Macam-macam cara dan teknik telah digunakan oleh scammer pada masa kini dan salah satunya hanya dengan menggunakan gambar profil seseorang untuk mendapatkan keuntungan sindiket haram tersebut.
Hal ini tentu sahaja membuatkan kita orang awam berasa tidak selamat dan disebabkan itu juga untuk menyuntik kesedaran dan sebagai langkah berjaga-jaga, Arisya Adam melalui perkongsiannya di fb menyarankan agar pengguna media sosial lebih berhati-hati bagi memastikan bahawa setiap gambar atau bahan yang dimuatnaik oleh kita adalah selamat.
Oleh itu, menurut Arisya Adam ada cara yang boleh dilakukan untuk elakkan gambar digunakan oleh scammer.
Paling penting kurangkan gambar selfie, gambar keluarga dan yang sangat merisaukan adalah gambar anak-anak..apa lagi gambar seksi menyeksa dalam media sosial..
Ads
Kita boleh guard picture profile tapi kat timeline tu sendiri kena control la..ya memang kita nak share life kita tapi kalau bakal memudaratkan diri sendiri seelokknya kita berhati-hatilah.
Ni adalah salah satu cara untuk protect gambar profile kita (tak boleh download/screenshot) ..tapi kalau rasa boleh di screen shot juga.. letak la watermark sebesar alam..
Sejak dilantik sebagai orang nombor satu negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin memperlihatkan pendekatan berbeza ketika menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Malah Perdana Menteri turut dipuji kerana menggunakan pendekatan yang mudah difahami rakyat.
Terbaru ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) PKS Tambahan bernilai RM10 bilion bertujuan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Tan Sri Muhyiddin sekali lagi mencuri tumpuan dengan ayat bersahaja beliau.
” Saya lihat di media sosial ada suami yang mula memakai baju kelawar isteri mereka, agak luar biasa.
” Ada yang mengayuh basikal dalam rumah, ada juga yang mengubah ucapan saya menjadi lagu rap..
” Saya harap ini bukanlah kejadian yang pelik, atau buang tabiat kata orang. Ini adalah sebahagian daripada kreativiti anda semua untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumah.
” Yang penting saya fikir saudara dan saudari mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi ujian ini.
” Dan saya yakin tuhan tidaklah menguji atau membebani kita dengan sesuatu yang kita tak boleh tanggung.
Ayokk kantoi abah kita tahu apa kita buat. Hehehe. Macam mana pun tak pe, asal semua bekerjsama putuskan rantai covid-19 dengan stay at home ❤#keluargamag
Lucu dan bersahaja, namun mesej yang ingin disampaikan tetap diterima masyarakat sehinggakan rata-rata berkongsi kata-kata Perdana Menteri di media sosial.
Sementara itu, Kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) PKS Tambahan bernilai RM10 bilion bertujuan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya berkata, pakej rangsangan tambahan tersebut diharap dapat mampu meringankan beban usahawan PKS.
” Di pihak kerajaan ,kita cuba membantu sebaik mungkin dan sebab itu saya ingin mengumumkan pakej tambahan RM10 billion,” katanya.
Dalam pada itu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan langkah tambahan bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau “Prihatin Tambahan”.
Katanya, pakej tambahan berjumlah RM10 bilion ini diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan PKS dan seterusnya menjamin dua pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini terus mendapat pekerjaan.
Peruntukan bagi program subsidi upah yang diumumkan pada 27 Mac lalu akan dinaikkan daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion, iaitu tambahan sebanyak RM7.9 bilion.
Di bawah inisiatif tambahan itu, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah seperti berikut:
1) Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan.
2) Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja.
3) Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.
4) Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja.
” Melalui penambahbaikan ini, syarikatsyarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan.
” Bantuan ini adalah untuk selama tiga bulan dan dikhususkan kepada majikan yang telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari lalu dan mendaftar dengan Perkeso.
” Justeru, kira-kira 4.8 juta pekerja dijangka akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini,” katanya.
Beliau menambah majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka sekurangkurangnya untuk tempoh enam bulan, iaitu dalam tempoh tiga bulan semasa menerima subsidi upah dan tiga bulan selepas itu.
Bunga cengkih sememangnya antara bahan wajib yang ada di rumah kita. Namun biasanya kita gunakan bunga cengkih ini sebagai asas bahan tumisan dalam beberapa masakan seperti kari dan sebagainya.
