
Apabila anak sekolah, bermulalah kesesakan jalan raya. Bukan itu sahaja, kelazimannya pintu masuk sekolah akan mula sesak.
Malah ada ibu bapa yang tidak prihatin, tanpa sengaja menganggu laluan sehingga menjadikan laluan ke sekolah sesak ekoran memberhentikan kenderaan dalam tempoh yang lama.
Menyedari akan hal ini, pelakon Faezah Elai meluahkan rasa kecewa sikap segelintir ibu bapa yang tidak cakna mengenai gangguan kesesakan di laluan sekolah.
Mengambil iktibar, Faezah tidak ralat menggunakan motosikal sebagai kenderaan untuk mengambil anaknya di sekolah.
__________________
JANGAN PENTINGKAN DIRI
Hari ni start sekolah 4,5,6 maka bapak tok nek segala jem lah… mak pak yg jenih selfish berenti kereta depan sekolah tunggu anak,paihtu kereta lain tk boleh lalu.
NAIK MOTOR JE MUDAH.
So kita merempit ja lah amik anak sekolah!! Nampak garis2 kt dahi tu? Tu bukan rambut,tu garis bekaih kena helmet, payah nk celuih masuk kepala sbb ada sanggoi.. maklumlah drp start pakai tudung tahun 2015 sampai lani 6 tahun dh,tkdan nk pi saloon potong rambut.. cheq lah repunzel mesia!!
I spend most of my time with my children.. And I believe most of the women will do the same.. Happy women’s day to all ladies in the world.
Sumber: Instagram Faezahelai
Adik Beradik Left Group, Seumpana Memutuskan Silaturahim. Ini Darah Daging Bukan Kawan-kawan

Pertelingkahan atau ketidak persefahaman antara adik beradik bukanlah perkara asing dalam institusi kekeluargaan.
Malah banyak insiden mengerikan berlaku sama ada di dalam mahupun luar negara.
Pun begitu, hubungan antara adik-beradik sering disifatkan sebagai ‘air yang dicincang takkan putus’.
Menerusi nukilan Setiausaha Majlis Ulama Isma (MUIS), Dr Ahmad Sanusi Azmi, mendoakan adik-beradik sendiri adalah sifat yang mulia dan ia dinyatakan dalam al-Quran.
Perkara ini dapat dilihat apabila Nabi Musa mendoakan abangnya Nabi Harun.
Hubungan abang adik ini adalah antara perkara yang menarik untuk diterokai kerana kehidupan mereka yang digambarkan di dalam al-Quran sebagai adik-beradik yang saling bantu-membantu antara satu sama lain dalam usaha dakwah.
Nabi Musa dan Nabi Harun memiliki dua karakter berbeza yang ditampilkan di dalam al-Quran.
Nabi Musa orangnya keras, sedangkan Nabi Harun itu sikapnya lembut.
Ini dapat dilihat daripada peristiwa yang berlaku setelah kaum mereka menyeleweng dari ajaran Islam, Musa memarahi abangnya Harun dengan menggenggam janggutnya dan menarik rambutnya.
Namun Harun membalas dengan baik dengan katanya yang bermaksud:
“Wahai anak ibuku (Nabi Musa)! Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku.
Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: “Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrail sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku!” Surah Taha: 94.
Nabi Harun orangnya fasih sedang Nabi Musa barangkali tuturnya tidak berapa lancar.
Artikel Berkaitan
Perkara ini diakui sendiri oleh Nabi Musa ketika meminta bantuan daripada Allah supaya Allah mengutuskan Harun sebagai pembantunya kerana beliau lebih fasih dalam bertutur.
Kata Nabi Musa yang bermaksud: “Dan saudaraku Harun, dia lebih fasih dari diriku” Surah al-Qasas: 34.
Walaupun memiliki karakter yang berbeza, dua beradik ini adalah pasangan yang ideal dalam dakwah.
Ketika Allah memerintahkan Nabi Musa untuk berdakwah kepada Firaun, beliau memohon supaya Allah melantik Harun, abangnya sebagai pembantu.
Pelantikan Nabi Harun sebagai pembantu Nabi Musa ini disebut berulang-ulang kali di dalam al-Quran yang menggambarkan betapa besar peranan Harun sebagai pembantu misi dakwah tersebut.
