
Jangan buat main apabila berkaitan dengan pemakanan ubat untuk kesihatan diri. Jika salah makan boleh mudaratkan diri. Begitu juga dengan ibu ayah kita yang kebanyakknya pada usia emas mengalami sakit lutut.
Pastinya akan dibekalkan ubat atas nasihat doktor. Namun kadang kala, terlepas pandang boleh membahaykan nyawa.
Sebagaimana penjelasan Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai penggunaan ubat tahan sakit dan steroid yang digunakan untuk membantu melegakan rasa sakit lutut apabila ditanya oleh warganet di facebook beliau.
Kombinsi maut
Soalan: Assalamualaikum Doktor. Emak saya mengalami sakit lutut sejak dari dulu lagi. Umur dia sudah 71 tahun. Pil tu sesuaikah utk dia? Terima kasih.
Walaikumusalam. Kombinasi ubat tahan sakit NSAIDs (contoh indomethacin, mefanamic acid, diclofenac, brufen) dan steroid (seperti betamethasone, prednisolone) adalah kombinasi maut terutama bagi wargamas yang mengalami sakit lutut.
Kerosakan buah pinggang
Bila mereka mengambil dua ubat ini serentak, memang cepat rasa lega, tetapi boleh menyebabkan gastric ulcer dan pendarahan dalam perut. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan ginjal.
Bawa maut
Saya sudah lihat ramai wargamas yang muntah darah dan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan dan Wad Pembedahan depan sama kerana mengambilnya dalam masa yang lama.
Ramai juga yang mengalami kerosakan ginjal. Jadi berhati2 dgn kombo ubat tahan sakit NSAID dan steroid.
Sumber:Dr Zubaidi Hj Ahmad
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Jus Timun Sejukkan Badan & Boleh Amalkan Untuk Yang Nak Berdiet. Memang Berkesan!

Petua orang kampung memang diamalkan sejak turun temurun dikalangan keluarga kita. Bahkan hingga ke hari ini tetap dijadikan sebagai pilihan alternatif.
Ini sama halnya untuk membantu menurunkan berat badan dengan bahan alami; timun. Menariknya juga, bila amalkan minum jus timun ini juga dikatakan dapat menyejukkan badan.
Nak tahu apa lagi ramuan yang perlu dicampur untuk menjadikan jus ini bermaanfaat untuk diminum, ini dikongsikan resipinya.
Jus buah timun
Ada yang pm tanya petua untuk sejukkan badan lepas dia baca petua air rendam asam keping
Nah kongsi dan amalkan petua mudah ni.. Bukan saja dapat sejukkan badan tapi ada macam macam manfaat lain antaranya..
Mengawal suhu badan
Membuang toksin
Sumber vitamin
Kaya dengan mineral
Penghadaman
Turunkan berat badan
Anti kanser
Kawal diabetis
Kawal kolestrol
Kawal tekanan darah
Merembutkan rambut
Menyegarkan mulut
Masaalah gaot
Melegakan migrain dan mabuk
Kawal buah pinggang
Merawat kulit
Rawatan mata
Bahan-bahan:
1 batang timun
1 biji limau nipis atau 3 biji limau kasturi (diperah)
3 sudu kecil gula (tapi sebaik baiknya stevia atau madu lebah)
Beberapa hiris halia
Beberapa helai daun pudina
Cara cara membuatnya:
1. Basuh timun sehingga bersih.
2. Potong dan kisar semua (kulit.. biji) bersama air dan gula atau stevia atau madu sampai halus.Takyah tapis lagi baik
3.Bila siap boleh terus minum.
Selamat mencuba..
Jus ini juga bahan diet yang baik. Kalau sekali buat atau sekali minum mana maunyer.. Ater buat ler dalam seminggu baru ler komer rasa kesannyer.. Emmm idok ke kamer mikio..Sebiji pagi sebiji petang..
Sumber : Abi Chai Al Ajami
Ini Rupanya Disebalik Kisah Viral Baju Pengantin Hello Kitty.

Kisah pasangan ini cukup unik bila tampil dalam persalinan pengantin dengan Tema Hello Kitty. Jarang tema sedemikian menjadi pilihan bakal pengantin. Namun, disebabkan pasangan ini mahukan sesuatu yang ‘unik’ dan lain dari yang lain, membuatkan mereka memilih tema ini.
