Kasih ibu bawa ke syurga dan kasih bapa kekal selamanya. Ini menunjukkan betapa ibu bapa perlu diberi status kedudukan yang amat mulia. Antara coretan Abby Abadi ialah “Kita jaga mak ayah kita, insyaallah anak-anak jaga kita pula.”
Hati tersentuh kala membaca coretan Abby Abadi pada masa yang sama memuat naik video rutin mandikan ayahanda tersayang. Menerusi coretannya, beliau melahirkan rasa rendah diri untuk memberikan tanggungjawab yang terbaik sebagai anak kepada ayahanda tersayang.
Walaupun kadang kala menghadapi kekangan masa, beliau dan suaminya akan sedaya upaya meluangkan masa untuk menguruskan rutin harian menguruskan ayahanda selain dibantu bondanya.
Muhasabah diri buat dirinya, beliau juga berpesan kepda pengikutnya supaya menjaga kedua ibu bapa, moga menjadi teladan kepada anak-anak.
Nyata, oleh kerana itulah, Islam meletakkan ibu bapa pada status tertinggi dalam kehidupan seorang anak selain Tuhan dan Nabi. Sesungguhnya sedar atau tidak, kita selamanya adalah anak kepada kedua ibu bapa. Sama ada mereka masih hidup atau meninggal dunia.
Ads
Rutin mandikan Ayah
Usahakan tiap2 pagi.. Tapi bila ada hari2 yg tak sempat, rasa berdosa sangat sebab kesian dekat Mak huhu ?
Kadang suami seorang, kadang Sy dgn suami, kadang anak buah yg nama azrai tlg.. ni ada Danish, ajak Danish sekali.. Ayah kita, usahakanlah yg terbaik. Kalau tak anak2 & cucu2 sendiri yg buat, nk harap siapa kan? ?
Ads
Kita jaga Mak Ayah kita, inshaALLAH esok2 anak2 jaga kita pula kan? Amin.
Dalam pada itu, netizennya juga melahirkan rasa sedih dan berkongsi kisah yang sama mengenangkan kisah ibu bapa tercinta. Sungguh menyentuh hati.
Ads
Apa yang pasti, bagi pendapat admin, yakin dengan keikhlasan menjaga mereka akan menjadi teladan yang baik untuk anak.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa yang menziarahi kedua-dua orang tuanya, maka Allah mencatat untuknya setiap langkahnya dengan 100 kebaikan dan menghapuskan 100 kejahatan serta mengangkat untuknya 100 darjat, apabila dia duduk di hadapan kedua-dua orang tuanya serta bercakap dengan perkataan yang baik, maka kelak pada hari kiamat Allah Taala akan memberi kepadanya nur cahaya yang memancar di hadapannya. Apabila dia kembali dari ziarahnya itu, maka kembalilah dia dengan mendapat keampunan.” (Hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Zar al-Ghifari)
Moga kita semua muhasabah diri untuk menjadi anak yang terbaik kepada ibu bapa.
Anak anugerah terindah buat kita pasangan suami isteri dan mereka itu ibarat kain putih dan bergantung kepada kita sebagai ibu bapa untuk mencorakkannya.
Sebagai ibu bapa yang diberi tanggungjawab yang cukup besar ini, kita kena faham pembentukkan dan cara didikan perlu dilakukan bermula sejak mereka kecil lagi.
Semestinya kita semua impikan anak-anak yang baik akhlaknya, berjaya dunia dan akhirat. Doa kita pasti sentiasa ada mengiringi mereka.
Pun begitu, dalam usaha kita untuk membesarkan anak-anak jangan lupa untuk menitipkan pesanan-pesanan yang membuatkan mereka ingat sampai bila-bila walau ibu ayah sudah tiada di dunia ini.
Hubungan anak dan ibu bapa tidak akan terputus walau salah satunya sudah meninggal. Meski tidak berhubungan secara langsung, anak yang soleh akan dapat mengirimkan doa untuk memberikan ketenangan kepada ibu ayah yang telah tiada.
