
Tahniah diucapkan buat pelakon, Raja Ilya yang kini mengumumkan dirinya kini hamil anak kedua.
Menerusi perkongsian di Instagram, Raja Ilya memuat naik foto menunjukkan ‘baby bump’ dan imbasan ultrabunyi bayi keduanya.
“Dua kali ganda cinta, dua kali ganda kegembiraan. Lebih ramai, lebih meriah!
“Kami sangat gembira untuk umumkan. Dua kali cinta dan lampin kotor. Pusingan kedua,” tulisnya di Instagram.
Entri terbaru itu sudah semestinya dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan selebriti dan pengikutnya.
Untuk rekod, Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan jejaka Australia, Garrett pada Disember 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Talita Love yang kini berusia 3 tahun.
MESTI BACA: Suhu Cecah Lebih 37 Darjah Celcius, KPM Bersedia Tangguh Sesi Persekolahan
Tak Perlu Bersusah Payah, Menteri Pendidikan Gesa Kantin Sekolah Kekal Beroperasi Sepanjang Ramadan!
Anak Sulung Dapat Tiga Tawaran Sekolah Berprestij, Kebanggaan Dr Sheikh Muszaphar & Isteri!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Nikah 8 November Ini, Ina Naim Tak Mahu Heboh Tentang Majlis, Hormat Perasaan Mak, Ayah

Isi Kandungan
ToggleNikah 8 November Ini, Ina Naim Tak Mahu Heboh Tentang Majlis, Hormat Perasaan Mak, Ayah. Kisah perkahwinan kali kedua Ina hangat diperkatakan ramai namun dinafikan oleh ibu tunggal empat cahaya mata itu.
Nikah 8 November Ini
Terbaru, memetik Harian Metro, Ina Naim, 40, mengesahkan bakal bernikah dengan duda anak dua berusia 41 tahun pada 8 November ini.
Ina yang juga balu penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad menjelaskan tidak berniat merahsiakan berita pernikahan dan majlis dianjurkan secara kecil-kecilan membabitkan keluarga terdekat.
Ina Naim Tak Mahu Heboh Tentang Majlis, Hormat Perasaan Mak, Ayah
“Saya memilih tidak menghebohkan majlis ini bagi menghormati perasaan emak dan abah.
“MAJLIS KAMI HANYA DIBUAT KECIL-KECILAN. JADI, MAKANAN SANGAT TERHAD. BUKAN KEDEKUT TETAPI INI ADALAH PERKAHWINAN KEDUA SAYA.
“Jadi, saya tidak merancang buat secara besar-besaran dan sekiranya makanan tidak cukup, bimbang boleh timbulkan fitnah pula.
“Nanti kasihan pula emak dan abah jadi bualan orang,” katanya kepada BH Online.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Ina didakwa bakal bernikah dengan lelaki pilihan yang dikenali sebagai Mohd K, pada 8 November depan.
Kisah perkahwinan kali kedua Ina itu hangat diperkatakan ramai dalam media sosial sejak beberapa minggu lalu, namun, dinafikan oleh ibu tunggal empat cahaya mata itu.
Berkongsi mengenai bakal suaminya, Ina berkata, jejaka itu adalah peminat Allahyarham suaminya.
Ina mendakwa mula mengenali lelaki itu selepas Aidilfitri lalu.
“BAKAL SUAMI BERUSIA 41 TAHUN DAN BETUL DIA DUDA ANAK DUA. DIA SUDAH LAMA MENGIDOLAKAN KELUARGA KAMI DAN CARA ARWAH SUHAIMI MENGAJAR ANAK-ANAK.
“Dia memulakan langkah dengan menghantar mesej melalui WhatsApp kepada saya. Pada mulanya, saya tidak layan, tetapi selepas dia tidak berputus asa mencuba, akhirnya saya sambut salam perkenalan.
“Bakal suami adalah bekas tenaga pengajar di Giat Mara. Niatnya berkahwin dengan saya kerana mahu mengumpul pahala menjaga anak yatim dan membela nasib ibu tunggal,” katanya.
Ditanya penerimaan anak-anak , kata Ina, anak-anak faham dan terima kehadiran bakal bapa tiri dengan terbuka.
“Alhamdulillah, mereka terima. Saya jelaskan kepada anak-anak kenapa saya perlu berkahwin semula.