Lebih menarik lagi, tema tersebut menjadi pilihan sang suami yang memang sukakan sesuatu yang unik.
Selain tema yang lain dari yang lain, pasangan ini juga memilih tarikh yang cukup istimewa iaitu 18.8.2018 sebagai detik bersejarah disatukan sebagai suami isteri yang sah.
Menurut pengantin perempuan,Eira Zain Bridal tema Hello Kitty tiada sebarang masalah dalam memilih tema tersebut.
“Kami bernikah pada 18/8/18. Kalau diikutkan sebenarnya tak ada idea pun nak buat tema hello kitty ni tapi memandangkan suami ni agak suka benda-benda yang unik, kebetulan dia pun orang seni dan minat pada art itulah hasil dia.
” Tiada paksaan dari saya atau dia sendiri, sebaliknya kami sekadar suka-suka sahaja untuk dijadikan koleksi sebab baju ni bukan pakai masa sanding. sebaliknya kami pakai ketika mengambil gambar untuk sesi outdoor sahaja,” ulas Eira Zain ketika ditemu bual oleh wartawan Majalah Keluarga.
Eira Zain yang memakai baju dari rekaan suami dan dirinya sendiri memberitahu baju tersebut adalah dari butiknya sendiri.
“Tak susah pun nak dapat busana ini kerana saya dan suami yang design sendiri. Kebetulan saya memiliki butik pengantin sendiri selain menyediakan perkhidmatan andaman.
“Mungkin bagi orang lain ia sesuatu yang pelik tapi pada saya biasa je ,cuma suami yang memang minat bahagian seni. Jadi, baju tersebut adalah hasil perbincangan kami berdua. Jadi, kepada yang berminat untuk mendapatkan busana dengan tema begini boleh hubungi kami.
“Tidak susah untuk mendapatkan material dan kami hanya mengambil masa lebih kurang seminggu sahaja,”ujar Eira lagi yanglebih fokus kepada bahagian andaman manakala suaminya, Nur Mael membuat kabinet.
Sumber: Eira Zain Bridal (FB)
“Dia Boleh Dapat Anugerah Suami Paling Proaktif Dalam Labor Room Ni.” Doktor Ini Terharu Lihat suami Bantu isteri Bersalin.

Menantikan detik kelahiran cahaya mata pastinya momen yang dinantikan oleh setiap suami isgeri.
Tak sabar menantikan si kecil menjengah dunia. Waktu inilah sokongan suami sangat diperlukan dalam membantu isteri dalam proses kelahiran.
Bagi suami yang berpeluang masuk menemani isteri bersalin, inilah masanya untuk anda menyaksikan sendiri pengorbanan isteri melahirkan cahaya mata anda.
Perkongsian seorang doktor bernama Nur Hanisah akan gelaagat seorang suami yang patut dijadikan contoh oleh para suami lain.
ANUGERAH SUAMI CONTOH
Asyik bercerita tentang perangai mak-mak je dalam labour room kan. Apa kata sekali ni kita cerita pasal bapak pulak?
Kalau haritu ada cerita tentang doktor dan misi sebagai pasukan sorak ibu bersalin. Bila sebut pasal ayah ni, boleh kata mewakili coach agaknya.
Teringat satu kenangan menyambut kelahiran bayi pertama sepasang suami isteri.
Sang suami begitu proaktif sekali dalam membantu si isteri. Apa yang kami sebut, itulah yang dia ikut.
“Teran kuat, ayang! Panjang! Panjang!”
Terharu saya dibuatnya. Sungguh, suami seperti dia benar-benar membantu kerja doktor dan misi semua.
Bila isterinya tak teran kuat mana, dia ikut menegur kesalahan isteri pula.
“Eh, jangan bunyi gitu! Ketap gigi! Kuat lagi! Lagi!”
Tersenyum saya dibuatnya. Teruja dengan kesungguhannya.
Apabila doktor memanggil sang suami,
“Encik, cuba tengok sini kepala anak dah sampai mana. Suruh isteri encik teran kuat lagi.”
Maka, dia encourage lagi dengan bersungguh-sungguh.
“Sambung! Sambung!”
Hampir tergelak saya dibuatnya.
Semangat betul dia!