PESANAN PENTING BUAT ANAK
Bila mak ayah dah meninggal…..
-Nanti jangan lupa bersedekah untuk mak ayah setiap hari. Sebab dulu mak ayah tak sedekah banyak kerana besarkan korang.
-Jangan lupa bacakan Surah Mulk untuk mak ayah setiap malam. Nanti ada juga peneman mak ayah di kubur.
-Doakan kebaikan untuk mak-ayah setiap hari.
Ini yang lebih penting untuk kita pesan dan wasiatkan sebab, tak tentu lagi kita selamat dengaan amalan sendiri.
Kalaulah amalan sedekah pahala tak cukup, boleh juga anak yang masih hidup tolong ‘top-up’kan.
Dan doa, bacaan Quran dan sedekah ni jangan minta mereka buat setahun sekali masa hari raya je. Ingatkan mereka, jika benar sayang mak-ayah buat setiap hari.
Sebab dulu, kita jaga anak careful everyday. Kita bagi mereka makan-minum everyday, bukan seminggu sekali.
Ingatkan anak anda. Sebab, jarang anak yang ingatkan ibu-bapa mereka yang dah meninggal. Masa meninggal je anak menangis seminggu. Lepas tu mereka enjoy dengan harta-pusaka. Mereka fikir kita di alam sana pun selamat dan gembira.
Then setahun sekali baru nak jenguk kubur baca Fatihah masa raya.
Saya kira, bukan begitu relationshipnya. Saya fikir, antara tanda anak benar-benar sayangkan ibu-bapanya, ia berpanjangan setiap hari tak kira kita masih hidup ataupun dah kembali ke alam sana.
Ia bantu kita setiap hari dengan doa, bacaan Quran dan sedekah yang ikhlas yang BERMANFAAT untuk kita di alam sana.
Dan semua kesedaran ini bermula dengan kita, ibu-bapanya yang mendidik dan mengingatkan mereka.
Ingatlah,
Apa yang kita ingatkan mereka, itulah yang kita dapat.
Ingatlah,
Kematian bukan penutup segalanya. Kita masih hidup. Cuma berpindah medium (alam lain) sahaja.
Sekian, ingatan untuk diri sendiri, seorang bapa yang ada anak-anak dan, seorang anak yang telah bapanya kembali ke Rahmatullah .
Setiap hari saya cuba yang terbaik untuk sambungkan kasih-sayang kepada arwah abah dengan bacaan Al-Quran, sedekah dan doa kerana percaya janji Tuhan :
‘dan orang beriman yang diikuti zuriat keturunannya dalam keadaan beriman juga, Kami hubungkan (himpunkan) mereka dan zuriatnya di syurga….’ (Surah Thur, 21).
Susulan penularan COVID-19 di seluruh dunia, rata-rata masyarakat kini amat mementingkan aspek kesihatan. Penjarakan sosial, kerap membersihkan tangan selain pemakaian pelitup muka sudah menjadi norma baharu dalam kehidupan bagi membendung penularan wabak yang merbahaya ini.
Kejayaan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang mencapai imuniti kelompok dengan 80 peratus penduduk dewasa lengkap divaksin membuatkan ramai menarik nafas lega. Ini merupakan satu perkembangan yang baik terutama dalam memerangi wabak tersebut.
Walau bagaimana pun, ibu bapa tetap melahirkan rasa bimbang akan tahap kesihatan anak-anak yang masih terdedah kepada wabak ini terutama sekali yang belum boleh menerima vaksin COVID-19 iaitu bayi dan kanak-kanak dibawah umur 12 tahun.
Menurut laporan Malaysiakini pada 2 September 2021, ibu hamil dan kanak-kanak kekal sebagai populasi berisiko di mana lebih 320,000 bayi dan kanak-kanak telah dijangkiti virus sejak bermulanya pandemik.