“Saya nampak bakal suami pun ikhlas menyayangi anak-anak saya. Dia juga mahu menjadi seperti arwah suami, hendak mengajar anak-anak kerana bakal suami memiliki latar belakang dalam bidang kejuruteraan,” katanya.
Ina berkata, selain anak-anak, dia meminta pandangan ibu bapa serta adik-beradik Allahyarham suaminya mengenai keputusan untuk berkahwin.
“Mereka tak menghalang. Adik-beradik arwah beri galakan kerana mereka tahu bukan mudah untuk saya membesarkan anak seorang diri.
“Sekurang-kurangnya adalah seseorang yang dapat bantu saya membimbing anak-anak,” katanya.
Ina atau nama sebenarnya, Nordiana Md Naim berkahwin dengan Allahyarham Suhaimi atau Mohd Suhaimi Saad, 43, pada 12 Ogos 2007.
Namun, Allahyarham Suhaimi meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun, Ina dan arwah suami dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Sumber: Harian Metro
Baca artikel lain juga: Ina Naim Buka Kedai Dobi, Tunai Hasrat Arwah Suami
Tak Habis Ayat Lagi! Suhaimi Saad Minta Izin Kahwin Lagi, Ina Naim Beli Mesin Basuh Dulu
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
“Arwah Nak Beli Buat Peneman Isteri Tapi Tak Kesampaian.” Kucing Datang Teman Anak Abam Tidur. Sayunya!

Isi Kandungan
ToggleMemasuki hari kelima pemergian Syed Umar Mokhtar atau lebih mesra dengan panggilan Abam Bocey, namun dirinya masih menjadi perbualan.
Setiap masa ada sahaja insan yang mengenalinya berkongsi kisah mengenai peribadi arwah di media sosial.
Terbaru, seorang kenalannya memuat naik sekeping gambar anak allahyarham Abam dalam keadaan tidur disamping sebelahnya ada seekor kucing.
Menerusi perkongsian tersebut, rakannya memberitahu arwah sebelum ini bergasrat ingin membeli seekor kucing bagi menemani isterinya di rumah. Namun hajat tersebut tidak kesampaian.
Usai pemergian arwah, datang seekor kucing yang didakwa tidak tahu dari mana telah memasuki rumah keluarga allahyarham dan terus tidur disisi Hamzah.
Menurut sahabat Abam yang dikenali sebagai Syuk Kicuk itu, kucing tersebut datang selepas pemergian Abam dan sehingga ke hari ini masih berada di rumahnya.
Allahu..sayu hati bila tengok hamzah tidur.. sebelum arwah @abam_bocik , meninggal dunia, arwah nak beli seekor kucing untuk dijadikan peneman buat @mrs_abam tetapi tak kesampaian.. bila hari kematian arwah, tak tahu dari mana dtgnya kucing ini yg telah masuk ke rumah arwah, sehingga hari ni menjadi peneman tidur utk Hamzah..
#KitaBaikRamaiSayang
#BiarOrangBuatKitaJanganKitaBuatOrang
#AllahUjiSebabAllahSayang
#syeduthmanhamzahaljuffrey
View this post on InstagramA post shared by Mohd Syukri 'Kicuk' Abdullah (@syukkicuk) on
Rata-rata menyifatkan kedatangan kucing tersebut adalah sebagai peneman buat anak kecil itu.
rosnizabakar Ya Allah lindungilah ank ini.. bahagiaknlah ank ini supaya membesar mjadi ank yg baik soleh sprt arwah ayahandanya.. acik syg awk.. acik xde ank lelaki huhu
yayakelana6 Allah hantar peneman kepada hamzah… Moga membesar dengan sihat baby hamzah
hafiz.shahirah.ammar Assalamualaikum hamzah..semoga membesar dgn sihat dan bijak pandai ya nak, jadi anak yg soleh. Jaga ibu, sayang ibu. Contohi ayahmu. Ayah hamzah org yg hebat. Kita baik ramai sayang.. ❤️❤️❤️
diyana_kitchen 😭😭sedey nyaaa.Allah hantar kucing tu untuk peneman Hamzah
intan.deana.9 allah.sdih je bile tgok bby hamzah air mate msti nk kuar…ank yg baek.tlong jage bby hamzah baek2 iye..syg die
buadakpetalin Sebiji macam arwah abam,semoga menjadi anak yang soleh
Sumber: syukkicuk
“Tanam Jenazah Mak Secepat Mungkin.” Anak Ralat & Terkilan Baru Terjumpa Nota, Kelengkapan Urus Jenazah Mak

“Pohon tanam jenazah mak secepat mungkin. Tidak perlu tunggu sesiapa.”
