Kasih sayang ibu tiada sempadan demi memastikan anak tersayang dijaga dengan sempurna walaupun punya kekurangan diri. Begitulah perkongsian yang dipaparkan oleh sukarelawan Natipah Abu Bakar di laman facebooknya mengenai kisah kemiskinan sebuah keluarga yang mempunyai anak istimewa. Sebak membaca perkongsian yang dipaparkan. Moga kita dapat membantu menambah keperluan keluarga ini.
AHMAD AMMAR BIN IBRAHIM -4 THN ( CEREBRAL PALSY )bs
Kita kata kita susah . Hakikatnya di luar sana ada lagi yang lebih susah dari kita. Inilah realiti kehidupan.Menitik air mata saat pertama kali menjejakkan kaki ke dalam rumah anak syurga ini.
Dua bidang tikar lusuh menyambut kedatangan kami. Halkum bagaikan tersumbat untuk terus melontarkan soalan demi soalan seperti lazimnya. Rasanya … inilah antara anak syurga yang paling dhaif pernah diziarahi setakat ini.Melihatkan keadaan dari luar rumah batu yang di sewa dengan harga RM200 ini , nampak biasa saja. Tetapi bila melangkah ke dalam .. spontan hati berbisik ..
Kelihatan di satu sudut rumah pula sebuah stroller usang … yang mungkin juga disedekahkan orang tetapi sudah tidak muat lagi untuk anak ini .
Terasa untungnya ibu bapa anak syurga lain di luar sana yang sekurang-kurangnya masih mampu selesa makan tidurnya. Masih ada kereta ibu ayahnya. Masih ada wasap ibu-ayah sehingga dengan mudahnya memuat naik status meminta bantuan untuk anak mereka.
Tapi anak syurga ini, tiada semua itu. Tiada tempat tidur yang selesa pun. Makan minum entah bagaimana. Tiada juga telefon canggih. Berulang alik ke hospital pun dengan teksi saja.
Anak tunggal pasangan ini, lahirnya normal .. namun ketika usia 9 bulan .. segalanya berubah bila dia diserang demam panas dan disusuli dengan sawan.
Ibu yang ketika itu bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah di sini akhirnya terpaksa berhenti kerja kerana terpaksa keluar masuk hospital merawat dia yang disahkan jangkitan kuman. 2016 … dua kali darah beku disedut keluar dari kepalanya.
Akhir sekali … 2 April 2018 … anak ini ada menjalani pembedahan membuang darah beku di kepalanya. Kesembuhan yang diharapkan belum menampakkan tandanya. Namun buat si ibu .. dia tetap redha menerima segala yang telah ditakdirkan.
“ Saya tak mau duit, saya hanya
nak susu dan pampers untuk
anak saya. .Biarlah saya susah ..
tak apa … asal susu anak tak
putus . “
Keluarga ini ada menerima wang bantuan JKM … dengan wang itulah ibu mencatu segala keperluan kerana berapa lah sangat pendapatan suami.
Kita di sini , akan menyumbang bekalan susu dan lampin pakai buang utk anak ini setiap bulan. Berapa lama … bergantung kepada jumlah sumbangan yang kita terima .
Semoga Allah permudahkan urusan keluarga ini …
Ibu Ammar boleh dihubungi di nombor 013 459 4253 .
** 2005101000102860 Agro Bank Maszelina Bt Osman