Kanak-kanak & ibu hamil boleh mendapatkan Perlindungan Pendapatan Hospital PERCUMA jika positif COVID-19 dari AIA Malaysia!
Memahami kebimbangan rakyat Malaysia terutamanya mereka yang bergelar ibu bapa ketika musim pandemik ini, AIA Malaysia tampil untuk membantu golongan rentan yang semakin terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19 iaitu kanak-kanak serta ibu hamil dengan menawarkan Perlindungan Pendapatan Hospital COVID-19 Percuma.
Tawaran ini merupakan sebahagian daripada inisiatif dibawah kempen terbaharu AIA Malaysia iaitu “Anakku Sihat Negaraku Hebat” yang dilancarkan bagi membantu keluarga hidup lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.
Kanak-kanak (17 tahun dan ke bawah) serta ibu hamil akan menerima Perlindungan Pendapatan Hospital sehingga RM150 setiap hari sehingga maksimum 14 hari sekiranya disahkan positif COVID-19 dan memerlukan kemasukan hospital.
Perlindungan ini tersedia sehingga 31 Disember 2021 dan adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Ibu bapa yang berminat boleh mendaftar sebelum 31 Oktober 2021 melalui pautan ini.
Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh AIA untuk Ibu Bapa dan Anak Tersayang!
Bagi pasangan yang bakal menimang cahaya mata mahupun yang baru bergelar ibu bapa, perlindungan takaful atau insurans adalah antara keperluan utama yang perlu anda teliti sebaiknya untuk jaminan pada masa hadapan. Malah, bagi ibu bapa yang memiliki anak yang berusia bawah lima (5) tahun, inilah masa yang sesuai untuk memikirkan soal perlindungan untuk si kecil.
AIA Malaysia menyediakan ekosistem kesihatan dan kesejahteraan komprehensif untuk membantu keluarga hidup lebih sihat, berpanjangan dan bermakna. Ekosistem Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh (Total Health Solution – THS) AIA, memberi fokus kepada tiga tunggak utama iaitu Hidup Sebaiknya (Live Well), Lindungi Sebaiknya (Protect Well) dan Pulih Sebaiknya (Get Well).
Ianya seiring dengan kempen “Anakku Sihat, Negaraku Hebat” yang juga bertujuan memastikan para ibu bapa menikmati ketenangan fikiran apabila mengetahui bahawa anak-anak mereka mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan dan perlindungan yang berkualiti sepanjang fasa tumbesaran kritikal, lebih-lebih lagi pada musim pandemik ini.
Antara pelan-pelan yang tersedia untuk pilihan ibu bapa termasuklah:
A-Life Ikhtiar Child Solution
Produk inovatif yang melindungi anak sejak dari dalam kandungan sehingga membesar, A-Life Ikhtiar Child Solution merupakan sebuah pelan takaful yang fleksibel dan sesuai untuk ibu bapa yang ingin menyertai skim Takaful Keluarga.
Pelan ini bukan sahaja menyediakan perlindungan komprehensif serta peluang simpanan untuk anak (all in one plan), tetapi juga didatangkan dengan pelbagai pilihan rider patuh syariah yang memberikan ibu bapa ketenangan dan jaminan keselamatan dalam perjalanan membesarkan anak-anak.
Selain ciri pelan yang fleksibel, ia juga melindungi anak anda daripada penyakit kuning neonatal, 19 keadaan kongenital, masalah tumbesaran serta melindungi si ibu terhadap komplikasi kehamilan seawal 13 minggu sehingga melahirkan.
Lebih istimewa lagi, ini merupakan pelan pertama di pasaran yang menawarkan pembayaran balik kos rawatan perubatan dan caj hospital sekiranya bayi anda dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Unit Rawatan Rapi (ICU) atau Unit Rawatan Separa Rapi (HDU) dalam tempoh 30 hari pertama kelahiran.
