Seorang bapa memerlukan lebih RM20,000 untuk membawa pulang anak perempuannya, Rosimatan Ni’mah yang sedang koma di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital di Mesir sejak beberapa hari lalu.
Azyanshah Ariffin berkata, beliau perlu menampung bil hospital dan membeli tiket penerbangan kerana ingin membawa anaknya yang berusia 17 tahun itu serta isterinya pulang ke tanah air.
Menurut pemandu bas yang mempunyai pendapatan tidak seberapa itu berkata, isterinya Rosmawati Khalidin sudah berada di Mesir bagi menemani dan menjaga anaknya di sebuah hospital di Iskandariah.
Oleh itu saya merayu kepada orang ramai supaya dapat menghulurkan sumbangan dan derma seikhlas hati supaya saya dapat membawa pulang anak saya untuk menerima rawatan di hospital di Malaysia secepat mungkin,” katanya
Tambah bapa berusia 53 tahun itu, beliau bingung dengan penyakit misteri yang dihadapi remaja tersebut kerana ketika ditahan di hospital dua minggu lalu, doktor mengesahkan anaknya sihat.
Namun secara tiba-tiba Rosimatan sekali lagi dimasukkan ke hospital sebelum koma seperti sekarang sejak enam hari lalu.
Saya sudah berhubung dengan wakil Kedutaan Malaysia di Mesir untuk urusan membawa pulang anak perempuan dan isteri apabila mendapat pembiayaan mencukupi,” ujarnya.
Justeru bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan serta sumbangan, boleh menghubungi Azyanshah di talian 010-7993486.
Sumber : Berita Harian & Oh My Media