
Seorang bapa memerlukan lebih RM20,000 untuk membawa pulang anak perempuannya, Rosimatan Ni’mah yang sedang koma di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital di Mesir sejak beberapa hari lalu.
Azyanshah Ariffin berkata, beliau perlu menampung bil hospital dan membeli tiket penerbangan kerana ingin membawa anaknya yang berusia 17 tahun itu serta isterinya pulang ke tanah air.
Menurut pemandu bas yang mempunyai pendapatan tidak seberapa itu berkata, isterinya Rosmawati Khalidin sudah berada di Mesir bagi menemani dan menjaga anaknya di sebuah hospital di Iskandariah.
Oleh itu saya merayu kepada orang ramai supaya dapat menghulurkan sumbangan dan derma seikhlas hati supaya saya dapat membawa pulang anak saya untuk menerima rawatan di hospital di Malaysia secepat mungkin,” katanya
Tambah bapa berusia 53 tahun itu, beliau bingung dengan penyakit misteri yang dihadapi remaja tersebut kerana ketika ditahan di hospital dua minggu lalu, doktor mengesahkan anaknya sihat.
Namun secara tiba-tiba Rosimatan sekali lagi dimasukkan ke hospital sebelum koma seperti sekarang sejak enam hari lalu.
Saya sudah berhubung dengan wakil Kedutaan Malaysia di Mesir untuk urusan membawa pulang anak perempuan dan isteri apabila mendapat pembiayaan mencukupi,” ujarnya.
Justeru bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan serta sumbangan, boleh menghubungi Azyanshah di talian 010-7993486.
Sumber : Berita Harian & Oh My Media
Suka Makan Sawi Jeruk Tapi Tak Reti Buat. Begini Langkah Mudah & Bolehlah Buat!

Peminat sawi jeruk masin kini anda boleh sediakannya sendiri dengan resipi yang dikongsikan ini. Rupanya tidak susah dan apa yang penting bila kita buat sendiri lebih terjamin kebersihannya. Malah kemasinan jeruk sawi juga dapat kita tentukan mengikut kesesuain citarasa seisi keluarga.
Jadi untuk yang ingin mencuba membuatnya, jom ketahui langkah-langkah penyediaan jeruk sawi ini.
Saya kongsi cara-cara saya membuat jeruk sawi pahit. Buat sendiri lebih bersih dan tak terlalu masin.
Cara membuatnya :
1. Sawi pahit dicuci dan dikeringkan.
2. Setelah kering jemur hingga layu. Sawi yang besar dibelah dua supaya cepat layu.
3. Sekali sekala terbalikkan supaya layu sepenuhnya.
4. Dah layu.
5. Blend sedikit nasi sejuk bersama garam dengan air secukup. Seeloknya guna garam kasar. Kalau tak ada garam halus pun ok tapi yang tak beriodin ye.
6. Sawi yang dah dijemur direndam dalam air garam yang telah diblend tadi. Simpan dalam bekas kedap udara.
7. Selepas seminggu sayur dah jadi sayur sawi masin
Sumber : Cynthia Teresa Patrick
Dapatkan tudung saji bertingkat dengan promosi hebat di sini
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bertuahnya Badan, Gerai Tepi Jalan, Agong, Permaisuri Singgah Minum Air Kelapa.

Bertuahnya badan! Siapa sangka gerai tepi jalan pun Agong, Permaisuri boleh singgah minum air kelapa.
Sifat merendah diri dan mesra dengan rakyat sudah sebati dalam diri baginda berdua sentiasa menjadi inspirasi rakyat Malaysia.
Semalam seorang remaja tidak menyangka bertemu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika berniaga air kelapa berhampiran Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.
Muhammad Aqmal Fiqrie Azrin, 16, dari Chenderawasih berkata, pada mulanya, dia hanya melihat kenderaan yang dinaiki baginda berdua serta kenderaan lain membuat pusingan U.
Namun tidak sangka kenderaan itu berhenti dan Raja Permaisuri Agong menurunkan cermin tingkap kenderaan bertanyakan air tebu.
