Kadang-kadang sebagai ibu ni, tak boleh nak nafikan ada masanya kita termarah anak tanpa sengaja. Tak tahu mana silapnya, anak cuma mahu bereksplorasi dan melalui proses tumbesaran seperti biasa. Kasihan anak terpaksa melalui pengalaman dimarahi tanpa mengetahui apa salah mereka.
Penulis Keibubapaan, Wawa Shauqi bercerita tentang hal ini;
“Kenapa marah anak? Sebab dia ada buat salah ke?”
3 kali juga terapis tanya pada saya.
Bila perasan soalan berulang, saya pause sebelum jawab. Mesti ada benda yang saya tak perasan.
Ya. Memang betul saya tak perasan.
Bila saya ambil masa seminit berfikir, barulah saya nampak yang sebenarnya anak saya kena marah sebab saya.
Mereka bukan buat salah pun.
Mereka berlari-lari, bermain sambil buat bising, sebab sedang menjalani fitrah mereka selaku kanak-kanak.
Yang sebenarnya, saya yang triggered.
Betul kan?
Di kebanyakan masa, kita mak-mak ni marah-marah bukan sebab anak. Tapi sebab kita sendiri yang triggered.
Triggered mungkin sebab tengah penat mentally.
Mungkin juga sebab overstimulated.
Mungkin juga sebab dah biasa dari kecik, kita dimarahi bila aktif bermain dan berbuat bising.
Ya, tanpa sedar, kita jadi sama macam orang yang masa kecik dulu kita tak suka.
Setiap kali kita triggered dengan anak, terapis cadangkan untuk buat Butterfly Hug. Kemudian cakap pada diri,
“I am triggering. It’s ok… It’s ok.”
Saya perasan, bila saya buat Butterfly Hug saat emosi tak ok :
1) Saya dapat PAUSE dari react. (Termarah atau terpukul)
2) Saya rasa lebih tenang dan SELAMAT.
3) Kepala saya yang bising akan jadi SENYAP.
4) Rasa lebih BERDAMAI dengan diri.
Bila kita sedar diri kita triggered, kita ada peluang untuk pause dan berfikir sebelum bercakap.
Ini antara ayat-ayat yang saya cakap pada anak bila saya sedar saya triggered.
1) Mama tengah tak ok ni. Rasa overstimulated. (Mujur saya dah cerita kat anak pasal deria emaknya ini sangat sensitif) Mama hargai kalau korang boleh perlahankan suara. Dan main Hotwheels instead of rough n tumble.
2) Mama perasan cara mama cakap ni macam defensive. Kita cuba re-do balik. Mama cuba cakap dengan elok-elok.
3) Mama rasa macam tak boleh kawal marah ni. Bagi mama masa 20 minit. Mama tenangkan diri. Mama dah ok, mama datang balik.
4) Mama nak dengan Ammar cakap. Tapi tadi mama respon tak ok. Boleh Ammar cakap balik bila mama dah ready untuk respon dengan baik?
Yang terharunya, bila anak-anak nampak saya berusaha, ada masanya mereka offer nak peluk saya.
Bila berpelukan, auto saya pun lebih tenang. Nak marah anak pun tak jadi. Anak-anak pun faham tindakan yang mereka boleh ambik untuk tak bagi kepala mak dia meribut balik.
Kalau kita faham anak dari sekarang,
dan bantu anak proses emosi dengan baik pada masa sekarang,
Anak dah tak perlukan so-called teknik mahupun terapi untuk dia memahami diri.
Dan untuk dia proses emosi yang terpendam sejak kecil.
Semoga kita akan menjadi ibu yang lebih penyabar dan boleh mengawal diri dari marah-marah anak.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my