Ramai yang memuji caranya yang dianggap patut ada pada setiap anak-anak lelaki.
Ikuti perkongsiannya.
Fateh kata “kakak pompuan, kakaklah kene bawak air semua ni” Mak dia jawap “Eh cantikkkkkk muka kauuuua. Ini semua kerja org lelaki, pergi dapur ambil sekrg, mummy papa nak minum”
Ads
Walaupun muka dia mencuka, tetaplah dia buat juga. Itu je yg kita nak, biar badan dia biasa dan tak kekok utk buat. Kita tak nak develop ego dia membesar and break that dengan suruh dia buat kerja rumah.
At this age, tak perlu sibuk explain itu ini, akal dia belum sampai lagi, biasa kan dulu so ego dia tak membesar dari kecil lagi. Kita x nak bila besar nanti dia rasa jatuh maruah dia bila buat kerja rumah, rasa dia x layak buat kerja rumah, rasa kerja rumah ni org pompuan kene buat walhal ia jelas tanggungjawab suami dan ihsan isteri.
Kita bukan bina baby body, kita bina bakal imam, bakal ayah, bakal ketua dan bakal pemimpim utk future nanti. Ok, sapa nak jadi besan i sekrg!
Setiap kali kelahiran anak pasti mak ayah buntu mencari nama yang sesuai untuk si kecil mereka. Ada yang mengambil masa yang agak lama untuk mendaftarkan nama anak gara-gara keliru dengan pilihan.
Tak kurang juga ada pasangan yang gagal mencapai kata sepakat dalam satu-satu pilihan nama. Sudahnya nama anak diberi ikut sedap sebut sahaja tanpa memeriksa maksudnya lebih dahulu.
Sekarang bukan sahaja trend nama anak ikut sedap mulut tetapi nama yang panjang berjela seperti, Wan Muhammad Haikal Firdausi, Muhammad Qayyum Nur Qardhawi, Syafika Nur Irdina dan sebagainya. Bukan tak boleh tapi kesian pada anak.
Bagi mak ayah yang bakal menyambut kelahiran anak ataupun masih sedang mencari nama anak, apa kata jadikan panduan yang dikongsikan oleh saudara Nik Nizam Nasir yang merupakan seorang kakitangan Pejabat Agama Islam di Tumpat. Sangat membantu!
Jom ikuti info dan panduan untuk memberi nama anak yang ringkas dan sangat bermakna.
Panduan memberi nama anak dalam Islam. Kebetulan ada seorang pelanggan datang ke pejabat saya nak sokongan tukar nama anak.
Tukar nama anak ni memang la sunat kalaulah nama anak tu nama yang buruk atau erti yang tidak baik. Ibnu Umar pernah cerita dalam soheh Bukhari yang Nabi pernah tukar seorang perempuan nama Asiah (dengan huruf Ain) kepada Jamilah. Tapi kalau dah nama tu ertinya baik, dah tak payah la nak tukar-tukar.
Adalah dinasihatkan sebelum letak nama anak tu fikir-fikirkan lah dulu. Nama ni tak perlu la panjang-panjang. Memadailah satu perkataan atau habis banyak 2 perkataan.
Yang hebatnya ada orang yang sampai 3,4,5 perkataan tapi bila panggil nama anak tu tau pulak dia tak panggil kesemuanya. Contoh Muhammad Aiman Firdaus Jannatul ula. Bila panggil Man jee. Naya anak tu nak tulis nama dia. Nak- nak bila isi borang. Tak cukup kotak pulak nak letak huruf.
Waktu sunat kasi nama anak ni ada hadis yang nyatakan pada hari ke 7 dan ada pulak hadis lain kata pada hari pertama.
Oleh kerana terdapat 2 hadis yang bertentangan, maka Imam An-Nawawi merumuskan bahawa bagi orang yang tak sempat nak lakukan aqiqah pada hari ke tujuh, maka sunat dia letak nama dan tahnik pada hari pertama akan tetapi, kalau dia nak buat aqiqah pada hari ke-7 barula sunat beri nama anak pada hari tersebut.