Di saat kepala bayi kelihatan sudah mula mahu keluar, dia membuka kaki luas bagi tujuan merendahkan badan. Memastikan bisikan benar-benar sampai ke telinga isteri. Macam nak bersilat dah gaya dia waktu ni!
“Ok sayang! Last shoot! Last shoot!”
Allahu! Masa ni memang saya tak boleh tahan nak tergelak! Dia ingat agaknya dalam perlawanan bola sepak?
Akhirnya, si bayi selamat lahir.
Apabila doktor mengangkat bayi sambil bertanya, “Puan, sebut anak lelaki ke perempuan?”
Sang suami terlebih dahulu memberi respon teruja. Dia menekup muka dengan mata terbeliak. Antara terharu dan gembira.
“Doktor, saya dah boleh keluar, kan?”
Saya sangka, pasti dia mahu sujud syukur atas kegembiraan dikurniakan anak pertama mereka.
“Aha. Dah boleh encik.”
“Ok, doktor. Asyik suruh isteri teran, saya sendiri pulak nak terberak.”
Haha! Masa ni memang dah terpecah gelak! Lawak!
Memanglah dia boleh dapat Anugerah Suami Paling Proaktif dalam labor room ni!
So, nak share sikit tips untuk para suami yang teman isteri bersalin.
1. Pastikan isteri ikut arahan doktor/misi.
Maksudnya kat sini, para suami kena peka! Dengar apa yang doktor/misi sebut. Ikut je ulang semula kepada isteri. Macam contoh suami dalam cerita tadi. Sampai doktor dan misi pun puji sebab dia telah membantu memudahkan urusan kami. Terbaik!
2. Jaga aurat isteri
Ini boleh dilakukan semampunya. Di ambang masa kemuncak isteri untuk mula bersalin, selalunya si isteri akan tak senang duduk melawan sakit kontraksi. Bergolek ke kanan. Bergolek ke kiri.
Tak kena cara, boleh terdedah aurat mereka. Begitu juga tentang tudung. Selagi tidak memudaratkan isteri, jagalah bab ini. Si isteri memang tak mampu nak jaga aurat sendiri dah waktu ni. Kesakitan menguasai diri. Maka, tolonglah ‘jaga’ mereka ya, para suami mithali.
3. Baca zikir ke telinga isteri
Terharu bila tengok ramai suami berbuat begini. Teruskan ya! Semoga isteri sentiasa dalam keadaan mengingati Tuhan Yang Esa. Dia jua yang Maha Memudahkan Segalanya.
4. Jaga solat isteri
Tolonglah para suami. Cakna hal yang satu ini. Ikut mazhab Syafie, selagi tak keluar bayi, selagi itu wajib solat. Maka perlu cakna waktu solat dan arah kiblat ya. Belajar juga cara ambil wudhu guna spray.
Boleh dalami lagi ilmu tentang ni daripada ustaz ustazah. Islam itu mudah. Tetapi bukan untuk diambil mudah.
5. Berterima kasih kepada isteri
Fuh! Sendiri tengok orang bersalin pun dah dapat rasa penat dia macam mana. Struggle tahap tinggi punya!
Para suami, ringankan mulut. Ucapkan terima kasih kepada isteri. Kucup dahi isteri tanda penuh menghargai. Ada saya tengok, suami lebih excited tengok bayi yang baru dilahirkan daripada isteri yang baru habis menang ‘berlawan’.
Memanglah si isteri dah tak kisah pun sebab lebih nak berasa lega daripada penat yang amat sangat. Tetapi alangkah sejuknya hati bila dapat lihat suami yang sudi layan isteri macam bidadari.
Oh ya! Apa salahnya berterima kasih juga kepada pasukan sorak (doktor dan misi) yang turut menyumbang jasa. Hormatilah mereka dengan tutur kata yang baik dan riak wajah yang manis. In syaa Allah, semua gembira!
Sekian sahaja.
Selamat menjadi seorang bapa yang penyayang kepada ibu dan anaknya!
.
.
Nur Hanisah
Yang Memerhati
.
P/s: Kongsikan tips ini kepada pasangan sendiri, adik-beradik, mahupun rakan-rakan yang bakal melalui perjalanan yang sama nanti!
Jemput Follow dan set See First Nur Hanisah supaya dapat selalu baca post santai dan bermanfaat tentang dunia #HospitalTarbiah