Koleksi Petua Bantu Mudahkan Kerja-kerja Di Rumah
Banyak petua-petua yang boleh dimanfaatkan oleh suri rumah tangga bagi memudahkan urusan di dapur. Selain dapat memudahkan tugasan, ianya juga dapat memastikan hasil kerja lebih efektif.
Bahan-bahan yang digunakan pula mudah didapati dan hanya menggunakan bahan-bahan di dapur sahaja. Berikut dikongsikan beberapa tip yang boleh diamalkan hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah di dapati di rumah.
Berikut tip untuk menghilangkan bau masakan dalam rumah. Ini untuk rumah yang tiada ‘kitchen hood.’Selepas memasak tumis-tumis, memang akan bau satu rumah. Selepas mengemas dapur, boleh cuba rebus beberapa bahan ini untuk menghilangkan bau masakan di dalam rumah.
BAHAN-BAHAN:
Rosemary (yang kering pun boleh)
Cengkih
Kayu Manis
CARA-CARA:
1.Rebus ke semua bahan dalam 10 hingga 15 minit.
2.Gunakan api yang kuat. Tujuannya ialah supaya wap naik ke seluruh rumah.
3.Apabila semua bahan telah masak, tutup api. Sejukkan selama satu malam.
4.Air rebusan itu bolehlah ditapis kemudian dimasukkan ke dalam botol spray. Bolehlah spray satu rumah.
Sumber: Sharifah nursakinah
************************************************************************
Hilangkan semut dengan cara guna bahan semula jadi. Selepas guna ubat halau semut atau petua lama tak menjadi, kita mungkin boleh ikut cara ini pula iaitu dengan menggunakan stoking lama dan juga penyembur halau serangga.
BAHAN-BAHAN:
Stoking lama
Ridsect atau Baygon
1. Mula-mula cari stokin lama yang kita dah tak pakai.
2. Kemudian potong empat, lebar dalam dua inci macam tu. Kalau kaki meja enam, potong enam.
3. Sarungkan stokin yang dipotong pada kaki meja, seterusnya semburlah dengan Ridsect atau Baygon. Spray keliling stoking untuk kesan yang lebih efektif.
4. Bolehlah tengok hasilnya, bukan setakat semut, lipas, malah cicak pun tak nak panjat meja makan. Selamat mencuba.
Kredit: petuaoranglama
**********************************************************************
Ramai yang masih bekum tahu cara-cara yang betul untuk membersihkan siput sedut. Sebab itulah ramai yang malas hendak memasak siput sedut. Jika tidak kena dengan caranya, siput mungkin akan terasa pahit, rasa lumpur dan berlendir.
Berikut dikongsikan cara-cara untuk membersihkan siput sedut sebelum dimasak. Paling penting kena sediakan kelapa parut.
1. Beli siput ini petang, bawa balik masukkan dalam periuk. Gaulkan siput sedut ini dengan hampas kelapa dan biar semalaman (santannya simpan utk masak gulai nanti). Siput ni tak perlu basuh dulu pun.
INFO: Bila sudah digaul dengan hampas kelapa siput ini akan muntahkan segala kotoran, lumpur dan lendir yang ada. Siput akan jadi bersih dan bila buat gulai rasanya pun lebih sedap. Kuah juga akan elok cantik.
2. Selepas gaul dengan hampas kelapa jangan lupa tutup dengan penapis rapat-rapat. Tindih dengan lesung batu. Kalau tak, siput boleh merayap sampai satu rumah.
3.Esoknya sebelum cuci, kerat hujung ‘bontot’ siput tapi jangan pendek sangat, takut susah nak sedut. Boleh guna cutter.
4. Kalau ada daun pucuk ubi, semasa cuci siput boleh sental supaya kekotoran di badannya senang tanggal. Boleh juga guna sental dengan menggunakan span cuci pinggan. Selepas itu cuci bersih dan boleh terus dimasak.
Sumber: Intan Suraya Haron
************************************************************************
Periuk yang rentung dan berkerak boleh membuatkan mood memasak bakal ‘ke laut.’ Macam biasa, kaum wanita bila di dapur, tangan sudah macam ‘sotong.’ Dalam satu masa kalau boleh macam-macam kerja nak dibuat.
Dalam pada banyak-banyak kerja yang dibuat dalam satu masa, mungkin akan terlupa masakan yang dimasak di atas dapur hingga rentung dan berasap. Jika periuk murah tidak mengapalah juga tapi kalau periuk mahal, memang terasa ralatnya.
Sebenarnya ada cara yang boleh dilakukan untuk membersihkan kembali periuk atau kuali yang hitam rentung ini.
BAHAN-BAHAN:
Baking powder atau soda bikarbonat
Lemon atau cuka
CARA-CARA:
2. Biarkan sejuk kemudian masukkan dalam periuk yang hitam tadi atau nak cantik rendam keseluruhan periuk.
3. Biarkan beberapa jam kemudian barulah disental. Kadang-kadang kotoran akan lekang sendiri dan bila kita sental manja-manja sudah berkilat semula.
4. Inilah hasilnya.
Moga petua-petua ini membantu anda memudahkan dan melancarkan tugas-tugas di dapur.
Sumber: Makudacun Ibra