Koma Seumur Hidup! Wanita Terjatuh Dalam Tandas Di Mekah Telah Bawa Pulang Ke Malaysia

Share

Dalam keterujaan menjadi tetamu Allah dan menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah, seorang jemaah wanita yang hadir bersama keluarganya pada 20 Disember lalu telah bertukar menjadi tragedi apabila dia tergelincir dalam bilik air hotel sehingga mengakibatkan koma.

Jemaah yang bernama Fatin Amirah Rosli berumur 26 tahun ini dikhabarkan masih belum sedarkan diri dan dijangka akan terlantar seumur hidup. Apa yang lebih menyayat hati apabila wanita berkenaan sudah terlantar koma hampir sebulan di Mekah sebelum berjaya dibawa pulang ke tanah air.

Menurut kakaknya, Fatin Amalina, 29, adiknya itu kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Shah Alam, untuk pemantauan lanjut selepas tiba di Malaysia pada Sabtu lalu.

Tambahnya lagi, dia sekeluarga reda dengan ujian yang menimpa namun tetap mengharapkan ada keajaiban buat Fatin Amirah.

[TRENDING] “Dua-dua Princess Umi.” Ramai Puji Cara Isteri Fizo Omar Layan Maryam

[TIP MASAK] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan

“Keadaannya masih sama (koma). Tiada respons apabila kita bercakap. Hanya mata sahaja berkelip. Menurut prognosis doktor di Mekah dan Malaysia, Fatin Amirah akan terbaring sahaja sepanjang hayat.”

“Kami belum ada sebarang perancangan, segalanya bergantung kepada keputusan doktor. Apapun kami reda dengan ujian Allah beri ini dan mengharapkan yang terbaik untuk Fatin Amirah.”

Di samping itu, kakak kepada wanita berkenaan turut mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan dan sumbangan orang ramai dalam misi membawa pulang adiknya itu. Difahamkan, adiknya dan bapa mereka, Rosli Nawi, 56, pulang ke tanah air dengan penerbangan khas dari Jeddah ke Subang, selepas mendapat kebenaran doktor di King Abdullah Medical City.

“Alhamdulillah, mereka selamat tiba Malaysia dengan hasil sumbangan rakyat Malaysia yang berjaya dikutip dalam tempoh 24 jam. Kami berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan dan menghulurkan pelbagai bantuan sejak Fatin Amirah dirawat di Mekah lagi. Hanya Allah dapat membalas budi kalian semua.”

[MESTI BACA]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club