Bukan itu sahaja, pelan ini hadir dengan ciri unik AIA, iaitu Vitaliy Joy Wallet yang memberi ganjaran kepada anak anda apabila anda kekal sihat menerusi program AIA Vitality. Ini bertujuan untuk menggalakkan anda menitikberatkan aspek kesihatan sambil menikmati pelbagai ganjaran termasuk vaksinasi kanak-kanak serta pemeriksaan gigi dan mata untuk anak anda.
A-Life Joy Xtra
Direka untuk ibu bapa yang lebih cenderung memilih pelan insurans konvensional, A-Life Joy Xtra adalah pelan berkaitan pelaburan komprehensif yang juga didatangkan dengan pilihan-pilihan rider yang menyediakan ciri-ciri serta manfaat yang sama seperti A-Life Ikhtiar Child Solution.
Tawaran Istimewa dari AIA Malaysia!
AIA Malaysia komited dalam menyokong ibu bapa membesarkan anak-anak yang sihat dan ceria. Dari peringkat kehamilan hingga ke kelahiran dan seterusnya, AIA akan sentiasa berada di setiap langkah perjalanan hidup dan kesihatan anda sekeluarga.
Pelbagai tawaran menarik tersedia buat para pelanggannya termasuk hak dan kadar istimewa untuk pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh rakan penjagaan kesihatan AIA seperti:
Selaras dengan kempen ‘Anakku Sihat, Negaraku Hebat‘, AIA Malaysia sedang menganjurkan siri webinar, bengkel dan kelas antenatal percuma yang terbuka kepada orang ramai untuk sertai.
Kelas antenatal eksklusif dengan kerjasama Hospital Pantai Kuala Lumpur akan berlangsung setiap bulan sehingga Disember 2021, pada hari Sabtu dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari. Untuk pendaftaran kelas antenatal percuma, layari pautan ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bahaya sentiasa ada di mana-mana. Dapur antara ruang rumah yang paling terdedah dengan bahaya pada anak-anak kita. Ketika kita asyik memasak di dapur, ada waktunya kita langsung tidak menyedari anak-anak yang datang secara senyap.
Ada waktunya, anak-anak mencapai apa sahaja tanpa sempat kita elak. Terkena minyak panas atau air panas memang amat ditakuti oleh kita sebagai ibu. Jika anak terkena, cemas usah cakaplah, apa lagi berhadapan dengan tangisan anak tanpa henti.
Bila anak terkena minyak atau air panas, jangan cemas, sebaiknya bertindak dengan pantas dan lakukan perkara-perkara ini untuk meredakan. Salah satunya adalah dengan rawatan tradisional.
Jom semak caranya!
1. Lidah buaya
Ambil lendir daun lidah buaya atau juga dikenali dengan Aloevera. Campurkan dengan buah manjakani yang sudah ditumbuk lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang terkena minyak atau air panas.
2. Kapur sirih
Ambil kapur sirih dan sapukan pada bahagian kulit yang telah melecur. Biarkan kapur sirih tersebut kering. Lakukan berkali-kali, bukan sahaja mengurangkan rasa sakit malah kesan lecur juga boleh dikurangkan.
3. Serbuk kopi
Redakan rasa sakit dan pedih dengan meletakkan serbuk kopi pada bahagian yang terkena percikkan minyak panas atau air panas.
4. Pelepah pisang
Ambil pelepah pisang dan sapukan pada bahagian kulit yang melecur. Ia dapat membantu melegakan kesakitan dan elakkan daripada terkena air pada bahagian kulit yang melecur tadi.
5. Telur
Pecahkan sebiji telur dan sapukan pada bahagian kulit yang melecur tadi. Lakukan berkali-kali sehingga kurang rasa sakitnya.
6. Tepung
Segera lumurkan dengan tepung pada bahagian kulit yang melecur dengan berhati-hati. Dikatakan tepung boleh membantu agar kulit tidak melepuh.
7. Ubat gigi
Sapukan ubat gigi di bahagian yang melecur dan biarkan hingga kering. Kulit akan terasa lebih selesa dan pasti tidak akan menggelembung berair.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di