Keibubapaan

Kongsi Cita-Cita Jadi Ustazah, Aafiyah Mampu Hafal Banyak Surah!

Share

Si comel kesayangan penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah rupanya mahu menjadi seorang ustazah apabila besar nanti.

Hal itu dikongsikan Aafiyah ketika diajukan soalan oleh Pendakwah bebas, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa.

Menurut Aafiyah, beliau ingin menjadi seorang ustazah apabila dewasa kelak.

Jawapan tersebut mendapat reaksi Ustazah Norhafizah yang kemudian membalas dengan mendoakan anak sulung itu berjaya menjadi seorang Hafizah suatu hari nanti.

Ustazah Norhafizah yang disegani ramai ini juga turut memuji Aafiyah meskipun baru berusia 6 tahun, tetapi mampu menghafal beberapa surah dan hadis.

Sebelum itu, kelihatan ustazah dalam sebuah video yang dikongsikan di laman TikTok itu pada awalnya mendoakan Aafiyah menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia serta akhirat.

“Ustazah nak doakan untuk Aafiyah, semoga cemerlang dunia akhirat.

“Ya ALLAH, kurniakanlah kepetahan berkata-kata, akhlak yang cantik dan ingatan yang kuat.

“Semoga juga, Aafiyah menjadi wanita yang solehah, anak yang solehah. Aamiin,” ungkap ustazah lagi.

Semoga Aafiyah terus menjadi anak yang sihat, bijak dan ceria.