Kiub Ais Tepung Beras Elok Untuk Wajah & Ni Rahsianya Nak Nampak Berseri!

Share

Salah satu penyebab kulit muka cepat rosak dan nampak tidak berseri  adalah disebabkan seseorang wanita itu memang tidak melakukan rutin harian dalam penjagaan wajah. Mana mungkin nak cantik tanpa ada usaha, betul tak? Paling ringkas kenalah dicuci bersih wajah setiap hari.

Namun jika inginkan wajah yang lebih mulus dan flawless, selain menggunakan produk yang sedia ada dipasaran, anda juga boleh gunakan tepung beras!

Mungkin kedengaran agak pelik bagi sebahagian antara kita. Namun tahukah anda kaedah dan cara ini telah ada yang mengamalkannya bagi mendapatkan kulit wajah yang cantik, bersih dan berseri.

Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Aisyah Badar Bajrai yang mana dia juga merupakan seorang yang begitu aktif berkongsi petua kecantikan dan kesihatan secara alami  di akaun fbnya.

Melalui perkongsiannya ini dapat dilihat terdapat begitu banyak kaedah dan cara yang boleh diamalkan dalam perawatan wajah yang  lebih menjimatkan. Dan apa yang lebih penting selamat sebab tiada menggandungi bahan-bahan kimia. Senang cakap, memang terbaik!

ICE CUBE KULIT PELOLES

“Walaupun dia murah, tapi dia ada memacam khasiat untuk kulit kita tau. Yang penting kalau rajin guna kulit boleh cerah dan peloles. Tap

i siapa yang kulit sensitive dengan ice, tak yah guna resepi ni ye. Tunggu jek petua lain yang Aisyah akan share. Okey Senorita,”Aisyah


Jom tengok cara buat ice cube ni

Bahan-bahan:

1 sdb tepung beras ( yg Aisyah beli ni dah siap campur dengan tepung jagung)
1 gelas air tapis/ mineral

Cara buat :

  1. Campurkan tepung beras dengan air tapis. Kacau rata-rata.
  2. Pastu masukkan dalam bekas ice cube. Dan bekukan selama 5-6 jam.
  3. Bila dah beku, korang golek golek kan dia kat muka.

Tips : Buat sekurang kurangnya 2 kali seminggu. Kalau rajin, boleh buat selalu. 1 hari 1 ice cube jek dah cukup.

Ni antara khasiat ice cube tepung beras
– mengecilkan pori muka
– mengurangkan minyak kat muka
– mengurangkan merah akibat jerawat ( jerawat bengkak)
– sunburn
– kurangkan eye bag
– mencerahkan kulit
– kurangkan bintik hitam dan jerawat

Sumber : Aisyah Badar Bajrai