Bila sebut tentang perihal adik-beradik, pasti ada saja kisah yang boleh dikongsi. Bergurau kasar tu dah jadi perkara biasa – lagi-lagi bila si abang kuat menyakat adik perempuannya.
Tapi, lain pula kisah seorang pengguna Twitter ini bila si abang yang disakat oleh adik perempuannya. Lucu sungguh. Ni kisahnya.
Apabila ditanya wartawan Keluarga, Abir Islami, 24, menjelaskan yang dia dan adiknya, Rabiatul, sering bergurau tapi ini kali pertama adiknya berbuat sedemikian.
“Bergurau selalu, lumrah hidup berkeluarga. Untuk yang begini tidak sama sekali. Itu yang saya kongsikan di Twitter.”
“Parents suka kalau kami bergurau senda. Itulah manisnya keluarga. Tapi macam yang saya kata, bukan gurau yang begini. Keluarga kami serba sederhana saja.”
Bukan setakat itu, Rabiatul, 19, juga sempat menyakat abangnya sekali lagi dengan membeli barang keperluannya sebelum memulangkan kad debit Abir.
Namun, Abir juga tidak berkira dan tidak kisah adiknya berbelanja menggunakan duitnya kerana baginya besar ganjarannya jika dia membelanjakan duit untuk keluarga.
“Kalau soal duit, saya In Sha Allah tidak berkira. Sebab setahu saya sedekah pada keluarga ni besar ganjarannya.”
Apabila disoal jika dia akan membalas gurauan adiknya, Abir sambil berseloroh menjelaskan yang dia tak akan membalas gurauan itu dengan menggunakan duit.
“Kalau duit memang tak lah. Dia pun bukannya ada duit.”
Malah, Abir menjelaskan yang dia selalu menjadi mangsa ketika mereka keluar makan.
“Oh biasanya adik ajak makan tapi bila part nak bayar tu dia senyum jela cakap tak bawak wallet.”
Sumber: Abir Islami