Pada Ogos lalu, pelakon Remy Ishak pernah berkongsi mengenai ibunya, Basrah Md Dris mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi jantung (CICU) Hospital Serdang dan turut meminta orang ramai mendoakan ibunya.
Terbaharu, Remy memuat naik sebuah perkongsian di laman Instagram yang menunjukkan dia dan ahli keluarga sedang menyambut hari ulang tahun kelahiran ibunya itu.
Menerusi hantaran tersebut, Remy atau nama penuhnya Mohammad Zalimei Bin Ishak itu meluahkan rasa syukur apabila ibunya sudah beransur pulih dan boleh menyambut hari ulang tahun bersama dengan ahli keluarga.
“Syukur Alhamdulillah, Mak beransur pulih, tahun ni dapat sambut hari ulang tahun yang ke-64 dengan anak-anak. Terima kasih Ya Allah,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, Remy turut mengucapkan terima kasih pada kesemua pakar-pakar bedah, doktor dan petugas di Pusat Jantung Hospital Serdang yang bertungkus lumus membantu dan merawat ibunya.
“Jutaan terima kasih buat pakar bedah Mr Ahmadi, Mr Thonas, Mr Suman, doktor-doktor pakar dan semua petugas di Pusat Jantung Hospital Serdang yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa mak semasa dan selepas waktu pembedahan. Moga Allah memberi rahmat dunia dan akhirat buat kalian,” ujarnya.
Ads
Tidak terlupa, Remy turut mengucapkan terima kasih pada pengikutnya yang mendoakan kesihatan dan keselamatan ibunya tempoh hari.
“Terima kasih juga pada anda semua yang sama-sama mendoakan untuk mak tempoh hari, moga dirahmati jua.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa gembira apabila melihat ibu tercinta Remy sudah beransur pulih dan turut mengucapkan selamat hari lahir kepadanya. Malah, ada juga segelintir yang memuji Remy kerana menyepikan diri dari memuat naik perkongsian di Instagram demi menjaga kesihatan ibunya.
Solat tarawih andai dapat ditunaikan secara berjemaah di masjid tentu lebih seronok dirasakan, tambahan pula ketika mendengar bacaan ayat-ayat suci daripada imam yang cukup merdu kedengarannya. Cukup menenangkan dan menyentuh hati. Kalau boleh setiap hari kita mahu berjemaah bersama-sama di masjid bagi mengimarahkan lagi amalan di bulan Ramadan ini.
Namun, jika ada halangan seperti kurang sihat atau anak masih kecil usahlah kecewa andai tidak dapat menghadirkan diri untuk solat berjemaah di masjid. Hakikatnya, solat tarawih ini boleh dilakukan secara bersendirian di rumah dengan bacaan-bacaan tertentu yang mudah untuk dilaksanakan.
Hal yang sama juga telah dilakukan oleh Puan Yatie Eimra ketika mengandungkan anaknya dahulu dan cara untuk menunaikan ibadah ini telah dikongsikan olehnya untuk manfaat bersama.
SOLAT TARAWIH SECARA SENDIRIAN
Mak-mak yang ada anak kecil atau yang tak berapa sihat dan tak dapat nak ke surau ataumasjid, bolehlah ikut cara solat tarawih yang mudah ni. Saya ambil ni dari buku solat-solat sunat kepunyaan mak saya. Cara solat tarawih ini memang ringkas dan sangat mudah nak buat (tasbih & selawat hanyalah sunat).
Seingat saya, sejak dari zaman sekolah lagi mak saya suruh ikut cara tarawih dalam buku ni bila tak ke surau. Almaklum lah, arwah ayah dah takde sejak kecil, adik-beradik yang ada kat rumah pun perempuan je. Bila 2-3 orang datang bulan serentak, dah tak dapat nak pergi surau. So belajarlah buat solat tarawih sendiri kat rumah masa tu.. Even masa mengandungkan Fydh dulu pun, alhamdulillah saya dapat buat solat tarawih setiap hari. Tertinggal sehari jer sebab dah bersalin.
Bukan setakat mak-mak, anak-anak remaja yang baru nak belajar-belajar solat tarawih pun boleh buat cara ni kalau tak berkesempatan ke surau/masjid. Mak-mak jangan jadikan alasan tak dapat pergi surau/masjid tak boleh buat tarawih.. Ramadan setahun sekali jer, jomlah kita tambahkan amalan.
a) Rakaat pertama – Alfatihah & surah pilihan
Rakaat kedua – Alfatihah & surah pilihan
b) Bacaan doa pendek setelah salam*
Ekstra Tip : ?disebabkan solat tarawih ini dilakukan secara sendirian, lebih mudah jika baca surah Al-Ikhlas pada setiap rakaat ke-2 supaya tak mudah keliru/lupa bilangan rakaat.