Itu nota pesanan terakhir yang ditinggalkan pesara polis, Allahyarhamah Muhyizan Muhyi kepada tiga anaknya sebelum meninggal dunia akibat barah usus pada 6 Mei bersamaan dengan 5 Syawal lalu.
Namun apa yang menyedihkan, nota itu baru ditemui tiga anaknya selepas arwah selamat dikebumikan.
Menurut Nor Azuana, 36 nota itu ditemui oleh adiknya, Nur Asyikin, 34, dalam almari baju ketika mereka bersama-sama mengemas bilik tidur arwah ibunya dengan adik bongsu, Muhammad Aizuddin, 30.
Kisah tersebut tular dan mendapat perhatian ramai selepas Nor Azuana, berkongsi menerusi Facebooknya.
Menurut Nor Azuana, nota itu ditemui bersama bungkusan berisi tudung berwarna putih, kain batik panjang, kain batik lapik, plastik lapik tilam dan telekung.
“Emak memang ada beritahu mengenai kelengkapan pengurusan jenazah disediakannya, seingat saya pada awal tahun ini namun saya dan adik-beradik tidak ambil pusing sangat kerana enggan berfikir ke arah itu.
“Lagipun, emak sihat ketika itu dan tak sangka pula ia petanda arwah akan meninggalkan kami.
“Saya menangis selepas membaca nota itu malah rasa ralat dan terkilan kerana tidak dapat gunakan kelengkapan itu bagi menguruskan jenazah emak.
“Saya bagaimanapun tetap lega kerana urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Kampung Temoh Stesen, Temoh, Perak iaitu kampung halaman emak berjalan lancar,” katanya menerusi perkongsian bersama Harian Metro.
Tambah Nor Azuana yang bekerja sebagai jururawat, ibunya disahkan menghidap barah usus tahap empat pada 27 Februari lalu iaitu dua hari selepas tiba di rumahnya di Taman Rambai Idaman, Bukit Rambai, Melaka.
“Emak menetap di Taman Murni, Gurun, Kedah bersama abah (Masshar Ahmad, 62) manakala kami tiga beradik tinggal berasingan dengan keluarga masing-masing.
“Pada 25 Februari lalu, emak datang ke rumah saya untuk membantu menjaga anak saya selepas pengasuh anak positif Covid-19.
“Emak sihat pada mulanya sebelum mengadu sakit perut dua hari kemudian dan sebaik dibawa ke hospital, doktor mengesahkan emak menghidap barah usus tahap empat. Lapan hari juga emak tidak sedarkan diri di hospital sebelum dibenarkan pulang pada 14 Mac.
“Sejak itu, emak tinggal terus di rumah saya dan sempat juga saya menjaganya termasuk bantu tukarkan beg stoma serta lampin pakai buang selepas pulang kerja,” katanya.
Selain itu, menurut Nor Azuana, selain meninggalkan kiriman nota, ibunya juga ada menunjukkan petanda lain sebelum meninggal dunia.
“Paling tak dapat lupa, emak beritahu keinginannya untuk raya betul-betul tahun ini kerana dia dapat rasakan ini (raya) yang terakhir namun satu juadah raya pun dia tidak jamah.
“Allah lebih sayangkan emak dan saya bersyukur kerana ada di sisinya sebelum menghembuskan nafas terakhir walaupun berasa emak pergi terlalu cepat dan belum puas menjaganya.

“Abah juga masih sedih dan tidak boleh bersendiri kerana ke mana saja pergi, emak yang akan temankannya. Kini, kami adik beradik bergilir-gilir menjaganya,” katanya.
Dalam pada itu, Nor Azuana mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan ibunya selepas dia berkongsi kisah berkenaan di FB.
“Niat saya berkongsi kisah itu sekadar untuk meluahkan perasaan. Diharap perkongsian itu jadi peringatan buat kita semua untuk bersedia ke alam sana kerana mati itu pasti,” katanya.
Sumber: Harian Metro
ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai
ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya
BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club