Allah menceritakan dialog Musa ini di dalam al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “Dan jadikanlah bagiku, seorang pembantu dari keluargaku. [30] Iaitu Harun saudaraku [31] Kuatkanlah pendirianku dengan sokongannya [32] Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku [33] Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu [34] – Surah Taha: 30-34.
Bukan sahaja saling membantu, Nabi Musa juga direkodkan sebagai mendoakan keampunan buat abangnya. Berapa ramai dalam kalangan kita yang mendoakan sesama adik-beradik sendiri?
“Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam syurga.” (Surah al-A’raf:151)
Melihatkan kepada doa ini, alangkah baiknya andai sesama adik-beradik itu saling mendoakan kebaikan dan keampunan sesama mereka agar mereka semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah.
Jika timbul masalah sesama adik-beradik, selesaikan secara baik menerusi perbincangan tanpa perlu mengambil langkah tidak matang seperti left WhatsApp group!
Sumber : Mstar
Artikel Berkaitan
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Walaupun Sekadar Pergi Ke Kedai Bersama Pasangan. Momen Ni Lah Yang Buat Perkahwinan Itu Makin Bahagia.

Apabila rumahtangga itu dikatakan saling melengkapi antara satu sama lain, tentu setiap perbuatan yang dilakukan akan meninggalkan kenangan manis. Lebih lagi jika hidup bersama setelah bertahun. Tentu janggal jika aktiviti dilakukan sendirian. Pasti rindu kepada pasangan untuk melakukan aktiviti bersama.
Begitu juga dengan perkongsian ini yang menceritakan tentang hidupa rumahtangga ini manisnya apabila aktiviti dilakukan bersama. Jika sebaliknya, tentu akan rindu momen indah ini. Walaupun sekadar membeli barang bersama, momen itu tetap jadi kenangan indah sehingga akhir hayat.
PERGI BERSAMA ISTERI JADI RUTIN
Semalam pergi pasaraya nak beli barang dapur. Masuk je pasaraya tu terus jumpa tempat roti. Dalam hati teringat selalu beli ada sejenis roti tu bila pergi pasaraya dengan isteri. Pegang roti tu, tapi tak sampai hati nak ambil.
Lepas tu jalan ke depan sikit, lalu bahagian bawang semua. Terbayang bila isteri pilih-pilih bawang, ikan bilis, cili kering, kentang. Selalunya saya tak tunggu, saya jalan pergi ambil benda lain. Selalunya saya akan ambil lemon untuk dibuat air.
Pergi kat bahagian beras. Kami biasanya akan bertembung semula kat kawasan beras ni dan saya akan ambil beras masuk dalam troli sambil dia hulur bawang dan benda lain untuk ditimbang nanti.
Selepas tu mesti akan lalu bahagian mee segera. Kebiasaannya akan ambil megi biasa je. Baru-baru ni kami mula beli jenama SAJI.
BANTU PASANGAN MELAKUKAN AKTIVITI HARIAN
.
Kat depan sikit ada tempat kerepek dan jajan. Tersusun rapi Brushette dan seaweed kegemaran isteri. Dua ni je jajan yang dia suka. Teringat saya beli semua jenis Brushette tu untuk hadiah ulangtahun kami bulan 10 baru-baru ni. Ade pizza la, tomato la, bawang putih la. Tersenyum tengok bila dia makan sambil seronok sebab dapat apa yang dia suka.
Bila lalu bahagian sayur, sampai sekarang saya tak hafal jenis-jenis sayur. Sebab saya tak makan sayur. Dia yang akan ambil sendiri dan saya akan pergi timbang.
Bahagian ayam pulak, selalunya kami akan ambil dua ekor, potong kecil dan buang kulit. Saya ambil ayam, dia akan ambil ikan. Kadang-kadang dia akan merengek manja nak beli udang. Saya tak kisah pun dia nak beli apa. Tapi dia masih rasa nak minta kebenaran saya dulu. Termasuklah bila dia teringin nak makan kerang.
Lepas selesai barang basah, kami akan ambil telur sepapan dan terus ke kaunter. Di kaunter, saya akan keluarkan barang dari troli dan letak atas kaunter. Dia pula akan masukkan barang yang sudah di”scan” dan letak kembali dalam troli yang dah kosong.
Selesai bayar, kami pun keluar. Ada kalanya dia teringin nak makan ais krim dan kadang-kadang dia akan beli ice lemon tea sekali. Dia akan tanya “nak ais krim boleh”. Saya tak pernah tolak. Sambil tersengih, dia akan masuk dalam kereta dengan anak-anak dan saya akan masukkan barang dalam boot.
