Kita Jauh Hari Ni, Sebab Nak Jumpa Hari Esok. Meruntun Jiwa Perkongsian Lelaki Ni.

Share

Sungguh menyayat hati, apabila keadaan dunia makin parah dengan wabak ini. Ia berleluasa sehingga ribuan meragut nyawa manusia.

Malaysia pula tidak terkecuali. Mengikut rekod kematian didapati meningkat hari demi hari. Setiap hari kita dapati ada laporan kematian, hati kita pasti sebak walaupun  tidak mengenali mereka.

Penularan wabak ini membuatkan setiap hari kita bimbang, tertekan dan takut wabak COVID-19 ini makin meningkat. Jika pada awal hanya puluhan sahaja dijangkiti kini, KKM melaporkan sudah cecah ke seribu lebih dengan 14 kematian.

Lantaran itu, pada 18 Mac 2020 lalu KKM telah mengarah perintah kawalan pergerakan selama dua minggu di rumah sehingga 31 Mac 2020.

Lebih mengejutkan ada yang anggap perintah ini remeh temeh apabila pulang ke kampung halaman, bercuti, lepak dengan rakan-rakan tanpa menghiraukan arahan untuk mengelak jangkitan.

Ekoran ingkar sehingga kerajaan terpaksa melibatkan pihak anggota tentera.

JANGAN SEBARKAN PADA IBU BAPA DI KAMPUNG 

Bayangkan kita masih BERDEGIL tetap mahu  pulang ke kampung, tidak ikut perintah #stayathome, apa akan jadi kepada mereka yang berusia emas ini. Ibu bapa kita sendiri.

Sayangilah orang tua anda di kampung! Jika anda sayang mereka, TOLONGLAH jaga jarak anda dengan mereka buat sementara waktu( social distancing), jangan melawat kalau orang tua masih sihat dan berupaya. Jika rindu sangat boleh aje buat video call bertanya khabar.

Telefon mereka setiap hari. Jangan lupa nasihat ibu bapa di kampung mengenai cara pencegahan seperti jangan bersalam dengan sesiapa yang datang ke rumah, kerap minum air dan jaga kebersihan tangan dan kesihatan diri.

Ingatlah kita jauh hari ni, sebab kita nak jumpa hari esok. 

Begitu juga mengenai perkongsian lelaki ini, Ammar Zahar di laman facebooknya yang sungguh meruntun jiwa.  Apabila terlalu ramai rakyat Sepanyol dijangkiti wabak sehingga memaksa mereka ‘melepaskan’ pesakit warga emas untuk memberi peluang kepada pesakit lebih muda mendapat rawatan.

WARGA TUA ‘DILEPASKAN’ DEMI PESAKIT LEBIH MUDA.

“Di Spain 🇪🇸, seorang Dr yang menguruskan pesakit2 Covid membuat kenyataan menyedihkan.. 😭😭”

Terpaksa mencabut alat bantuan pernafasan pesakit berusia 65 tahun ke atas untuk memberi ruang kepada yang lebih muda.

“Dia beritau di Spain, mereka terpaksa mencabut alat bantuan pernafasan pesakit2 berusia 65 tahun keatas untuk memberi ruang kepada pesakit2 yang lebih muda.”

“Mereka (pesakit2 kritikal warga emas tersebut) hanya diberikan sedatif supaya mereka tak menderita.”

WARGA TUA ‘DILEPASKAN’ BILA TAK CUKUP ALAT BANTUAN PERNAFASAN

Tak Cukup Alat Bantuan.

”Ini semua gara-gara terlalu banyak kes kritikal Coronavirus di Spain sampai diorang tak cukup alat bantuan pernafasan 😭”

“Spain kini mempunyai 29,909 kes positive Coronavirus dan mencatat 1813 kematian.”

LINDUNGILAH IBU BAPA, KELUARGA DAN DIRI ANDA.

”Kita rakyat Malaysia 🇲🇾 jangan lupa pesan dan terus berpesan lebih-lebih lagi orang2 tua supaya duduk rumah diam-diam. Yang muda, tak payah bersalaman, berpelukan, dengan orang2 tua kita dulu. Jangan kerana kita, mereka positive Covid.”

“Kita taknak jadi macam Spain 🇪🇸 yang terpaksa memilih ‘siapa untuk diselamatkan’. 😭”

Semoga kita ikut arahan kerajaan #stayathome dan wabak ini segera dapat disisihkan dari dunia dan negara kita.

Kredit: Ammar Zahar