Perubahan pelakon, Datin Almy Nadia yang berhijab sepenuhnya sememangnya menjadi perhatian orang ramai. Katanya, kalau diikutkan sudah lama dia berhasrat untuk mengenakan tudung tetapi hatinya berbelah bahagi kerana khuatir jika sudah berhijab, suaminya berpaling kepada wanita lain.
Namun, selepas berbincang dengan suami yang juga pelakon, Datuk Fizz Fairuz, dia nekad berhijab kerana Allah SWT pada Jun tahun lalu.
“Saya mula berubah secara perlahan-lahan bermula dari segi pakaian.
“Selain memakai baju yang longgar, saya juga mula memakai selendang untuk menutup rambut ketika di luar rumah.
“Saya juga mula berhijab sepenuhnya ketika mengambil anak di sekolah yang berhampiran Masjid Wilayah dan seterusnya ketika terbabit dalam program Majalah Keluarga di Legoland pada tahun lalu,” katanya memetik laporan dari Harian Metro.
Mengenai penerimaan suaminya pula, kata Almy, Fizz tidak menghalang hasratnya untuk berhijab itu.
“Fizz cuma bertanya adakah saya benar-benar sudah bersedia berhijab dan dia juga meminta saya betulkan niat berhijrah kerana Allah dan bukan paksaan darinya atau ahli keluarga.
“Ahli keluarga saya dan mentua semuanya berhijab dan mereka juga sangat menyokong penghijrahan ini.
Ads
“Terus terang saya juga sudah puas bergaya dengan pelbagai fesyen baju dan rambut ketika zaman anak dara dan bentuk badan langsing dulu dan kini sampai masanya untuk saya berhijrah menjadi isteri, ibu dan hamba Allah yang lebih baik,” katanya.
Berkongsi aktivitinya pada bulan Ramadan, kata Almy, masanya banyak dihabiskan untuk menguruskan empat anaknya yang masih kecil di rumah.
“Saya sibuk menguruskan anak-anak di rumah kerana anak yang bongsu, Nur Afrina Aishah masih menyusu badan.
“Saya juga mewajibkan dua anak, Nur Afrina Ariana, 8 dan Nur Afrina Aurora, 7 untuk berpuasa penuh.
“Cuma Nur Afrina Ayra, 5, yang belajar berpuasa pada Sabtu dan Ahad kerana dia belajar di sekolah cina,” katanya.
Ads
Pada masa sama, kata Almy, dia juga bagi hadiah untuk menggalakkan anak-anaknya berpuasa penuh, contohnya hadiah mainan pada Ramadan tahun lalu.
“Sebelum ini kami bawa anak-anak menunaikan solat Tarawih berjemaah di masjid, tetapi bila ada anak kecil yang masih menyusu badan, kami hanya buat ibadah di rumah,” katanya.
Sementara itu, kata Almy, Fizz juga memperlahankan aktiviti seninya pada bulan Ramadan kerana mahu menjalani ibadah puasa bersama anak-anak.
“Saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang ‘family man’ seperti Fizz. Dia lebih suka berbuka dan bersahur dari air tangan isterinya di rumah.
Ads
“Saya juga akan memasak juadah berbuka mengikut permintaan suami dan anak-anak,” katanya.
Almy berkahwin dengan Fizz pada 26 April 2014.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Ariana, 8, Nur Afrina Aurora 7, Nur Afrina Ayra, 5, Nur Afrina Aishah, satu tahun empat bulan dan anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 14.
Masalah tikus, lipas dan semut memang berlaku di setiap rumah. Biarpun pelbagai cara dilakukan namun kesannya hanya seketika. Kemudian makhluk perosak ini akan kembali lagi. Memetik laman Unicity, berikut adalah petua yang menggunakan bahan yang cukup mudah bagi mengusir tikus, lipas dan semut.
Ibu-ibu patut cuba mana tahu berkesan di rumah anda.
Caranya:
• Keringkan kulit telur. Kemudian, gilingkan untuk menghancurkannya menjadi serbuk. Taburkan serbuk kulit telur itu segera pada kawasan yang hendak dibasmi.
• Serbuk kulit telur boleh mengusir dan membunuh beberapa jenis haiwan perosak, seperti siput, siput babi, kutu, kumbang, tikus, lipas dan semut.
• Bila haiwan perosak terkena serbuk kulit telur, haiwan tersebut akan terus menggeliat, bergerak untuk beberapa ketika, berputar dan akhirnya mati.
Basmi haiwan perosak pada tanaman.
