Kondisi Semakin Baik, Lesti Kejora Dikhabarkan Sudah Pulang Dari Rumah Sakit

Share

Baru-baru ini kecoh di sosial media tentang kemelut rumahtangga yang melanda pada selebriti popular Indonesia, Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar.

Lesti Kejora dikhabarkan sudah pulang dari Rumah Sakit Bunda Jakarta setelah beberapa hari menjalani rawatan akibat kekerasan rumahtangga.

Perkara ini diakui oleh penyanyi, Saipul Jamil sendiri dari pihak rumah sakit ketika ingin melawatnya.

“Rencana hari senin ini (nengokin Lesti Kejora), karena kemarin aku ke Bandung. Ternyata Lesti udah pulang semalam,” kata Saipul Jamil pada Isnin.

Sebelum datang ke rumah sakit, Saipul Jamil sudah menghubungi Abi Ramzi dan ayah Lesti Kejora, tetapi tidak mendapat jawapan. Oleh kerana itu, bekas suami Dewi Perssik ini memilih untuk datang ke rumah sakit untuk menjenguk Lesti.

“Yaudahlah, yang penting kita sudah ada niat baik. Aku juga gambling main ke sini langsung, tanya sama pihak rumah sakit ternyata sudah pulang. Malam dia pulangnya, artinya kondisinya membaik,” jelasnya.

Belum pun sampai usia dua tahun perkahwinan, bahtera rumah tangga Lesti dan Billar ditimpa badai. Malah, bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam buat Lesti, tetapi turut terpalit pada bayinya sendiri.

Sebelum ini pasangan serasi Lesti dan Billar membuat keputusan untuk menggabungkan nama mereka untuk digunakan pada nama cahaya mata pertama mereka, iaitu Leslar Al Fatih Billar.

Namun, bagi mengelakkan si ibu terkesan dengan detik hitam yang menimpanya, seorang pakar holistik turut memberikan pandangannya tersendiri. Menurut Pakar Holistik itu, Ni Kadek Hellen Kristy Winatasari menyarankan agar Lesti menukar nama anaknya jika tidak mahu terus terkesan dengan situasi hebat itu.

Lebih-lebih lagi ditambah pula dengan Lesti yang membesarkan bayi sulung mereka, Muhammad Leslar Al Fatih Billar yang kini baru berusia 9 bulan.

Terdahulu, nama Baby Leslar diambil daripada nama ibu dan bapanya, Lesti dan Billar yang mana ia merupakan saranan daripada peminat keduanya.

Melihat apa yang berlaku hari ini, pakar berkenaan bimbang jika si kecil itu akan mengalami trauma ketika membesar dengan nama tersebut.

Bahkan menurutnya lagi, penggunaan suku kata akhir nama bapanya itu juga bakal berkemungkinan menjadi beban hebat buat Baby Leslar di masa hadapan kelak.

Lesti membuat laporan polis selepas dipukul oleh suaminya yang didakwa berlaku curang beberapa hari lalu. Lesti yang tercedera segera mendapatkan rawatan dan membuat laporan polis sebaik menerima nasihat daripada keluarganya.

Semoga ada jalan terbaik buat kedua-duanya dan apa yang lebih penting lagi adalah memberikan ruang dan persekitaran yang sihat dan positif untuk Baby Leslar untuk membesar dengan baik.

Sumber: Portal Suara.com