Kongsi Cara Tahnik Anak, Ustaz Don Luah Syukur Timang Cahaya Mata Ke Empat, Tarikh Lahir Sama Anak Ketiga.

Share

Sudah tentu setiap ini ibu bapa gembiraan menyambut kelahiran cahaya mata, namun akan lebih berganda apabila tarikh kelahiran anak sama dengan anak sebelumnya.

Begitulah anugerah yang dilalui oleh pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal apabila anak keempatnya ditakdirkan lahir pada tarikh yang sama dengan anak ketiganya. Malah anak kepertama dan kedua juga tarikh berkongsi tarikh kelahiran yang sama.

eliau meluahkan rasa syukur kelahiran anak ke empatnya. Dalam pada itu turut berkongsi cara tahnik untuk anak sejurus dilahirkan. Ikuti perkongsian beliau.

Hari ni, Allah Taala telah bagi kat kami sekeluarga hadiah. Dalam banyak-banyak hat dok ada, Allah pilih nak bagi kat kami.

Syukur yamat La Ya Allah…
Apa dia ni? Hadiah apa ni? Dok tak duduk dok kata hadiah ni..
Ni kami nak habaq la. Pasai Allah Taala kata, “Adapun, mana-mana nikmat yang Allah bagi, khabarkanlah (sebagai tanda syukur)..”

Ya Allah, syukur yamat sebab hari ni kami sekeluarga menimang seorang cahaya mata lelaki. Iyaaaaa~ Sungguuuuhhh~

TARIKH KELAHIRAN YANG SAMA

Ni sampai la ni dok rasa percaya tak percaya ni sama banyak. Sungguh aiihh. 11/2/2021 pukui 3:25petang tat sat. Kira saya la ni ada 4 orang anak ‘jantan’.
Yang dok habaq kata syukur sangat ni pasai, Anak sulong dengan nombot 2 sama tarikh lahir.  18 Januari 2014 dan 18 Januari 2016.

Hat hari ni pi sama pulak dengan abang dia hat nombot 3. 11 Febuari 2019 abang no 3, 11 Febuari 2021 mai adik nombot 4. Allah.. Ya Rabb.

Saya dengan Isteri tau tahap kami lagu mana. Ibadah dengan main ni sama banyak. Jauh sekali nak sampai kata doa makbul. Habih tu, mcm mn boleh jadi lagu ni?

KEHEBATAN DOA 

Saya nak bgtau apa yang terbuku dalam benak hati ni.
1. Kehebatan Doa.
Kami bila jumpa saja sapa yg dan, kami minta tolong doa bagi dapat sama tarikh lahir dengan anak nombot 3. Iya la, tau la kan kita kan, kalau boleh nak la skali kan. Tapi dalam masa sama, kita pun paham, benda bukan senang. Tapi apa salahnya minta orang doa kan? Kan, betui dak??

Bila jadi lagu ni, perasan ada la yang tolong doa kat kami ni yang doa dia makbul. Ngam ngam lahir hari ni. Boleh jadi
– berkat doa Ibu Bapak n mertua.
– Berkat kawan-kawan
– Berkat doa orang yang dapat nikmat
– Berkat doa orang soleh
– Berkat doa orang yang dizalimi.
‎وَاللهُ أعْلَمْ بِالصَّواب
Kami jumpa sapa saja, kami minta tolong doa.

2. Allah Taala Maha Hebat.

Ya Allah, kami bersyukur jadi hambaMu. Kami tahu kami banyak dosa. Saya, isteri saya, keluarga saya, Ibu Bapak dan Mertua saya, kawan2 saya dan semua kami ni, kami tau kami banyak dosa. Dalam masa sama Ya Allah, kami jugak tau bahawa KAMU Ya Allah Maha Pengampun, Maha Mendengaq, Maha Kuasa dan Maha Bijaksana.

