“Kolestrol Turun Dari 7 Jadi 4…”- Amal Minum Jus Ni, Dapat Kawal Kolestrol Dalam Badan!

Share

Tidak dinafikan pemakanan yang diambil setiap hari sememangnya memainkan peranan penting dalam menentukan tahap kolesterol seseorang.

Oleh itu alangkah baiknya jika pengambilan makanan sihat diambil setiap waktu. Pun begitu nafsu makan kita agak sukar juga untuk dikawal.

Jadi penting juga kiranya andai ada makanan atau minuman kesihatan yang diamalkan untuk mengawal kadar kolestrol dalam darah kita.

Umpamanya amalkan minum jus 3 bahan yang dikongsikan oleh Salini Abu ini. Difahamkan jus tersebut boleh memberi keseimbangan tahap kolesterol jika diamalkan setiap hari.

Sekali gus, bagus sebenarnya untuk mereka yang sedia maklum mempunyai kolestrol yang tinggi. Amalkan ia sebagai langkah atau usaha untuk mencegah daripada terkena serangan jantung atau angin ahmar, gara-gara kadar kolestrol yang tinggi dalam badan.

Jadi buat anda yang ingin mencubanya, di sini turut dikonsikan resipi untuk menyediakannya.

Jus Kesihatan Untuk Turunkan Kolestrol 

Siap 7 botol untuk jiran dan kawan-kawan yang nak try. Jus 3 benda, hari itu pergi rumah kawan saya, dia beri jus 3 benda ni. Bagus untuk kesihatan katanya turunkan kolestrol.

Kawan saya bagi jus ni untuk rasa dan petua cara nak buat jus 3 benda ni… suami balik try minum.. dia kata sedap.. campur dengan madu.

Jadi saya share lah mana tau ada orang suka minum macam ni.

Jus 3 Benda 

Bahan-bahan:

1/2 kg halia

1/2 kg bawang putih

3 -4 biji lemon

Cara Buat :

1.Kupas semua kulit, kemudian blender. Saya tak ada juice blender, pakai blender biasa sahaja.

  1. Saya masuk sikit air (anggaran ¼ cawan) nak bagi lancar kisar bahan-bahan tu.
  2. Kemudian masak dengan api yang perlahan, biar mendidih dan renehkan sehingga agak pekat tutup api.
  3. Biarkan sejuk, kemudian saya tapis dengan penapis jarang. Hampasnya boleh dibuang sahaja atau masukkan separuh ke dalam air jus jika suka.
  4. Kemudian boleh disimpan dalam peti sejuk.

Cara amalkan :

Boleh minum pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur ~ 3 sudu campur dengan 1 sudu madu dan air suam.. memang rasa umph!

Meninjau di ruangan komen terbukti ramai yang telah amalkan minum jus ini untuk tujuan penjagaan kesihatan dan wargamaya juga turut berkongsi beberapa bahan lain yang juga boleh ditambah di dalam jus ini untuk memberi kesan terbaik untuk menurunkan kolestrol dalam badan dan memberi rasa yang lebih enak.

Tambah Cuka Epal dan Madu 

Masak Guna Slow Cooker

Selain itu ada juga pengamal minuman jus ini berkongsi cara lain dalam penyediaan jus tersebut yang boleh dipraktikkan iaitu dengan menggunakan kaedah memasak menggunakan slow cooker. Ini seperti yang dikongsikan oleh Chenta Asyura.

 

Sumber : Salini Abu

Jom tonton video menarik adik-adik Bintang Kecil di Scream Park Sunway Lagoon.

Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.

ARTIKEL MENARIK : DIY Rak Tinggi Di Dinding Untuk Tambah Ruang Simpan Barang. Praktikal & Jimat Ruang!

Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club