“Kongsi Rezeki Bersama.” Lelaki Ni Buka Kantin Ala Kafe, Jual Sambil Bersedekah Pada Murid

Share

Dek kerana pandemik COVID-19, operasi kantin dihentikan. Anak-anak terpaksa membawa bekal atau makan di dalam kelas.

Terbaru, pihak sekolah mengumumkan kantin kembali beroperasi.

Tertarik melihat seorang pengusaha kantin sekolah menjadikan kantin Yang diusahakannya ala-ala cafe. Bahkan, menu yang disediakan juga cukup menarik dengan pelbagai pilihan.

Antara menunya seperti nasi berlauk, hidangan barat (chicken chop, spagetti, carbonara), nasi goreng, mee goreng, minuman dan sebagainya.

Menurut Mohd Fahmi, kantin SK Taman Seri Wang, Sg Petani ini kantin ke 3 dan sebelum ini pernah mengendalikan kantin di SKM Aman Jaya, Sungai Petani dan Sek Kebangsaan Pauh Jaya, Pualau Pinang.

Tercetusnya idea ini kerana saya bermula dengan membuka cafe di Puncak Alam, Selangor. Apabila berhijrah ke negeri kelahiran, saya mendapatkan tender untuk menjadi pengusaha kantin. Dari situlah saya cuba untuk lakukan dan jayakan sebuah kantin sekolah menjadi ala cafe,” katanya yang mempunyai 12 tahun pengalaman dalam pengusahaan ini.

Kami bermula sewal jam 5.30 pagi dan mempunyai seramai 11 orang pekerja termasuk seorang chef yang kreatif.

Kebanyakan pekerja saya terdiri daripada ibu tunggal, B10 dan anak yatim. Dari sinilah saya dapat berkongsi rezeki dengan mereka. Kita jangan kedekut untuk bayar gaji pekerja. Kerana mereka jugalah kita, pelbagai menu dapat disediakan,” katanya.

Mohd Fahmi juga memiliki perniagaan makanan di Jeniang, Kedah iaitu Restoran Nasi Kukus Ayam Cincang dan Manggo Shake yang sangat popular di situ.

Bagi memastikan kantin sekolah seperti ini, dia sanggup membuat ‘full renovation’ termasuklah dekorasi bilik makan guru dan tempat makan. Lebih membanggakan, segala pengubahsuaian ini menggunakan kos dia sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak.

“Malah, idea untuk membuat pengubahsuaian kantin ini kerana murid sekolah ini ramai dan ia memberi semangat untuk jadikan kantin lebih baik. Saya juga tidak pentingkan keuntungan berlebihan kerana bagi saya kepuasan guru dan murid lagi penting,” katanya yang telah berjaya menjadi Johan Kantin Terbaik Kebangsaan pada tahun 2019.

Berkenaan dengan harga makanan pun, Mohd Fahmi tidak nafikan turut menerima komen yang mengatakan deko kantin dan harga begini kerana sekolah bandar dan murid-murid pun dari kalangan orang berada.

Jangan buat perbandingan. Baik sekolah bandar atau kampung, boleh saja buat cara ini. Nak seribu daya. Jangan anggap kantin yang kita usahakan itu hanya sekadar untuk cukup makan dan pendapatan yang biasa-biasa saja,” katanya yang mahu ubah dari biasa kepada luar biasa.

Sumber: mingguan wanita


ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai

ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya

BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club