TURUT KONGSI CARA TAHNIK ANAK

Sayyidina Abu Musa al-Asy’ari menceritakan,
“Aku telah mendapat seorang anak lelaki, lalu aku membawanya kehadapan Nabi Muhammad ‎ﷺ. Baginda ‎ﷺ menamakannya dengan Ibrahim dan mentahnik (belah mulut) nya dengan sebiji kurma”.
HR Imam Muslim

Kawan2,
Berdasarkan hadis ni, Sunnah Bertahnik. Kaedah atau kaifiat saja berbeza.
Banyak kaedah tahnik ini. Maksudnya nak baca apa, nak mula mana dulu. Banyak dan semua betui إنْ شَآء الله. Apa yang saya buat ialah hasil dari perkongsian


1) Al-Marhun TG Dato Haron Din (saya tgk depan mata)

2) TG Ustaz Taufik Mat Husin
FB : https://www.facebook.com/taufik.husin.35
(Saya call minta pandangan. Ni masa belajaq dulu la. Lama dh)

3) Habib Ali Zainal Abidin
@habibalizaenalalhamid
(Saya tgk depan mata dan Habib siap ulang habaq lagi)

4) Ustaz Muhadir Hj Joll

Jadi, dalam video ni saya buat, kawan-kawan boleh buat jugak.

How To Tahnik Anak Sendiri

 

Step 1
Sediakan kurma (ajwah terbaik) dan air zamzam (dpt mcm dlm botoi eyemore tu syempoi. Tapi jangan silap p sumbat eyemore. Jahanam anak Bang)

Step 2
Istighfar (agar Allah ampun dosa kita (bapak), dan nnt nk doa, mudah Allah kabul)

Step 3
Mula dengan Al-Fatihah

Step 4
Ayat Kursi (boleh mula بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم atau teruih baca saja. Betui dua dua)

Step 5
-Selawat Syifa
-Selawat Kamilah (nnt dengaq dalam video na)

Step 6
-Qul huwaALLah
-Qul A’uzubirab bil falaq
-Qul A’uzubirab binnas

Step 7
Amik Kurma. Kunyah2 sampai lebik. Amik dengan jari. Kalau takut, pakai jari kelingking kecik sikit. Biasanya jari telunjuk. Masuk dalam mulut baby. Nnt tgk video mcm mn nk masukkan dlm mulut anak na. Kena ada skill. Hahahahha.

Step 8
Sambil jari dalam mulut, bacakan ayat 3 Surah Ali Imran

Step 9
Cabut jari. Suap air zamzam. Bacakan doa yg saya baca. Itu dr Arwah TG Dato Haron Din. Doa tu dalam video.

Step 10
Baca Doa. Bab ni boleh baca apa saja doa. Apa saja bahasa. Semua Allah faham. Yang penting, keikhlasan hati seorang Bapak mendoakan anaknya.
Doalah dengan penuh
– ikhlas
– tawadhuq
– berharap Allah dengaq n perkenankan
– sungguh-sungguh.

‎آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين

Semoga Allah menerima perkongsian ini sebagai ganjaran kita & kebajikan kita petang Jumaat ini.

Sumber: ddaniyaldbiyajid

ARTICLE LAIN

TrendingKanak-Kanak Darjah Tiga Viral Tulisan Cantik, Warganet Teruja, Ibu Ini Kongsi Tip. – KELUARGA

Viral halau tikus guna berus sabut: Wayar Penghawa Dingin Putus Dek Gigitan Tikus, Lelaki Ini Kongsi Petua Halau Guna Berus Sabut, Ini Caranya! – KELUARGA

Tanam kobis di rumahKobis Tanam Depan Rumah Aje, Lelaki Ini Ajar Cara Semai Hingga Tuai, Sesuai Untuk Newbies! – KELUARGA

Mesti bacaPatutlah Buat Kuih Kekadang Jadi, Kekadang Tak Jadi. Ini Jenis Tepung Beras Kena Tahu – KELUARGA

Tip Berbunga lebat: Lebatnya Ros Dah Macam Kebun Bunga! Wanita Ini Kongsi Cara Penjagaan Nak Kekal Berbunga Dan Subur.  – KELUARGA

Petua dapur:  Donut Asyik Keras Dan Tak Kembang, Cara Wanita Ini Confirm Jadi Gebu, Ini Resipinya. – KELUARGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

VIDEO:  APAKAH AMALAN ZIKIR AWET MUDA. MESTI TAHU.

VIDEO KAK LONG KONGSI-TAZKIRAH REZEKI MENCURAH UNTUK KELUARGA

VIDEO: MACARONI CHEESE PAPRIKA, SIAP 10 MINIT JE