?doa pendek juga merupakan amalan sunnah sahaja sebagai waktu berhenti/selingan (maksud tarawih adalah beristirehat — berhenti seketika supaya solat tarawih dapat dilakukan dalam keadaan yang tenang dan bukannya tergesa-gesa)
?sangat disarankan baca doa pendek ini kerana mengandungi doa ‘afuw di dalamnya. Sebaik-baiknya doa ‘afuw di dalam doa diulang sebanyak 3x.
Tanaman dan pokok-pokok yang kita tanam jika hidup subur buat kita rasa senang hati. Malah berbakti kepada tanah ini memang meninggalkan kepuasan yang berbeza bagi yang menanamnya.
Itu jika tanaman kita subur dan segar. Macam mana pula jika kesemuanya habis diserang serangga perosak? Memang geram melihatkan tanaman mahupun pokok bunga-bungaan kesayangan yang dijaga sempurna rosak dek dikerjakan serangga perosak.
Namun siapa sangka campuran empat bahan ini iaitu bawang putih, cili padi, minyak masak dan sabun mampu menjadi racun pada serangga ini.
Paling best tak hanya serangga tapi juga boleh jadikan semburan untuk kucing dan tikus yang suka meninggalkan najisnya di satu-satu kawasan. Dua haiwan ni pasti takut nak ‘membuang’ di situ lagi. Jom cuba petua ni.
Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi.
1 cawan air
1 sudu minyak masak
1 sudu serbuk sabun pencuci
Botol ‘Spray’
Caranya:
1. Tumbuk bawang putih dan cili padi.
2. Bancuh bahan yang telah ditumbuk dengan 1 cawan air kemudian tapis.
3. Tambah air dan jadikan 1 liter cairan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol semburan.
4. Setelah itu, masukkan minyak masak dan serbuk sabun pencuci.
5. Goncang bancuhan tadi hingga larut dan semburkan pada pokok, pada waktu pagi atau petang. Seminggu sekali atau
mengikut suka.
Selamat mencuba!
Sumber: Kebun bandar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidur bersama merupakan kunci keintiman hubungan suami isteri. Di sinilah juga kebahagiaan terbina. Tanpa waktu malam hari, hubungan pastinya jadi sangat hambar.
Jika pasangan muda yang baru berkahwin 5 tahun pertaman, memilih untuk tidur berasingan seharusnya carilah jalan penyelesaian secepat mungkin.
Kena buka minda dan cari punca secepat mungkin mengapa hal ini terjadi. Baik suami atau isteri, jangan sesekali ego. Sama-sama perbaiki diri.
Undang dosa
Ketahuilah bahawa menjaga hubungan dalam hubungan suami isteri diberi ganjaran pahala dan mengabaikannya juga boleh mengundang dosa. Jadi tidak salah rasanya jika anda berusaha lebih sedikit dan usah pandang ringan akan masalah ini. Berusaha untuk menambah ibadat dalam kehidupan kita.
Kenal Pasti Punca
Perkara terdahulu yang seharusnya ada berikan perhatian adalah mengenal pasti punca mengapa suami lebih selesa untuk tidur berasingan dan anda sendiri merasa selesa untuk berada jauh daripadanya setiap hari.
Jika suami lebih selesa menonton tv hingga ke malam, tegurlah dia dan ajaklah dia bersama anda di dalam bilik. Jika perlu, anda sendiri yang menemaninya menonton.
Berbincang Secara Terbuka
Ajaklah suami berterus terang mengenai masalah ini. Mungkin juga ada ketidakpuasan hati baik anda mahupun suami yang mengganggu masa untuk tidur bersama-sama.
Faktor Kerja
Ramai menjadikan alasan faktor kerja dan syif suami dan isteri yang tidak sama setiap hari sebagai alasan terbesar untuk tidur berasingan.
Cubalah ambil cuti anda sesekali dan beradalah di rumah bersamanya seketika di siang hari bagi menyemarakkan kembali hubungan anda. Berusahalah untuk mengubahnya menjadi lebih baik, seperti orang lain.
Guna Taktik Sesuai
Sesekali gunakan taktik yang bersesuaian misalnya merajuk ntuk mengusik hati si suami untuk lebih prihatin dengan anda. Namun jika cara ini tidak berkesan, cubalah cara lain yang mampu mengusik jiwanya untuk tidur di samping anda. Mungkin merangsangnya menjadi lebih drastik adalah jalan sesuai. Selidik kemahuannya.
Perbaiki Masalah Seksual
Mungkin juga suami mula menjauhi anda kerana kedinginan seks mahupun kemahuannya gagal dipatuhi anda. Siapa tahu bukan? Berbincang adalah jalannya. Namun jika seks menjadi puncanya, sebagai isteri anda seharusnya memulakan langkah agresif untuk mengubah diri anda sendiri. Ingatkan bahawa ianya satu ibadat!
Jumpa Kaunselor
Jika segala usaha menemui jalan buntu, tidak salah untuk anda dan pasangan mendapatkan bantuan daripada kaunselor untuk memulihkan masalah ini. Jangan pandang ringan kerana ia akan membinasakan rumah tangga anda untuk tempoh yang lama.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Didie Alias lawat Amyza Aznan, datang beri semangat, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.