketikanya seolah tiada aktiviti berlaku. Ini sebabkan pembentukan toksin.
Berbeza dengan pandangan tentang gerak kerja sistem parasimpatetik yang berkerja tanpa henti. Ramai yang tertanya-tanya. Bagaimana hal begini boleh berlaku.
Jawapannya ialah pada otak. Apabila otak mengesan toksin, ia aktifkan mode kecemasan. Toksin perlu dikeluarkan.
.
Ketika tidur fokus utama otak ialah memory consolidation serta bersihkan plak amyloid, sejenis protein yang terbentuk di otak. Plak ini sebabkan penyakit alzheimer. Fokus utama bukan proses makanan seperti di dalam sedar.
.
Pengurus kepada sistem parasimpatetik ialah bahagian otak yang bernama brain stem. Secara spesifiknya diurus oleh sub bahagiannya iaitu reticular formation. Di sini keluarnya hormon serotonin.
.
Apabila usus tidak keluarkan serotonin seperti sepatutnya, komunikasi antara serotonin di otak dan usus terganggu. Hormon melatonin yang sepatutnya keluar di perut juga terbantut.
.
Tugas melatonin untuk membersih usus, yang dilabel sebagai otak kedua juga terganggu. Ringkasnya, terdapat gangguan pada otak pertama dan kedua.
.
Ada yang bertanya. Bagaimana dengan pembuangan air kecil? Biasanya apabila otak mengesan toksin, ia akan dinyahkan melalui pembuangan air kecil. “Sebab itu peserta didapati membuang urin 40%-50% lebih banyak berbanding waktu lain”, bilang Prof Dinges.
.
Saya tekun mendengar. Angkat tangan dan tanya? Adakah otak menunjukkan tanda-tanda dehidrasi?
.
Staf teknikal terus alihkan ke gambar imbasan otak setelah mendapat isyarat dari Prof Dinges. Gambar-gambar imbasan otak secara konsisten menunjukkan tanda dehidrasi. Bahagian temporal, sub-gyral parietal, bahagian kiri dalam orbito-frontal dan juga pengecutan pada White Matter.
.
Mungkin ini jugalah apabila bangun dari tidur selepas sahur kita rasa seperti terawang-awang sekejap.
.
Tambah Prof Dinges, apabila peserta bangun, kita tanya beberapa soalan. Antaranya tentang angin dan sendawa, nafas busuk atau tidak. Sekiranya ada ia mengukuhkan dapatan data klinikal tentang fenomena Small intestine bacterial overgrowth (SIBO). SIBO sebabkan toksin dan gagalkan usus kecil menyerap nutrisi dan mineral yang dimakan.
.
Giliran Prof Dinges pula bertanya. “Berapa diperlukan untuk usus kecil proses makanan? “4 jam”, jawab salah seorang petugas.
.
Prof Dinges angguk dan terus alihkan slide gambar berikutnya. Imej PillCam setelah 4 jam di dalam usus kecil terpampang. “Lihat hanya saki baki kecil yang tinggal.”
.
Dalam laporan kepada penaja geran ditulis, digalakkan tidur hanya selepas 4 jam mengambil makanan. Sayangnya laporan ini milik agensi itu. Milik mereka bukan untuk dikongsi.
Sumber: Dr Rizal Abu Bakar
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club