Nama ni sebenarnya penting kerana Nabi bersabda, kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama kamu dan bapak kamu. Maka perelokkanlah nama nama kamu.
Sebaik-baik nama adalah Abdullah dan Abdul Rahman.
Ada orang tanya saya, ada ke apa-apa fadhilat letak nama Muhammad di hadapan?
Orang Melayu ni sangat sinonim nak letak nama Muhammad kat depan supaya kononnya dapat syafaat di akhirat kelak. Saya kata tak dak fadhilat apa-apa pun nak letak nama gitu. Kalau betul nak syafaat, jagala amalan, rajin-rajin la berselawat dan buatla seperti mana yang Nabi ajar. Itu baru betul. Nak dapat syafaat ni memang tak ada kaitan dengan nama pun.
Soalan kedua boleh ka kita letak nama anak dengan nama malaikat?
Kan nak nampak hebat letak ja nama anak Nik Mikhail.Mengikut Ulamak Syafieyah nak letak nama anak dengan nama para malaikat ni hukumnya harus, tapi sebagaimana kata Qadi Iyadh sebahagian Ulamak memakruhkannya termasuklah Imam Malik sendiri.
Antara kesilapan lain nak letak nama anak ni : 1. Letak nama Nur untuk anak perempuan. Sebenarnya Nur ni nama untuk lelaki.
2. Letak nama dalam isim faeil atau memberi erti nama. Pekerjaan. Contohnya macam Masyitah. Masyitah ni ertinya tukang sikat rambut atau halwani yang ertinya orang jual kuih.
3. Nama Zaleha, Zaleha ni sebenarnya tak dak makna pun. Nama asalnya mungkin Zulaikha. Itupun Zulaikha ni nama israeliyyat.
4. Nama yang dipendekkan boleh bertukar makna. Sebagai contoh, saya ada seorang sahabat nama Azani / Izani. Ada sahabat lain panggil nama dia Abang Zani. Zani tu sendiri membawa erti yang tidak elok .
5. Ada juga nama yang membawa erti lain kalau salah sebut pendek atau panjang, seperti Jamaluddin dan Jamaaluddin. Kalau Jamaluddin ertinya unta agama /جمل الدين, kalau Jamaaaludin جمال الدين pulak , dipanjangkan sikit jamaaal tu barulah maknanya kecantikan agama.
Kes ni sama juga kalau salah sebutan seperti Kadir dan Qadir. Kalau Kadir maknanya keruh tapi kalau Abdul Qadir maknanya hamba yang Maha berkuasa. Kena ada beza antara qaf dan kaf.
6. Tak payah la letak nama seperti Bukhari, Nawawi, Baihaqi, Tirmidzi dan sebagainya. Itu semua nama tempat. Mungkin suatu hari orang akan letak nama Kelantani.
7. Ada juga nama yang nama di idafatkan seperti Khairul atau Syamsul. Nama tak habis tu pakcik. L kat belakang tu nak sandar pada apa? MENGIKUT KAEDAH BAHASA ARAB MEMANG TAK BETUL.
8. Nak letak nama tu bukan sahaja asalkan bahasa arab. Ada satu kes dulu nama dia Muhammad Alkhannas. Alkhannas ni bunyi memang la best, tapi maknanya anak syaitan bro. So hati-hatilah ye.
Kalau boleh cari la nama yang baik untuk kita letak nama anak anak, kerana itu juga adalah، merupakan doa buat mereka.
Sekian.
Jadi buatlah yang terbaik untuk anak kita dengan memilih nama yang tepat. Tak sedap tak apa asalkan maksudnya sempurna dan baik di sisi Allah.
Sumber: Nik Nizam Nasir
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Biasa kalau makan kat luar, rasa tak puas kan. sedapnya lain macam. Sehinggakan ada yang mengatakan kedai tersebut menggunakan ‘ilmu pengasih’ dan sebagainya.