Aroma yang dikeluarkan bunga cengkih ini tidaklah sekadar bau harum dan enak sahaja bahkan kaya khasiatnya pada makanan yang kita sajikan. Pun begitu, yang anda perlu tahu cengkih bukan hanya baik untuk makanan sahaja bahkan dalam beberapa petua lain. Mengapa anda perlu simpan cengkih di rumah. Ini kelebihan yang anda perlu tahu.
Pulihkan Masalah Campak
Bunga cengkih dikatakan baik untuk merawat demam campak. Ambil bunga cengkih dan gula batu. Rendam bunga cengkih di dalam air masak semalam, kemudian ditambah dengan gula batu dan kacau rata. Minum sedikit demi sedikit dan amalkan sehingga campak makin pulih.
Atasi Sakit Gigi
Selain mengurangi rasa sakit pada gigi dan gusi, cengkih juga mengurangi infeksi kerana sifat antiseptik. Selain itu, minyak cengkih juga bermanfaat mengurangi rasa sakit gigi berlubang. Caranya ia dengan merebus cengkih ini bersama segelas air. Apabila sejuk, kumurlah dengan air ini.
Pulihkan Batuk
Kunyah cengkih bersama garam secara serentak. Cara ini dapat memudahkan pengeluaran kahak dan juga mengurangkan rasa gatal pada kerongkong. Anda juga boleh membakar cengkih ini terlebih dahulu jika tak mahu dimakan mentah.
Hilangkan Bau Peti Sejuk
Ikat bunga cengkih dalam kain dan jadikan uncang. Letakkan ke dalam peti sejuk bersama sedikit arang. Cara ini menyerap bau yang kurang enak.
Halau Semut
Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula bagi mengelakkan semut. Semut akan hilang malah gula juga berbau harum.
Elak Sampah Berulat
Taburkan lebihan cengkih ke dalam tong sampah atau sekitar kawasan sampah. Ulat akan mati dengan sendirinya dan masalah semut juga akan dapat dikurangkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Andai ada keluarga terdekat atau teman-teman kita pergi melancong ke negara Thailand, mesti akan ada dikongsikan gambar sedang menikmati hidangan Miang Pla Poa ini di media sosial. Menu ikan atau pun ada juga memilih makanan laut yang dimakan bersama aneka ulam-ulaman berserta bihun yang dicicah dengan sos istimewa. Nyata, ianya nampak sungguh menyelerakan.
Bagi anda yang ingin mencuba rasa, apa kata sediakan menu ini agar dapat dinikmati bersama keluarga tercinta. Diharapkan dengan adanya resipi yang dikongsikan oleh Nabilah Mohd Nawi ini, bolehlah dicuba.
“Miang pla pao versi saya. 3 hari berturut-turut makan benda ni, suami tak puas makan, first time buat makan dengan bihun, lepas tu baru makan dengan nasi sebab tak kenyang.
Saya pun buat ikut resepi kat fb jugak tapi ada olah sikit-sikit ikut tekak sendiri. So kalau resepi tak sama dengan ori thai takpelah ye. Saya buat ikut bahan yang ada je. So ni resepi saya setelah diolah sedikit sebanyak.”- Nabilah Mohd Nawi
RESEPI MIANG PLA PAO
Ikan talapia (lumurkan maggi cukup rasa dan goreng garing)
Saya guna jugak ikan kerisi, pun sedap!
Bihun ~celur
Ulam-ulaman:
Daun salad
Timun batang
Daun ketumbar
Sos:
Cili padi
Lada besar (saya tambah untuk kurangkan pedas, taknak letak pun takpe, terpulang)
Bawang putih
Sos ikan
Garam
Gula
Gula melaka @ nisey
Akar daun ketumbar
Perahan limau kasturi
Sedikit air
~(Blendkan semua dan sesuaikan rasa mengikut tekak sendiri)
~Kemudian hiris halus daun ketumbar dan tabur dalam sos
Hidang dan makanlah dengan riang bersama yang tersayang
***Sos ni kena dengan selera saya dan suami. Kalau korang rasa nak ubah apa-apa, ubahlah ikut tekak dan selera masing-masing ye.
sumber : Nabilah Mohd Nawi via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...