“Saya cakap air tebu tidak ada hari ini (semalam) sebelum baginda berdua turun dan membeli air kelapa muda serta jeli kelapa.
“Ketika itu, secara tiba-tiba perasaan gementar datang tetapi saya dapat menjawab pertanyaan baginda berdua yang bertanyakan umur dan sekolah.
Katanya lagi, kebiasaannya kenderaan yang dinaiki baginda melalui jalan ini, namun kali ini baginda singgah sehingga membuatkan dirinya gementar.
“Namun, saya teruja kerana dapat bertemu baginda berdua yang cukup ramah,” kata anak sulung daripada tiga beradik.
Muhammad Aqmal Fiqrie Azrin berkata, pengalaman bertemu baginda berdua akan dikenang sampai bila-bila.
Menerusi Instagram Istana Negara memaklumkan bahawa baginda berdua dalam keberangkatan pulang ke Istana Abdulaziz dari lawatan kerja ke Ladang Yayasan Pahang di Gambang, Pahang.
Sumber: Harian metro dan istana_negara
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Ini Perkara Penting Isteri Wajib Tahu Untuk Mudahkan Urusan Waktu Kecemasan Jika Suami Sakit. Take Note!

Pernah tak anda mengalami masalah tiba-tiba suami jatuh sakit dan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan. Demikian yang terjadi pada Jiha Shuib apabila suaminya tiba-tiba collapse akibat serangan strok.
Tidak pernah menyangka perkara begitu boleh memberi impak yang cukup besar padanya kerana selama ini tidak mengambil kisah bab simpanan waktu kecemasan, jauh sekali untuk bertanyakan kepada suami number pin ATM nya.
Disebabkan pengalaman tersebut, Jiha ingin berkongsi dengan wanita lain di luar sana tentang info penting yang sepatutnya seseorang isteri ambil peduli supaya tidak gelabah apabila berlaku kecemasan.
Berikut 7 Perkara Penting Yang Isteri Kena Ambil Tahu Dari Suami:
Degil Untuk Berhenti Merokok
Aku rasa keluarga aku adalah contoh keluarga tipikal, orang biasa berpendapatan sederhana dan kedua-dua kami bekerja. Ada hutang kereta sederhana, ada 2 anak sekolah, ada hutang sewa rumah yang biasa-biasa, ada hutang pinjaman peribadi dan komitmen biasa macam penapis air bayar bulan tu. Alah, yang biasa-biasa saja. Golongan sederhana yang cukup-cukup makan setiap bulan.
Ada orang yang beringat buat simpanan kecemasan, ada simpan rekod kewangan kedua-dua pasangan dan ada sumber pendapatan pasif, tapi kebanyakan orang? Macam kami yang tak pernah sangka akan alami benda-benda begini tak ada pun kesedaran untuk buat sesuatu. Sepatutnya aku kena sedar dah risiko bila suami aku degil untuk berhenti rokok. Dia curi-curi hisap rokok di luar, masih merokok berpuntung-puntung waktu bekerja. Walaupun banyak kali kena serangan asma dan sesak nafas, tetap dia merokok balik.
Gedegang! Tiba-tiba dia collapse. Senyap, sunyi dan kaku.
Tidak Tahu Nombor Pin ATM
Masa awal tu aku masih okay, ada keluarga sahabat handai yang sedekah duit dalam genggaman setiap hari. Lagipun dalam keadaan terkejut beg tangan aku dan dompet Saiful entah kat mana-mana. Tak boleh fikir dah aku pasal duit ke, masa depan ke apa. Hari berlalu dengan slow-motion, dunia aku siang malam hanya di sekeliling katil Saiful terbaring kaku tu. Tapi bila doktor mula cakap suruh belikan barang itu ini, aku mula gelabah. Mana aku nak ambik duit ni? Dalam bank? Eh, itu duit untuk bayaran bla…bla…bla….
