Konjak Jeli Bahaya Kepada Kanak-Kanak. Ia Boleh Menyebabkan Risiko Tercekik Dan Telah Meragut Nyawa Di Beberapa Negara

Share

FAKTA

  • Seorang pengguna TikTok mendakwa makanan ringan konjac jelly berbahaya kepada kanak-kanak kerana sukar ditelan dan boleh membawa maut sekiranya tercekik.
  • Beliau yang merupakan seorang ahli farmasi mendakwa berdasarkan laporan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat, beberapa kematian direkodkan membabitkan dewasa dan kanak-kanak akibat tercekik ketika memakan makanan ringan itu.
  • Konjac mempunyai kebaikan namun boleh membawa mudarat jika diambil secara berlebihan.

LATAR BELAKANG
Permintaan tinggi terhadap makanan ringan di pasaran tempatan mendorong pengilang mengeluarkan pelbagai jenis produk.

Terdapat pelbagai bentuk dan perisa makanan ringan dikeluarkan pada masa kini termasuklah jeli yang bukan sahaja digemari kanak-kanak tetapi juga golongan dewasa.

Seperti yang diketahui umum, pengambilan makanan ringan dan makanan segera secara berlebihan bukan sahaja membawa keburukan kepada tubuh badan tetapi turut memberi impak kepada pertumbuhan seseorang individu.

Sejak usia kanak-kanak, kita diajar untuk mengamalkan pemakanan seimbang bagi memastikan tubuh mendapat khasiat makanan yang secukupnya.

Namun perkara sebegini sukar diamalkan sekiranya ibu bapa itu tidak memainkan peranan dalam memberi penerangan kepada anak masing-masing peri pentingnya pengambilan makanan berkhasiat.

MENGENAI DAKWAAN

Seorang pengguna TikTok iaitu @miss pharmacist mendakwa makanan ringan konjac jelly tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak kerana ia bersifat sangat kenyal dan menyebabkan ia sukar ditelan.

Wanita itu turut mendakwa Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (US FDA) selain negara seperti Australia mengharamkan kemasukan bahan makanan berkenaan susulan laporan beberapa kes kematian.

“Bagaimana konjac jelly ini menyebabkan kematian di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa ini adalah disebabkan struktur gelatin yang menyebabkan ia susah ditelan dan dikunyah dan ia juga tidak mudah dilarutkan ketika ia berada di dalam mulut.

“Ada bukti yang mengatakan konjac jelly ini boleh mengembang di dalam saluran pemakanan kita iaitu  esofagus sehingga ke usus kita.

“Risiko untuk kita tercekik konjac jelly ini di usus meningkat apabila kita makan konjac jelly in tanpa (minum) air, kita sedut jelah, bukan kita telan dengan air pun,” jelasnya dalam video TikTok berkenaan.

Setakat laporan ini ditulis (12 Oktober 2022), video berkenaan telah meraih lebih 718,000 tontonan dan lebih 2,000 komen daripada pengguna TikTok.

ANAK SESAK NAFAS SELEPAS MAKAN KONJAK JELI

Ibu bapa mana tidak panik apabila anak yang sihat tiba-tiba mengalami muntah dan sesak nafas.

Demikian situasi yang berlaku terhadap anak perempuan wanita dikenali sebagai Sheril Amelia.

Difahamkan kejadian kecemasan tersebut berlaku selepas anaknya memakan konjak jeli iaitu makanan ringan yang popular dan viral dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook Real Sheril Amelia, dia menyatakan bahawa anak perempuannya terpaksa dimasukkan ke hospital dan mendapatkan rawatan kecemasan kerana mengalami muntah.

“Kanak-kanak yang dilaporkan mengalami sesak nafas kerana makan konjak jeli.”

Kanak-kanak yang dilaporkan mengalami sesak nafas selepas memakan jeli kenyal.

“Malam tadi balun (makan) sampai setengah plastik… pagi tadi pergi sekolah muntah-muntah.

“Petang tadi bawa pergi HAT (Hospital Angkatan Tentera) Tuanku Mizan kerana batuk dan nafas laju,” ujarnya.

Malah, dia turut mendakwa ramai ibu bapa turut berkongsi keadaan kesihatan anak mereka merosot selepas menikmati jeli berkenaan.

“Selepas kongsikan pada status WhatsApp, ramai yang komen cakap anak-anak mereka ada yang alami cirit birit selepas makan.

“Ada juga yang makan tapi okay… ikut la perut masing-masing,” ujarnya.

Seorang lagi ibu turut berkongsikan keadaan kesihatan anaknya yang tiba-tiba sukar bernafas selepas menikmati makanan yang sama.

Enam sampel produk jeli turut dikesan tidak mematuhi peraturan makanan 139A dan dikenakan tindak penarikan balik produk.

Berdasarkan video perkongsian Lara Asheikin, anak lelakinya ditahan di zon kritikal disebabkan sesak nafas secara tiba-tiba.

“Izzul tiada demam dan tiada asma… tetapi tiba-tiba sesak nafas.

“Apabila periksa balik, rupanya Izzul sesak nafas sebab makan jeli. Makanan ni memang viral dalam kalangan kanak-kanak masa kini,” luahnya.

Disebabkan terdapat laporan peningkatan kes kecemasan melibatkan kanak-kanak, makanan viral di TikTok ini mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut KKM, pihaknya memantau produk tersebut sejak tahun 2001 selepas menerima banyak laporan tentang risiko tercekik pada kanak-kanak.

Konjak adalah sejenis tumbuhan yang tinggi dengan kandungan serat yang dipanggil glukomannan. Ia turut dikenali sebagai konnyaku, konjonac atau serbuk taro dan tepung keladi.

“Industri menggunakan bahan aditif makanan tersebut yang berfungsi sebagai bahan pemekat dalam penghasilan jeli.

“Penambahan konjak adalah dibenarkan di Malaysia berdasarkan pada saiz jeli yang dihasilkan,” katanya.

Peraturan yang ditetapkan di Malaysia berkaitan penggunaan konjak.

Menurut KKM lagi, produk konjak jeli mempunyai tekstur kenyal, sukar larut ketika di dalam mulut dan sukar ditelan berbanding produk jeli yang lain.

Ekoran itu, katanya, mengambil kira risiko yang wujud, kawalan ke atas produk dibuat dengan menetapkan saiz dan juga amaran pada label produk.

Tambah KKM, berdasarkan data pemantauan dari tahun 2018 hingga kini, sebanyak 649 produk jeli telah disampel dan 352 daripadanya adalah produk konjak jeli.

“Enam sampel produk jeli turut dikesan tidak mematuhi peraturan makanan 139A dan dikenakan tindak penarikan balik produk (recall) oleh KKM,” katanya.

Sumber : Mstar

Artikel Berkaitan

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club