Semalam, saya lalu semua tempat tu dan keluar dengan troli yang kosong. Tak beli apa-apa pun. Tak tau nak beli apa. Tak tau nak buat apa. Saya tak boleh berfungsi dengan sempurna tanpa isteri saya. Rindu sangat dengan dia.
Bila letak balik troli, baru teringat tujuan sebenar saya pergi pasaraya tu sebab nak beli lemon je. Saya pun masuk semula, beli lemon dan keluar.
LAKUKAN BERSAMA ISTERI, INI MAKNA SEBUAH RUMAHTANGGA
Apa-apa pun saya buat tanpa isteri saya, saya rasa tak bermakna. Tiada erti keseronokan dan kegembiraan kalau seorang diri. Walaupun hanya ke pasaraya, benda tu jadi istimewa kerana pergi bersama dia.
Kesemua jiwa saya ada pada dia. Bila dia tiada, saya takde mood nak buat apa. Sebab kami memang selalu buat benda bersama-sama.
Saya tak tahu macam mana orang boleh tergamak mengkhianati kasih sayang seorang isteri. Saya tak tahu macam mana orang boleh layan seorang isteri dengan buruk. Saya tak dapat bayangkan tidak meneruskan kehidupan setiap hari tanpa niat untuk isteri saya.
“Sayang, I sentiasa rindukan u. I rindu nak manjakan u, nak tengok senyuman u, nak peluk u lama-lama.”
Kredit: Akhtar Syamir
“Harap Awak Akan Ingat Kejadian Hari Ini. Ada Orang Yang Tiada Hubungan Persaudaraan Dengan Kamu Datang Membantu.” Cikgu Mohd Fadli Salleh

Jika dahulu, pepatah ini, ‘Guru Ibarat Lilin, Membakar Diri Menerangi Yang Lain’, pasti kita membayangkan usaha dan tenaga cikgu mengadakan kelas tambahan untuk memastikan anak-anak muridnya berjaya. Kini selain tugas hakiki tersebut terdapat guru yang membuat kerja-kerja kebajikan untuk membantu anak murid yang miskin dan kurang bernasib baik.
Begitulah yang dilakukan oleh Mohd Fadli Salleh yang menguruskan urusan bantuan pakaian dan kelengkapan sekolah yang disumbangkan oleh penderma buat anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan. Biarpun sudah hampir pertengahan tahun persekolah, bantuan tetap diberi kepada anak-anak ini.
Beliau juga sempat berpesan kepada anak-anak muridnya bahawa menghargai sumbang yang diberi dan tidak lupa diri. Menitipkan nasihat kepada anak-anak murinya agar ia menjadi pencetus kepada murid-murid ini menjadi seorang yang mensyukuri nikmat dalam kehidupannya
“Awak mungkin lupakan cikgu suatu hari nanti. Awak mungkin lupa wajah cikgu. Mungkin lupa nama cikgu.
Namun cikgu harap awak akan ingat kejadian hari ini. Kejadian di mana ada orang yang tiada hubungan persaudaraan dengan kamu datang membantu.
Cikgu sangat berharap kamu sentiasa ingat ada seseorang yang tidak melupakan awak disaat awak dan keluarga awak dalam kesusahan.
Awak mungkin seorang anak yatim pada hari ini, awak mungkin dari keluarga miskin hari ini, dan bila awak besar esok, beribu-ribu kanak-kanak senasib dengan awak diluar sana.
Awak bantulah mereka seperti mana awak dibantu hari ini. Bantu apa sahaja. Jika pun tidak kaya, bantu dengan tenaga. Bantu mengelap air mata.
Kita hidup tidak lama. Dan hidup ini bukan hanya berkisar tentang kita.
Jangan biarkan kitaran peduli seperti ini terhenti. Jangan biarkan putaran kebaikan seperti ini mati.
Jangan biarkan!
Cikgu tak marah jika kamu lupa cikgu suatu hari nanti. Namun cikgu sangat marah jika kamu hentikan kitaran kecaknaan ini!”
Itulah antara bait kata yang sering aku tuturkan pada murid bila aku kumpulkan mereka untuk serahkan bantuan dan sumbangan yang kawan-kawan kirimkan.
Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.
Mohd Fadli Salleh,
Guru sekolah rendah sahaja.