Seronok rasanya bila sesekali membuat kejutan pada yang tersayang. Demikian juga yang ingin dilakukan oleh penyanyi Azmi Saat buat isteri tersayang sempena hari lahir isterinya baru-baru ini.
Penyanyi dari kumpulan Caliph Buskers ini meluahkan perasaan kecewa apabila kejutan yang dirancang buat isteri sempena ulang tahun perkahwinan tidak berjaya. Hal tersebut berpunca daripada sebuah kedai bunga yang memberitahu perancangan asalnya kepada isteri.
Sakitnya hati kenangkan peristiwa yang jadi selasa itu hari. Nak cerita macam tak baik. Tak cerita pula macam tak boleh tahan. Sebagai #manusia yang lemah dan tidak berdaya saya ceritalah juga. Hehehe.
Selasa lepas adalah Hari Ulang Tahun Perkahwinan saya yang ke 9. Sebagai suami yang romantik, naklah bagi kejutan pada isteri.
Saya hubungi mereka untuk bertanya. Mereka kata boleh sahaja mahu hantar ke Putrajaya. Tiada masalah. Alhamdulillah. Saya terus buat tempahan.
Selesai buat bayaran RM210 sekitar pukul 1 tengahari siap dengan ucapan dari hati lagi untuk mereka tuliskan dalam kad yang akan diletakkan pada bunga.
Kau tahu apa jadi lepas tu? lebih kurang 10 minit kemudian boleh pihak kedai bunga tu menelefon isteri saya.
“Assalamualaikum Puan Nazira. Kami dari BLOOMING FLORIST SDN BHD. Puan ada di pejabat sampai pukul berapa ya?”
Ya Allah. Macam nak meletop rasa. Kalau setakat kau punya whatsapp, dari pukul 12 malam tadi aku dah bagi ucapan depan-depan siap dengan extra service sekali.
Ini kedai baru beroperasikah apa? Tak tahu langsung erti kejutan dan erti ekslusiviti. Atau memang perkhidmatan dia sebenarnya menggagalkan kejutan?
Tak pernah saya mengamuk bila yang saya mahu lain tapi dapatnya lain. Kali ni tak tertahan. Saya hubungi mereka dan luahkan kegeraman saya.
Kalau ikut hati aku mahu sahaja aku tulis nama kedai itu. Biar semua orang yang baca ni tahu betapa buruknya perkhidmatan kau.
Nasib baik di atas tu kau sendiri dah sebut nama kedai kau. Tak perlulah aku yang sebut.
Sekian, luahan dari suami yang gagal kejutannya.