Rupa-rupanya ada cara dan bahan penting yang perlu dimasukkan ketika memasak nasi. Perkongsian saudara Ahmad Shukri Amiruddin mengenai cara memasak nasi mungkin dapat membantu. Pengalaman selama 25 tahun dalam bidang masakan, chef Shukri tidak lokek untuk berkongsi rahsia dengan orang ramai.
Malam ni orang rumah sibuk. Saya dengan rela paksa masak nasi putih. Masak nasik putih ni pun ada rahsia besar. Bukan masak begitu saja.
Selama 25 tahun saya belajar, bekerja, bergelumang dan mencari rezeki melalui perniagaan makanan. Malam ini saya akan bagi ilmu yang paling penting sekali dalam bidang masakan.
Saya nak kongsikan ilmu pengasih yang digunakan oleh kebanyakkan kedai2 nasi campur dan juga nasi lauk kenduri kawin. Kadang2 bila kita makan nasi kat kedai memang sedap. Lepas tu orang kata kedai tu pakai jin, pakai bomoh, pakai hantu dan macam2 lagi.
Perkongsian ilmu pangasih untuk anda. Anda boleh gunakan ilmu ini supaya suami anda lebih sayang sebab masak lagi sedap. Setiap kali masak nasi putih, bacalah Bismilah dan selawat masa basuh beras. Ikutlah berapa kali nak dibaca.
Masa nak masak nasi. Masukkan sedikit garam dan minyak dalam nasi yang nak dimasak.Masukkan daun pandan.Kena pandai agak2 supaya tak terlalu masin dan berminyak. Sukatan air nasi adalah seperti biasa.Apa tujuannya?
Minyak berfungsi supaya nasi tidak melekat dan sentiasa berderai. Garam pula untuk bagi nasi putih ada ” rasa” bila kita makan begitu saja atau dengan lauk berkuah. Daun pandan supaya nasi wangi satu dapur bila dah mendidih.
Kalau masak nasi selain nasi putih : Nasi Tomato, Nasi minyak dll. Ikutlah cara ini beserta masukkan 3 atau 4 ketul gula batu bertujuan mengilatkan nasi supaya lebih cantik.I
nilah rahsia besar kedai2 makan dan para tukang masak. Saya redha kalau lepas ni ada yang pm saya kenapa ” bodoh sangat” bagitau rahsia ni. Tujuan saya ilmu yang diamalkan, saya akan dapat pahala berterusan. Tak salah kan?:- Chef Shukri.
Sejak pandemik melanda negara hampir dua tahun, pelbagai aktiviti sosial agak terhad untuk dilakukan bersama keluarga dan jiran tertangga.
Sudah tentu ada yang merindui momen-momen sebelum virus paling bahaya ini menyerang dunia.
Meraikan hari jadi anak adalah antara momen yang sering diraikan oleh ibu bapa apabila tiba hari istimewa ini. Bagaimanapun halangan pandemik menyebabkan tetamu tidak dapat diundang untuk menjadikan majlis lebih meriah.
Namun itu tidak menjadi masalah buat seorang ibu ini. Bagi meraikan hari ulang tahun anak tersayang, beliau memasak hidangan, ‘tapau’ dan menghantarkan kepada jiran-jiran yang berdekatan. Menerusi facebooknya, Puan Farrah Emylia telah momen itu di grup Masak Apa Hari Ini.
Ikuti perkongsian beliau.
Rai ulang tahun anak masak untuk jiran
Nampak macam berniaga kan? Hari nie saya masak western untuk jiran tetangga sempena busday anak sulong.
Masak – tapau – bagi pada jiran-jiran
Maaf la pada Jiran-jiran kalau hobi saya nie buat anda x selesa . Maaf juga kalau anak2 asik menganggu beri Salam hari2
Semangat kejiranan beginilah yang sebenarnya perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat negara ini.
Ramai ‘berebut’ nak jadi jiran
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap wanita itu dan ramai pula ‘berebut’ nak tinggal berjiran.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.