Kongsi kejayaan di pentas konvokesyen, bapa genggam PhD, anak peroleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Seorang bapa mencipta mencipta legasi keluarga cemerlang bersama anaknya apabila beliau berjaya menamatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
Kongsi Kejayaan Di Pentas Konvokesyen
Jika si bapa berjaya mendapat PhD, si anak pula berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama pada Majlis Konvokesyen Univerisiti Malaysia Sabah (UMS) ke-26 yang berlangsung baru-baru ini.
Dr. Azmi Abd Majid yang berusia 52 merupakan graduan PhD dalam bidang perbankan dan kewangan di bawah Fakulti Perniagaan Ekonomi Dan Perakaunan (FPEP), manakala anaknya Aleeya Batrisyia 22, merupakan graduan Fakulti Psikologi dan Pendidikan dengan PNGK 3.83.
Bapa Genggam PhD, Anak Peroleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama
Azmi ketika berkongsi kejayaan mendapatkan PhD berkata, beliau mula menjadikan gelaran PhD sebagai cita-cita peribadi setelah mula beralih ke bidang akademik sebagai pensyarah pada tahun 2016 setelah berkhidmat selama 19 tahun dalam industri kewangan dan perbankan sebelum itu.
“Saya percaya dengan memiliki PhD dapat meningkatkan keyakinan yang lebih sebenarnya dan juga memberi ruang untuk menerapkan pengalaman dalam konteks keilmuan yang lebih luas.
“Saya menekankan kepentingan keseimbangan terhadap tanggungjawab akademik dan keluarga.
“Apabila anak-anak sudah dewasa, saya dapat menfokuskan kepada penyelesaian tesis sepenuhnya walaupun umur meningkat naik.
“Ramai orang kata bila tua, kita perlu berehat, tetapi bagi saya, ia bergantung kepada motivasi, yang penting, mahu atau tidak mahu habiskan,” katanya.
Sebagai seorang ayah, Azmi sering berkongsi kata-kata motivasi di Facebook agar anak-anaknya dapat melihat dan mengambil inspirasi daripadanya, selain turut menasihati mereka supaya tidak menghadkan impian dan sentiasa bercita-cita tinggi, serta abaikan pandangan negatif orang lain dan terus fokus kepada matlamat yang ingin dicapai.
Nasihat tersebut turut mempengaruhi Aleeya Batrisyia, yang menyifatkan kejayaannya sebagai hadiah untuk ibu bapanya.
Ads
“Saya gembira dapat habiskan pengajian bersama ayah dan bangga dapat hadiahkan ijazah kelas pertama pada mereka.
“Nasihat ayah saya ‘belajar sebanyak mungkin’ menjadi motivasi cemerlang dalam akademik sekali gus dapat memberikan keseriusan dalam akademik,” katanya. Aleeya turut merancang mengikuti jejak ayahnya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
“Saya merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang yang sama tetapi lebih spesifik iaitu terapi berbual.
“Minat saya lebih kepada bidang terapi dan saya ingin mendalaminya dengan lebih mendalam,” ujarnya lagi.
Kisah inspirasi Dr. Azmi dan Aleeya Batrisyia menjadi bukti bahawa sokongan keluarga memainkan peranan masing-masing dan dedikasi tersebut mampu menjadikan impian satu kenyataan dan membina generasi keluarga ke arah kecemerlangan.
Sumber: Facebook Universiti Malaysia Sabah (Muhammad Fakhrul Hakim Nasrudin, pelajar program Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UMS )
Cabaran hidup suami isteri di akhir zaman ini diakui memang hebat dalam pelbagai aspek. Namun mendepani cabaran hidup hanya hanya akan dapat ditangani bila ada iman yang teguh di dalam dada setiap pasangan suami isteri.
Ini sebagaimana yang cuba dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin dan sebaiknya dijadikan renungan untuk semua.
Kita ni suami isteri akhir zaman…
Bila disebut suami isteri akhir zaman, maka rumahtangga kita ni akan diuji dengan sehebat-sehebat ujian…
Kenapa diuji?
Atas asbab keimanan yang ada dalam diri kita dan pasangan…
Berapa ramai yang mendirikan rumahtangga dengan pasangan yang tak solat? Ramai…
Berapa ramai yang mendirikan rumahtangga dengan pasangan yang tak puasa? Ramai…
Berapa ramai yang mendirikan rumahtangga tapi tak dapat nafkah yang secukupnya? Ramai…
Berapa ramai yang mendirikan rumahtangga tapi membiarkan isteri keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna? Ramai…
Berapa ramai yang mendirikan rumahtangga tapi curang dan selingkuh dibelakang pasangannya? Ramai…
Berapa ramai yang mendirikan rumahtangga tapi masih tidak melaksanakan kewajipan dan tanggungjawabnya? Ramai…
Sebab tu kita ni suami isteri akhir zaman…sebab pengetahuan agama kita tu kurang dan cetek…suami gagal mendidik isteri dan isteri tidak mampu lagi bertahan dengan suami…
Tanya diri kita sendiri, tahap mana keimanan kita? Banyak? Sederhana? Sedikit?