• Taburkan serbuk kulit telur pada daun tanaman anda yang sudah rosak diserang. Ini juga adalah satu kaedah menggunakan kulit telur untuk pengendalian haiwan perosak. Haiwan perosak akan menjauh daun tersebut serta membunuh perosak yang lain yang melekat di atas daun.
• Di luar, taburkan juga serbuk kulit telur di sekitar permukaan tanah tanaman anda. Jika berlaku hujan, taburkan lagi serbuk tersebut untuk mengusir haiwan perosak menjauhi tanaman anda.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sejak anak-anak mengikuti pembelajaran secara dalam talian, komputer riba atau telefon pintar ibu dan ayah menjadi rebutan. Bagi yang memiliki peranti sendiri tentu tiada masalah tetapi bagi yang perlu berkongsi dengan ibu bapa sudah tentu ia mengganggu kelancaran pembelajaran.
Bukan itu sahaja, kadangkala waktu sedang belajar bateri pula tiba-tiba habis gara-gara tak sempat nak cas sebab waktu kelas sudah pun bermula. Maklumlah ibu baru lepas tonton video drama Korea kegemarannya.
Itu belum lagi bab perlu bawa powerbank yang berat macam batu sebagai alat pengecas telefon pintar jika kehabisan bateri di luar rumah. Memang tak sanggup nak pikul ke sana ke mari kan.
Kini telefon pintar bukan lagi satu barang mewah tetapi sudah menjadi barang penting yang digunakan oleh semua peringkat usia. Jika anda tercari-cari telefon pintar yang boleh memudahkan hidup serta mempunyai ciri-ciri hebat, HUAWEI ada jawapannya.
Mesti Ada Satu Untukmu
Peranti terbaharu HUAWEI Y7a sangat mengagumkan dan mesti dimiliki. Kenapa anda perlu memilikinya? Berikut adalah 5 sebab kenapa ibu dan ayah mesti beli telefon pintar terbaharu HUAWEI Y7a.
1.Satu-satunya telefon pintar yang ada ciri SuperCharge 22.5W. Ia boleh dicas selaju 10 minit dan boleh tengok video selama 2 jam! Kalau dicas 30 minit dah boleh dapat bateri 44% dan hanya perlukan masa 2 jam sahaja untuk dicas penuh.
2.Kapasiti bateri besar 5,000mAh. Bila dah cas penuh, 16 jam boleh tengok video dalam talian dan 12 jam melayari internet.
3.Memiliki 48MP Kamera Al Quad di mana SuperSpectrum Sensor bekerja bersama AI algoritma pintar dan mampu merakam foto keindahan setiap momen walaupun di bawah sinar lampu yang malap.
4.Paparan skrin besar bersaiz 6.67 inci FULLHD+ dan nisbah skrin-ke-badan 90.3% yang luar biasa. HUAWEI Y7a memberikan pemandangan yang besar dalam perincian yang jelas. Kamera depan di tengah turut memberikan pengalaman optimum kepada pengguna dengan minimum gangguan.
5.Penstoran besar sehingga 128GB membolehkan anda menyimpan semua video, foto dan permainan video kegemaran anda.
Kalau anda semua nak menang hadiah HUAWEI 7Ya yang bernilai RM799, hanya perlu jawab soalan mudah dan hantar. Mana tahu anda bertuah sebagai pemenang sebuah telefon pintar HUAWEI 7Ya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Umum mengetahui, Datin Dr Halina bakal melahirkan bayi kembar nya lebih awal dari tarikh jangkaan.
Dalam perkongsian terbaru, Isteri kepada angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Syukor, Datin Dr Halina Mohd Yunos selamat melahirkan anak kembar mereka pada jam 9.47 pagi, bayi lelaki dan 9.48 pagi, bayi perempuan hari ini melalui kaedah pembedahan di Sunway Medical Centre.
Dalam perkongsian Dr Sheikh Muszaphar sebelum ini, isterinya dinasihatkan untuk melahirkan zuriat tersebut minggu lalu tetapi berjaya bertahan sehingga cukup 35 minggu dengan menggunakan kaedah pembedahan.
Sebelum itu, beliau berkongsi sebuah video memaparkan Dr Halina sedang mengemas keperluan diri sebelum meninggalkan empat anaknya di rumah buat sementara waktu.
Pasangan ini memilih untuk menimang anak kembar mereka pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.
Kami memilih hari Jumaat 20.11.20 dengan harapan dapat menjadi baraqah untuk semua orang. Semoga Allah permudahkan segalanya. Doakan Dr Halina & anak kembar yang akan dilahirkan,” katanya.
Ia seperti dejavu berulang kembali. Perasaan gementar, gelisah dan gembira semuanya dirasai pada ketika ini. Terima kasih atas doa kalian,” ujarnya.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha serta kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.