Dalam akaun Saiful ada duit belanja rasanya. Tapi… Eh, aku mana tau nombor pin dia. Aku tak pernah tanya dan tak pernah terasa nak ambik tau, hulur tangan terima duit aku tau.
7 Perkara Isteri Kena Ambil Tahu:
Disini titik permulaan persoalan-persoalan yang sepatutnya seorang wanita ambil peduli sebelum terlambat.
1. No. Pin akaun-akaun bank suami. Ini #palingpenting dan #palingsulit. Kalau tak memang gelepar lah nak beli katil, nak beli susu, nak bayar kos ujian-ujian hospital (GL pun tak leh cover cukup tau), nak beli tilam angin, tiub-tiub hidung, tiub-tiub kencing, krim-krim, stokin preassure, mesin angin tilam, lampin dewasa, kos ulang alik hospital, kerusi roda. List dia panjang tau, panjang berjela-jela.
2. Passcode online banking, telefon bimbit, tab, komputer, alarm rumah, peti besi dan sebagainya.
3. Ambil tahu dimana letaknya dan labelkan semua kunci-kunci pendua, kunci simpanan asalkan bukan kunci rumah bini #2 suami.
4. Rekod insuran /takaful suami. Surat menyurat gadaian simpan dalam fail betul-betul. Lepas keadaan sudah tenang boleh telefon ejen untuk tuntutan insuran, jika rumah atas nama suami boleh claim MRTA (kot kalau tak silap)
5. Nombor telefon pejabat / majikan suami / bahagian sumber manusia. Kena maklumkan keadaan suami, tanya kelayakan perubatan suami ada ke tak dan jika majikan ada caruman insuran kelompok atau sebarang kemudahan sebagai pekerja mungkin mereka dapat membantu. Mereka juga boleh bantu untuk buat tuntutan Socso bagi swasta, JPA bagi penjawat awam. Kalau tak pun, telefon mereka dan minta mereka maklumkan kawan sekerja keadaan suami yang tenat dan minta doakan kesembuhan suami.
6. Surat tawaran kerja suami / baca klausa apa kemudahan cuti sakit yang layak / berapa bulan gaji akan dibayar dalam cuti sakit. Baru boleh rancang berapa lama boleh survive dengan duit yang tinggal, baru tahu mana nak rujuk rawatan susulan untuk suami.
6. Rekod hutang-hutang semasa, duit orang dalam tangan suami mana tahu suami bendahari kelab ke, surau ke, jiran tetangga ke. Kalau orang datang tuntut nanti taklah gelabah.
7. Hutang suami macam kereta, rumah, pinjaman koperasi ke apa-apalah / komitmen suami setiap bulan bayar macam maintanence ke, polis komuniti ke nanti boleh buat refinance atau terminate saja bila diorang tuntut hutang mana yang boleh untuk berjimat.
Simpan rekod dalam fail yang tersusun.
Skill Malam Jumaat
Ingat tau, bila kita susah masa itu baru boleh kenal siapa kawan siapa lawan sebenarnya. Tak mustahil saudara sendiri akan lari jauh-jauh dan mengelak dari menunjuk muka takut-takut kita mahu menumpang. Pesanan ini atas dasar pengalaman sendiri.
Isteri yang bijak adalah isteri yang ada harga diri, bersedia berkorban dan tidak takut bertindak untuk kepentingan anak-anaknya. Kalau suami perahsia sangat semua benda kepit celah ketiak dia, itu memang kena guna skill malam jumaatlah untuk pujuk. Tak sayang anak bini lah maknanya tu, jangan sampai anak isteri merempat di tepi jalan suatu hari nanti. Ayat seperti:
“Sayang jangan risau, nanti kalau jadi apa-apa kat abang si polan-si polan akan tolong. Semua duit dan harta abang, geran-geran rumah, stable lumba kuda, kelab-kelab malam dia yang akan uruskan. Takyah fikir apa-apa ya, tenang-tenang aja”. (ni contoh)
#angkatkening kau boleh percaya? Kalau percaya, okaylahhhhh. I rest my case.
#catatanjihasaiful #buatadikdankakak #stroke #financial