Kongsi Rasa Kehilangan, Kata Nora Kita Isteri Yang Sering Alpa… “Bayangkan Suami Mengadap Ilahi, Sedih Kan Tapi Kena Redha.” Sebaknya!

Share

Hargai selagi ada, jika dah tiada menangis air mata darah sekali pun tiada ertinya. . Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan.

Penyanyi Nora Ariffin dalam perkongsiannya dilaman instagram  telah memberi  nasihat kepada wanita yang bergelar isteri yang masih mempunyai suami terutamanya  supaya menjaga pasangan mereka sebaik mungkin.

Menurut Nora, perkara yang selalu para isteri lupa adalah untuk meminta maaf kepada pasangan mereka.

Isteri kepada komposer arwah Johan Nawawi bagaimana pun berkata, beliau sangat bersyukur kerana arwah  suaminya telah memaafkannya di dalam pelukan terakhir sebelum pergi buat selamanya.

“Reminder untuk yang masih ada suami. Jagalah suami sebaik mungkin.

“Kita isteri yang sering alpa….. Alhamdulillah pelukkan terakhir arwah suamiku memaafkan aku dunia dan akhirat…Terima kasih Allah……Terima kasih sayang,” tulisnya.

Selain itu, Nora turut  berkongsi tulisan daripada seorang penulis berjudul Syurga Seorang Isteri.

“Dugaan paling besar adalah bersabar. Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita – makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami – sengaja atau tidak sengaja.

Menurut buku itu lagi, menjadii seorang isteri, kena selalu minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan, terkasar bahasa, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.

“Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

“Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

 

“Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

“Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

Tambahnya lagi, hanya yang pernah melalui pengalaman tersebut yang boleh memahami perasaan keperitan kehilangan yang tersayang.

Sumber: IG itsnoraariffin