Siapa pernah berkunjung ke Lost World Of Tambun suatu ketika dulu mungkin dah boleh ke sana semula dalam masa terdekat ni. Konsep yang dibawakan Lost World Of Tambun sekarang ni confirm anak-anak puas hati dan teruja.
Kalau dulu ketika baru di buka, Lost World Of Tambun mungkin masih tidak lengkap dengan permainan yang diletakkan tetapi sekarang ni memang berbaloi kalau nak laburkan wang beli tiket. Hebat sangat!
Di Lost World Water Park, anda dan keluarga boleh cuba kesemua permainan berunsur air yang selamat dan menyeronokkan. Antara permainan menarik perhatian anak-anak pastinya seperti di River & Beach Garden, pantai buatan yang luas dan cukup menenangkan sambil dikelilingi oleh oleh air terjun setinggi 20 kaki. Waterfall Beach Garden, Jungle Wave Bay, juga tidak ketinggalan Sandy Bay pasti buat anda kepenatan namun puas.
Untuk anak-anak kecil, Explorabay yang menyediakan papan gelongsor untuk anak-anak bermain dengan girang. Tak perlu bimbang soal keselamatan anak-anak kerana di sini lengkap dengan kawalan keselamatan yang sempurna.
Permainan interaktif berasaskan air seperti meriam air, semburan gajah, air pancut, jendela air, baldi gergasi juga sebuah kapal lanun khas yang direka khusus pastinya buat anak-anak leka bermain. Semua ini direka dengan sistem keselamatan lengkap dan terjamin. Best kan?
Selain itu, untuk pengunjung yang lebih ekstrem, anda boleh mencuba bermain Cliff Racer, menggelongsor dengan tahap kelajuan paling maksima.
Namun untuk lebih santai, anda boleh mencuba Tube Raiders dan Adventure River yang pastinya lebih relaks untuk anda bermain.
Bosan bermain air, anda dan keluarga bolehlah mencuba permainan outdoor dan indoor yang lebih mengujakan. Rangkaian permainan yang disediakan di Lost World Amusement Park pasti buat anak-anak berebut-rebut untuk mencuba.
Lupe Adventure yang merupakan Roller Coaster pertama di Perak, pasti buat anda gembira. Antara permainan lain yang terdapat di sini adalah seperti permainan kuda muzik, Perak Parade, Giddy Galleon yang unik serta tidak ketinggalan keretapi lokomotif, Adventure Ekpress.
Menarik?
Kalau datang ke sini dah makin senang sebab anda boleh terus check in di hotelnya. Hotel di Lost World Of Tambun ini mempunyai 174 buah bilik hotel dengan 20 buah bilik Executive Suite untuk anda. Memang mewah dan cukup selesa. Apa salahnya berbelanja lebih untuk anak-anak. Sekali sekala!
Keesokkan harinya anda boleh mencuba ubah angin dengan meneroka pelbagai aktiviti lain yang lebih santai mahupun ekstrem. Di pagi hari anda boleh membawa anak-anak melihat aksi Putra, Jazz dan Azian, tiga ekor harimau yang ditempatkan di Lost World Tiger Valley.
Lepas tu, anda juga boleh bawa anak-anak belajar sejarah melombong bijih timah. Bagi pengalaman berbeza kat anak-anak. Penuh kesabaran bila waktu melombong tapi penuh ilmu.
Penat melombong, keterujaan anda pasti berganda bila mencuba pelbagai aktiviti menarik di Lost World Adventure Park. 13 High Rope Course, Para Jump, Wild Woosey serta Via Ferrata antara aktiviti yang pasti buat anak remaja anda tercabar keberaniannya.
13 High Rope Course merupakan aktiviti mendaki dengan tali yang dipasang tinggi di tengah hutan. Penuh aksi dan kemahiran individu. Via Ferrata yang merupakan aktiviti memanjat batu di bukit batu kapur memberi sedikit kelainan.
Terbang dengan kelajuan tinggi dan digantung tali untuk menyeberangi kabel sepanjang 120 meter di atas Tasik Boga pastinya meninggalkan satu kenangan yang tidak mungkin di lupakan oleh anda anda keluarga.
Petangnya ada boleh menghabiskan masa dengan melihat aksi haiwan-haiwan peliharaan di Lost World Petting Zoo. Mini zoo ini menempatkan seekor rakun bernama Ruby, Nia yang merupakan seekor ular sawa juga Wira seekor burung Green Macaw. Bukan itu sahaja malah di sini turut dipenuhi dengan haiwan eksotik dari pelbagai spesis.
Malamnya anda bolehlah melepaskan lelah dengan merendamkan tubuh di Lost World Hot Springs & Spa atau juga melakukan urutan untuk mendapatkan tubuh yang lebih relaks.
Perlu Tahu
* Lost World of Tambun di kelilingi oleh bukit batu kapur yang besar dan kekal sejak 260 juta tahun dahulu.
* Mempunyai tujuh taman keajaiban iaitu Lost World Water Park, Lost World Amusement Park, Lost World Petting Zoo, Lost World Hot Springs & Spa, Lost World Tiger Valley, Lost World Tin Valley dan juga Lost World Adventure Park.
*Di setiap kawasan disediakan lebih 10 pondok-pondok kecil untuk berteduh
*Turut mempunyai bilik persalinan dan bilik mandi, bilik khas bayi, tandas OKU juga bilik First Aid.
*Dibuka setiap hari bermula Isnin hingga Jumaat daripada jam 11 hingga 6 petang dan Sabtu Ahad, dibuka daripada jam 10 pagi hingga 6 petang.
*Mempunyai 174 buah bilik hotel
* 20 buah bilik Executive Suite untuk anda.