Iman yang kuat akan menjadikan sesebuah rumahtangga itu bahagia kerana dia tahu apa yang dia perlu buat sebagai seorang suami dan juga sebagai seorang isteri…pengetahuan dalam ilmu agama yang akan menjadikan kita seorang suami yang soleh dan seorang isteri yang solehah…
Iman akan membezakan baik buruk setiap tindakan dan perbuatan…iman akan menjadi benteng yang menghalang diri kita dari buat dosa…
Rumahtangga kita akan sentiasa berada di landasan yang tepat untuk mencari redha Allah s.w.t selagi kita beriman kepada-Nya…
Pokok pangkalnya = keimanan terhadap Allah s.w.t..
Bonding time…Bijaknya ayah ini main peranan ajak anak bersama buat aktiviti. Waktu PKP inilah ada masa untuk bersama dengan ahli keluarga.
Lepas main nanti sama-sama cuci kereta tu, main air pula, memang sesuai sangat aktiviti ni dengan anak-anak kan.
Cukup happening dan buat anak-anak gembira dan tidak rasa terkurung di dalam rumah. Lagipun kereta boleh cuci, momen dengan anak-anak itu akan menjadi ingatan dan di simpan untuk dikenang kelak.
Aktiviti si ayah ini memang lain dari yang lain. Bijak Daus IpinSenah’son menerusi page Anak Sepahkan Apa Hari Ini? mengambil hati anak-anak yang bosan terkurung di rumah. Dia mengajak anak-anaknya bermain warna sambil cop tangan pada kereta. Nampak menyeronokkan terutama anak-anaknya.
Aktivti pkp.. nak kuar rumah tak boleh… Sel2 otak berhubung… Harta dunia dan harta akhirat..
“Yang Sedikit Bila Dikongsi, Lebih Membahagiakan..”-Deep Perkongsian Cikgu Fadli Dalam Didik Anak!
Siang malam kita mencari rezeki untuk keluarga dengan harapan anak-anak dapat hidup dalam kecukupan. Kita tidak mahu melihat anak-anak hidup dalam kesusahan, begitulah naluri ibu ayah dalam membesarkan anak-anak. Serba serbi mahu yang terbaik untuk anak-anak tersayang.
Pun begitu, sebagai ibu bapa tidak dinafikan kita turut berasa bimbang tentang perlakuan anak apabila mereka dewasa kelak. Adakah mereka akan menjadi insan yang baik? Bagaimana pula dengan tahap kasih sayang mereka adik beradik?
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Pelbagai soalan bermain dalam fikiran, tetapi seperkara yang nyata ialah tingkah laku anak kita sebenarnya bergantung kepada cara dia dibesarkan.
Berkongsi berkenaan hal itu, Cikgu Mohd Fadli Salleh berkongsi kisahnya bagaimana dia membesarkan anak-anaknya dengan tidak berlebih-lebih dari pelbagai segi.
“Terlampau senang dan selesa hanya menjadikan mereka manja.”
Anak-anak dulu demand, kalau makan aiskrim ke, Starbucks ke, nak sorang satu. Kalau nak ke mana-mana nak naik kereta besar.
Selesa duduk satu seat seorang. Makan pun mewah satu sorang tak payah kongsi.
Tapi aku tak ajar gitu. Kalau beli air ke, aiskrim ke, satu tu kena kongsi dua orang. Kadang kongsi tiga. Biar berebut makan sampai bergaduh tak apa, asal kongsi.
Sama juga nak ke mana-mana, kalau berdekatan, jarak kurang sejam, memang naik Kelisa je lah. Biar berhimpit, biar sampai beriba. Biar sampai gaduh menjerit semua.
Biar. Biar. Biar.
Kerana yang sedikit bila dikongsi lebih membahagia. Yang sempit bila terhimpit makin gembira.
Terlampau senang dan selesa hanya menjadikan mereka manja.
Kena rasa sedikit susah untuk dikenang di hari muka. Agar ada kenangan berebut airkrim, agar ada memori menangis bertolak dalam kereta kecil.
Ingatlah anak-anak. Kita cuma hamba yang menumpang di bumiNya.
Siapa pun kalian di suatu masa, jangan sesekali angkuh dan bongkak mendabik dada.
Kerana bumi di bawah ini bukan ibumu yang hamparkan.
Dan langit di atas itu bukan ayahmu yang tongkatkan.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.