Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan satu kenyataan media menerusi laman facebook rasminya berhubung larangan jualan produk makanan yang dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak mempunyai maklumat pengeluaran yang lengkap pada label.

Langkah ini diambil untuk melindungi keselamatan pengguna dan memastikan produk di pasaran mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Berdasarkan kenyataan media daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pengguna dimaklumkan mengenai larangan jualan produk makanan yang didapati mengandungi racun berjadual seperti sibutramine, dexamethasone, dan prednisolone.

Produk ini juga tidak mematuhi keperluan pelabelan yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, termasuk tiada maklumat pengilang atau pemilik hak pengilangan pada label.

Ads

KKM mengarahkan semua penjual, termasuk platform atas talian, untuk menghentikan segera penjualan dan pengiklanan produk ini. Orang ramai yang telah menggunakan produk tersebut disarankan untuk berhenti serta-merta dan mendapatkan nasihat kesihatan daripada profesional.

Sebarang keraguan atau aduan boleh disalurkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau melalui laman sesawang dan media sosial rasmi KKM. Langkah ini bertujuan melindungi keselamatan pengguna dan memastikan produk makanan di pasaran mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan.

KKM Dedah Produk Makanan Ada Racun Berjadual

Ads

KKM Dedah Produk Makanan Ada Racun Berjadual KKM Dedah Produk Makanan Ada Racun Berjadual KKM Dedah Produk Makanan Ada Racun Berjadual KKM Dedah Produk Makanan Ada Racun Berjadual

Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Ads

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI