Sebagai isteri Aliff Aziz, bohonglah andai dikatakan Bella Astilah langsung tidak terusik mendengar pelbagai umpatan diperkatakan oleh netizen terhadap diri suaminya.
Jujurnya, isteri mana yang mahu menahan sabar, mendengar umpatan dan kata-kata yang kurang enak tentang suami tersayang. Demikian juga dengan isteri kesayangan Aliff Aziz ini.
Sepanjang 10 minggu terbabit dalam program Gegar Vaganza musim ke-8, pelbagai reaksi netizen sehinggakan Bella tidak mampu berdiam diri.
“Bukanlah mahu kata nak tutup mulut netizen, tapi dia suami saya. Apa yang orang cakap tak baik pasal dia, sebagai isteri saya pun terasa. Tapi dia sangat positif. Dia yang tegur saya suruh berhenti… jangan layan netizen.
“Aliff marah saya, katanya berhenti daripada menjelaskan kepada mereka (netizen), kalau mereka tak suka, kita tak boleh nak paksa. Asalkan kita tahu niat kita.
“Tapi tak bermakna kemenangan ini nak tutup mulut netizen, rezeki ini Allah beri pada Aliff atas usaha dia. Untuk diri dia juga, alhamdulillah,” katanya.
Tambah Bella lagi, apa yang dikecapi Aliff adalah hasil usaha gigihnya. Sebagai isteri dia melahirkan rasa syukur dan gembira dengan pencapaian suaminya itu.
“Sebagai isteri saya bersyukur Alhamdulillah, inilah dikatakan rezeki anak-anak. Terkejut tapi pada masa sama gembira sebab selama 10 minggu ini, kita stress dan semuanya terbayar. Tak terkata-kata.
“Aliff tak pernah cakap dia perlu menang. Saya bangga melihat Aliff seorang individu yang sangat positif. Dia selalu risaukan kawan-kawan dia… dia selalu tanya saya kalau ada kawan-kawan tengah sakit walau dah ready nak perform.
“Kita tak pernah jangka untuk menang, Aliff cuma nak buat yang terbaik sebab orang ramai tahu dia cuma boleh nyanyi lagu Sayang Sayang saja, padahal banyak lagi boleh explore.
Bella dalam pada itu turut menitipkan ucapan terima kasih buat keluarga mentua yang tidak putus-putus memberi sokongan.
“Keluarga Aliff pun sangat menyokong, ibu dan adik-beradiknya selalu berhubung beri semangat dan tak pernah beri tekanan untuk mesti menang. Kata mereka, menang atau kalah tak kisah mereka akan terus sokong dan doakan Aliff, kalau perform mesti ikhlas,” katanya.
Mengulas mengenai penghijrahan suaminya kini, Bella juga turut mengikut jejak langkah suaminya secara perlahan-lahan.
“Ini membuka mata saya sebab saya nampak perubahan Aliff yang cukup ketara. Dia buat daripada hati dia. Bila dia pilih untuk belajar agama, saya tak larang tapi sebenarnya saya pula yang segan dengan Aliff.
Ads
“Sebab itu saya minta dia doakan saya juga, kadang-kadang kita tak sempurna tapi saya nampak Aliff dia cuba yang terbaik. Dia sedang perbetulkan diri dia. Saya pun pastinya turut sama cuba perlahan-lahan berubah.“InsyaAllah… Dia buat kebaikan, yang datang pun baik-baik. Rezeki dapat job dan kemenangan besar malam ini, semua datang daripada diri dia juga. Ini usaha suami dan doa dari ibu dia,” katanya lagi.
Sementara itu, Bella memaklumkan dia bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah pada 9 Februari nanti.
“Kita dah ada tiket penerbangan, kalau ada rezeki dijemput mungkin kita akan berangkat ke Tanah Suci pada 9 Februari ini. Tapi sekarang menunggu lagi apa status daripada pihak yang berkenaan.
“Rancang nak sambut birthday Aliff di sana (Makkah) pada 16 Februari nanti. Ini merupakan umrah pertama Aliff, begitu juga saya,” katanya.
Nak tanam bendi tak susah mana, asalkan kena tahu penggunaan baja yang sesuai barulah pokok hidup subur dan betbuah.
Puan Wahida Hambali tip menanam bendi dengan menggunakan kawalan organik dan pembajaan yang penting dalam memastikan pokok subur.
Siapa cakap tanam sayur bendi guna kawalan organik tak boleh? Boleh sahaja tak guna racun asal tau teknik dan kawalan. Foliar organik juga sangat penting
Selain itu pembajaan sangat penting. Nak guna yang organik atau baja NPK pun boleh. Asal dapat kurangkan guna racun serangga dan kulat kimia sahaja.
Pembajaan Bendi
1. NPK Yara Mila 151515
Minggu 1 sampai minggu ke 3
Bagi seminggu sekali
2. Baja NPK Yara Mila 161616
Minggu 4 sampai minggu 5
3. Baja NPK Yara 131321 Minggu 6 sampai habis nyawa pokok
4. Baja NPK Yara 1212172
Minggu 8 sampai habis nyawa pokok
* boleh selang seli setiap minggu antara baja 161616, 131321, 1212172
Bagi anggaran 20 ke 30gm setiap pokok
lebih kurang 1 sudu
Kawalan Serangga dan Penyakit Minggu 1
1. Sri Anak 50ml
2. Amino 50ml
3. Cuka Kayu 30ml
4. Clouter 30ml Minggu 2
1. Plant Booster 50ml
2. Amino 50ml
3. Cuka Kayu 50ml
4. Neem Oil 50ml Minggu 3
1. Sri Anak 100ml
2. Amino 50ml
3. cuka kayu 100ml
4. Garlic Oil 30ml Minggu 4
1. Plant Booster 100ml
2. Amino 100ml
3. Cuka Kayu 50ml
4. Xtra Clouter 50ml
Minggu 5
1. Sri Bunga 100ml
2. Amino 100ml
3. Cuka Kayu 50ml
4. Xtra Clouter 50ml
Minggu 6 sampai 7
-sda- Minggu 8 hingga habis nyawa pokok
1. Sri Buah 100ml
2. Amino 100ml
3. Xtra Clouter 100ml
4. Cuka Kayu 100ml
* selang seli dengan Sri Anak, Sri Bunga dan Sri Buah setiap minggu. Rawatan tanah guna
1. Amino 100ml
2. Booster 100ml
utk 20 liter air sembur setiap pangkal tanaman
Ulang sebulan 2 kali
Hasil ye sama mcm dalam gambar yg saya berikan.
Tips nak bagi cabang pokok bendi banyak
1. Pastikan tanah subur julat ph antara 5.8 hingga 6.8
2. Tanam hanya 1 pokok sahaja 1 point
Jarak tanaman : 1.5 kaki hingga 2 kaki antara pokok. 1 batas boleh tanam 2 baris. Saiz batas bendi 4 kaki lebar batas dan 5 kaki lorong kerja. Atau 4 kaki pun boleh. Ruang sangat penting utk pokok berkembang dengan baik
3. Pembajaan seminggu sekali. Jadual baja boleh rujuk posting saya sebelum ini.
https://www.facebook.com/100000440981542/posts/4231795596845098/?d=n
4. Kawalan serangga dan penyakit serta foliar seminggu sekali. Jadual juga ada saya sertakan pada posting sebelum ini.
https://www.facebook.com/100000440981542/posts/4231795596845098/?d=n
5. Penyiraman sehari sekali. Kalau hujan tidak perlu, kalau musim panas 2 kali sehari.
6. Semburan mikrob penyubur tanah diberikan sebulan 2 kali pada pangkal pokok dan tanah utk memastikan kesuburan tanah berada dalam keadaan yang baik sepanjang tempoh penanaman.
Apabila kuali atau periuk hangit disebabkan masakan memang masalah besar buat suri rumah. Mana taknya untuk mencucinya memperlukan tenaga yang kuat.
Jika rendam semalaman pun tak boleh menanggalkan kesan hangit pada permukaan periuk itu.
Bagi wanita ini, puan Faizah Samat, hanya mengunakan bahan soda dan cuka mampu menanggalkan kesan hitam dalam masa 5 minit.
Nak tahu caranya ikuti cara beliau.
Guna soda periuk kembali licin
Saya just nk kongsi satu petua. Al kisahnya saya rebus ketupat dalam periuk besar ni.. dok ralit sembang tak sedar ketupat hangus dah.. dekat sekilo jugak ketupat tak dpt diselamatkan.
Bhg atas ok la selamat.. nak cakapnya punya tebal kerak yg hangit bhg bawah. Tak tahu dh nk buat macamana. Saya nk buang dah sbb dh cuba gosok² pon tak hilang.
Mudahnya cara
Skali bila tanya mak. Mak cakap jgn buang sayang periuk besar tu. Cuba guna soda katanya. Saya pon masukkan air bg mendidih pastu saya masukkan soda dan cuka.. didihkan sampai 5 min. Saya buang air panas tu terus tonyoh dengan berus periuk yang kasar .. alhamdulillah tak sampai 5 min settle…
Sebagaimanan semua tahu, terdapat satu malam dalam 10 malam terakhir di bulan Ramadan yang diyakini paling istimewa iaitu Malam Lailatul Qadar. Kita dianjurkan untuk melakukan banyak amalan seperti mendirikan solat sunat, membaca al-Quran dan sebagainya dan terus istiqamah melakukannya melebihi malam-malam sebelumnya.
Pun begitu, jika di sepuluh malam terakhir tersebut seorang wanita datang haid, jadi apakah amalan yang boleh dilakukan untuk mendapatkan keberkatan malam Lailatul Qadar?
Menjawab kekeliruan di hati, jom kita baca perkongsian PU Salman tentang hal tersebut.
AMALAN KETIKA DATANG HAID WAKTU LAILATUL QADAR
1. Perbanyakkan niat yang baik.
Apa sahaja yang tak mampu dia buat dan diniatkan berazam untuk melakukannya Allah akan memberi pahala. Nabi saw bersabda:
Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangun tahajjud tetapi tertidur sampai subuh ALLAH CATAT PAHALA APA YANG DINIATKAN DAN TIDURNYA DIANGGAP SEDEKAH .
2. Doa
Doa pada malam tersebut mustajab kerana Nabi saw menganjurkannya.
Aisyah ra meriwayatkan:
Ya Rasulullah apa pandanganmu sekiranya aku bertemu lailatul qadar apa yang perlu aku ucapkan? . Nabi saw bersabda:
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Ya Allah sesungguhnya engkau maha pemaaf suka memaafkan , maafkanlah aku.
Hr Tirmizi.
Sufian athauri berkata:
الدعاء في تلك الليلة أحب إليّ من الصلاة
Doa pada malam itu lebih disukai dari solat.
3. Tasbih dan zikir.
Ibnu Abi Dunia meriwayatkan: AzZuhrie berkata:
” تسبيحة في رمضان أفضل من ألف تسبيحة في غيره ”
Sekali bertasbih dalam bulan ramadhan lebih baik dari seribu tasbih di waktu yang lain.
4. Perbanyakkan sedekah.
Nabi saw bersabda:
أفضل الصدقة صدقة في رمضان
Sebaik-baik sedekah ialah pada bulan ramadhan. Hr Tirmizi.
5. Memasak sahur untuk keluarga.
Sesiapa yang membantu orang yang berpuasa pahalanya seperti orang yang berpuasa.
Dalam hadis:
Kami bermusafir dgn Nabi saw , ada yang puasa dan ada yang tak puasa (sebab musafir). Kami singgah untuk berehat ketika cuaca yang sangat panas. Kebanyakan kami berteduh dengan pakaian dan ada yang hanya dengan tangan. Orang yang berpuasa lemah tidak mampu buat apa-apa. Orang yang tidak berpuasa memasang khemah dan memberi minum kepada binatang. Rasulullah saw bersabda” Orang-orang yang berbuka juga mendapat pahala puasa. Hr Bukhari dan Muslim
6. Mengejutkan keluarga untuk bangun malam.
Nabi saw bersabda:
Allah merahmati seorang wanita yang bangun malam dan solat serta mengejutkan suaminya. Kalau enggan bangun dia percikkan air pada wajahnya. Hr Bukhari.
7. Banyakkan istigfar waktu sahur.
Allah sukakan orang yg beristigfar waktu sahur.
Firman Allah:
وبالأسحَارِ هُم يَستَغفِرُون
Mereka sentiasa beristighfar waktu sahur. 18 : azZariyat.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.